Polis ‘tembak’ KelantanThe Cops terus lakar kejutan
MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB | 22
Februari 2015 12:31 AM
Pemain Kelantan, Wan Zack
Haikal (kanan) cuba melepasi asakan
Pemain Kelantan, Wan Zack
Haikal (kanan) cuba melepasi asakan pertahanan PDRM, Onorionde Kughegbe dalam
perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam. The
Red Warriors kalah besar 0-4 di depan penyokong sendiri. – Mingguan/Wahidin
Salim
KOTA BHARU - Hanya seminggu
selepas mengejutkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-0, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
membuktikan mereka adalah ‘giant killer’ yang perlu diberi perhatian dalam
saingan Liga Super musim ini apabila membelasah Kelantan 4-0 di Stadium Sultan
Muhammad IV, semalam.
Kemenangan bergaya itu
membolehkan skuad bimbingan Azman Adnan melonjak ke tangga ketiga liga, selain
mencalarkan rekod dua kemenangan berturut-turut yang dicatat The Red Warriors
sebelum ini.
Biarpun beraksi di depan lautan
merah 25,000 penyokong setia The Red Warriors, malah turun selaku pendatang
baharu Liga Super, The Cops tidak langsung gementar.
Pasukan pelawat dikejutkan
dengan beberapa percubaan tuan rumah yang bermula garang di awal permainan,
termasuk menerusi sepakan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria berjaya disekat
pertahanan import PDRM, Onorionde Kughegbe di atas garisan gol.
Begitupun, asakan tersebut
tidak menjejaskan tumpuan mereka, malah kebimbangan yang pernah disuarakan
Kelantan mengenai kelincahan Ashfaq Ali menjadi kenyataan apabila penyerang
Maldives itu membuka jaringan The Cops pada waktu kecederaan babak pertama.
Advertisement
Ashfaq yang bijak melepasi
perangkap ofsaid berjaya merembat bola ke penjuru kanan pintu gol tuan rumah
yang sama sekali gagal diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Bersambung babak kedua, PDRM
tidak menunggu lama untuk menambah jaringan selepas dihadiahkan sepakan
penalti pada minit- 53 apabila Khairul Fahmi menjatuhkan Ashfaq Ali.
Dramane Thaore yang
dipertanggungjawabkan mengambil sepakan tersebut mudah menewaskan Khairul
Fahmi.
Ashfaq Ali terus membuktikan
ketajaman penyudahnya dengan meledak gol ketiga pada minit ke-73, sebelum
Mohamadou Sumareh melengkap malam penuh gemilang PDRM dengan gol keempat pada
minit ke-85.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/polis-8216-tembak-8217-kelantan-1.62016#sthash.kaz34fLk.dpuf
No comments:
Post a Comment