Ad

Friday 31 January 2020

Nilai luar biasa!

MyMetroUtama
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

PEMENANG dua kali Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK), Safawi Rasid dijulang sebagai pemain termahal dalam Liga Malaysia (Liga M) dengan nilai pasaran dianggarkan mencecah 300,000 Euro (RM1.3 juta).

Bagaimanapun, nilai ‘saham’ pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut dikongsi bersama tiga tonggak lain yang disenaraikan oleh laman web terkenal www.transfermarkt.co.uk.

Berdasarkan prestasi sepanjang musim lalu, Safawi sememangnya layak memegang status tonggak termahal apabila membantu skuad Harimau Selatan meraih dua kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia.

Beberapa jaringan penting sepanjang musim termasuk sepakan percuma menarik ketika final Piala Malaysia bertemu Kedah menyaksikan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu muncul antara peledak berbahaya JDT.

Aksi cemerlangnya diteruskan di peringkat antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya terutama ketika membenam Indonesia 2-0 di Bukit Jalil yang menyaksikan dia meledak kedua-dua gol itu.

Sementara itu, nilai RM1.3 juta turut diberikan kepada bekas ketua pasukan skuad Harimau Malaya dan JDT, Safiq Rahim diikuti pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar dan tonggak pertahanan Perak, Shahrul Saad.

Begitupun, tanda harga sebenar Safiq mengalami sedikit kejatuhan berbanding musim lalu pada harga 360,000 Euro (RM1.9 juta) yang berkemungkinan susulan kesan faktor usia selain tidak lagi dipanggil memperkuatkan skuad kebangsaan.

Apa yang menarik, nilai tinggi Shahrul meletakkan dirinya sebagai pertahanan paling mahal dalam kalangan pemain tempatan di saingan Liga Super.

SHAHRUL pertahanan tempatan termahal di Liga Super. FOTO Abdullah Yusof
Dalam senarai sama, Natxo Insa yang beraksi untuk JDT mengungguli carta pemain berdarah campuran paling mahal dengan nilai 400,000 Euro (RM1.7 juta) disusuli pemain Selangor, Brendan Gan 350,000 Euro (RM1.5 juta) dan seorang lagi pertahanan JDT, La’Vere Corbin-Ong 325,000 Euro (RM1.4 juta).


Kedudukan itu jauh meninggalkan tonggak naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh pada nilai 275,000 Euro (RM1.2 juta).
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 6:31 AM

Safawi pakar 'bola mati'

MyMetrArena
 o
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
TIGA elemen penting iaitu kemampuan melepasi satu lawan satu, bijak melakukan larian dan hantaran ‘curving’ serta memiliki rembatan kaki kiri yang padu antara kelebihan dimiliki Safawi Rasid.

Malah, kepakarannya dalam memanfaatkan situasi bola mati di luar kotak penalti ditambah nilai pasarannya yang melonjak hingga 300,000 euro (RM1.5 juta) yang dikeluarkan laman web terkenal www.transfermarkt.co.uk baru-baru ini meletakkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dalam kelas tersendiri.

Lantas, tidak hairanlah mengapa pemain utama skuad Harimau Malaya itu disenaraikan antara pemain ‘future wonderkid’ bersama bintang muda lain dari seluruh dunia ketika ini.

Ejen berpengalaman, Effendi Jagan Abdullah menjelaskan, Safawi sememangnya antara pemain tempatan yang menjadi buruan beberapa kelab luar negara yang tertarik dengan aksinya.

Effendi yang juga Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd berkata, aksi konsisten Safawi dengan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) serta beberapa jaringan menakjubkan bersama skuad negara membuatkan dirinya diperhatikan oleh peminat di seluruh dunia.

“Dia seorang pemain yang bagus dan mempunyai disiplin tinggi serta langsung tidak ada kontroversi. Malah, saya pun pernah dihubungi kelab-kelab dari Jepun yang bertanya tentang Safawi selepas mereka terpikat dengan gaya permainan dia.

“Dia memang layak untuk berada dalam senarai pemain muda terbaik dunia kerana kebolehannya mengatasi lawan, sepakan kaki kiri yang baik serta dia suka lakukan ‘curving’ yang jarang dibuat oleh pemain lain.

“Saya yakin dia akan terus bersinar bersama JDT ketika ini dan tak mustahil dia akan lebih menyerlah dalam ACL musim ini,” katanya.

Kelmarin, sebuah laman sosial bola sepak antarabangsa iaitu Striker mengiktiraf kemampuan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila tersenarai antara pemain ‘future wonderkid’ bersama dengan bintang muda lain dari seluruh dunia.

Malah, penyokong bola sepak negara harus berbangga apabila pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu disenaraikan bersama penyerang Perancis Kylian Mbappe, pemain Barcelona Frenkie De jong, pertahanan Liverpool Alexander Arnold dan tonggak tengah Chelsea Christian Pulisic.

Selain itu, pemain Indonesia yg berkelana di bumi Poland Egy Maulana Vikri turut tersenarai di dalam carta terbabit berdasarkan prestasi semasa.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 6:10 AM


Thursday 30 January 2020

Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid.

oleh -AHMAD BIN YAAKOB
Khalifah Harun al-Rasyid lahir di Rayy (Iran) pada tahun 763/149 H dan meninggal dunia pada tahun 809 di Thus, Khurasan.Baginda merupakan seorang yang mempunyai sifat-sifat seperti gagah, berani, menyukai hal-hal agama, bijak berpolitik dan cinta akan ilmu pengetahuan.Baginda telah dilantik sebagai putera mahkota pada tahun 782/166 H dan menjadi khalifah Abbasiyah kelima pada tahun 786-809/170-193 H.Pemerintahan baginda dianggap sebagai zaman keemasan Islam kerana Baghdad pada ketika itu menjadi pusat perdagangan dan pusat ilmu serta peradaban Islam yang terulung.[1]

Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid
a) Dasar pemerintahan  dan pentadbiran
b) Hubungan diplomatik
c) Memajukan  bidang pendidikan  dan intelektual  seperti membina Baitul Hikmah,  menjadikan Baghdad  sebagai  pusat perkembangan  ilmu, menggalakkan  kegiatan  penulisan dan penterjemahan.
d) Memperkukuhkan  angkatan tentera
e) Memajukan bidang ekonomi khasnya perdagangan.[2]

SUMBANGAN KHALIFAH HARUN al-RASYID
a) Dasar pemerintahan  dan pentadbiran
Harun al-Rasyid  telah melantik wazir yang bijak  daripada keluarga  Barmaki  dalam pemerintahan  beliau. Salah seorang daripada  keluarga Barmaki,  iaitu Yahya  bin Khalid dilantik sebagai menterinya.Yahya telah memberikan  khidmat yang cemerlang kepada  kerajaan Harun al-Rasyid. Anak-anak  beliau iaitu  Jaafar, Al-Fadhl,  Muhammad,  dan Musa juga dilibatkan dalam  urusan pentadbiran  negara. Namun,  prestasi mereka yang cemerlang telah menimbulkan perasaan dengki pegawai-pegawai  yang lain terhadap mereka.Ekoran daripada itu, fltnah dilemparkan  kepada keluarga Barmaki  sebagai golongan  yang lebih condong  kepada fahaman  Syiah dan membelakangkan  ahli Sunnah.

      Mereka dikatakan  membina  istana yang sama  taraf dengan  istana-istana khalifah Mereka juga dituduh  menggunakan  wang negara dan sering juga membekukan wang negara.Lantaran itu, khalifah Harun al-Rasyid bertindak  keras menghapuskan  keluargaBarmaki dari  kerajaannya.Pada tahun 803 Masihi/187  Hijrah, Khalifah Harun  bertindak memberkas tokoh tokoh Barmaki  termasuk  Yahya bin Khalid, Jaafar,  dan Fadhl bin Yahya.  Jaafar telah dihukum  bunuh sementara Fadhl dipenjarakan seumur hidup.  Dengan  itu lenyaplah  peranan  keluarga Barmaki  dalam kerajaan Abbasiyah.[3]

      Selain  menghapuskan  keluarga Barmaki, Khalifah Harun telah dapat membanteras segala  kekacauan  dan pemberontakan di dalam  negaranya  dengan berhikmah tanpa  pertumpahan  darah.Salah  satu tindakan  yang beliau  lakukan  untuk mengekalkan  kestabilan negara adalah dengan menyusun semula pasukan  tenteranya  agar menjadi  sebuah  pasukan tentera  yang berdisiplin dan teratur. Beliau amat mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya  dan memberi perlindungan serta keselamatan untuk
kesejahteraan  rakyatnya.[4]
b) Hubungan diplomatik
Dalam bidang politik pula, baginda telah mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing. Pada ketika itu, selain kerajaanAbbasiyah di Baghdad, terdapat tiga buah kerajaan besar lain, iaitu:
(a) kerajaan Byzantine di Constantinople.
(b) kerajaan Umayyah di Andalus.
(c) Perancis di Eropah.[5]
Hubungan kerajaan  Harun  al-Rasyid  dengan kerajaan  perancis adalah baik dan beliau tidak menghadapi banyak  masalah berurusan dengan  negara perancis.Malah, Khalifah Harun  dan rajanya,  Raja charlemenge dikatakan  sering bertukar bingkisan dan baginda pernah membantu  Khalifah Harun menghadapi  Kerajaan Byzantine.

     Demikian juga dengan  kerajaan Umaiyah kerana mereka mengamalkan dasar berbaik-baik dengan  kerajaan Harun al Rasyid.Namun,  ancaman yang sebenar datang  dari negara Byzantine.  Hal ini tercetus akibat Maharaja  Nivephoras I yang menaiki takhta selepas Maharani Irena telah membatalkan  perjanjian taat setia dengan  kerajaan Harun ar-Rasyid.Sebelum ini, raja Byzantine, Ratu Irene meneruskan  bayaran ufti kepada kerajaan Abbasiyah  tetapi  apabila Rom diperintah oleh Nivephoras  I, beliau  telah membatalkan ufti tersebut. Hal ini menyebabkan Khalifah Harun menghantar tentera  menyerang Byzantine.Justeru,  tercetuslah peperangan  antara angkatan tentera  yang dipimpin  oleh Harun al-Rasyid  sendiri  dengan  kekuatan Rom yang menyaksikan kejayaan berpihak kepada tentera Islam.Kemenangan tersebut memaksa Maharaja  Rom berdamai  dan sanggup untuk berada  di bawah naungan  kerajaan Abbasiyah.[6]

      Selain  itu, pembukaan  wilayah-wilayah baharu  diteruskan oleh Khalifah  Harun di benua Asia Kecil. Di Laut Mediterranean, pulau Rhodes, dan Cyprus  telah digempur dan kemudiannya  ditawan  pada  805 dan 807 Masihi.Selain itu, Kerajaan Abbasiyah  turut menjalinkan  hubungan dengan  Maharaja china. Bagi menjaga hubungan baik, mereka saling bertukar  bingkisan.[7]
c) Memajukan  bidang pendidikan  dan intelektual 
Khalifah Harun al-Rasyid memainkan peranan yang besar dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Perkembangan dan kegiatan intelektualisme ini berlaku dalam beberapa peringkat, iaitu pembukuan, penyusunan semula ilmu pengetahuan dan penterjemahan.

      Baitul Hikmah (Perpustakaan Agung) telah diasaskan sebagai institusi kebudayaan dan pusat keilmuan yang kemudiannya berkembang dan mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun. Melalui penubuhan Baitul Hikmah sebagai institusi penterjemahan, kerja-kerja penterjemahan menjadi lebih sistematik. Banyak karya-karya asing dalam bahasa Sanskrit, Suriani dan khususnya ilmu falsafah dan sains Yunani
telah diterjemahkan bagi dimanfaatkan oleh para cendekiawan Islam.[8]

      Bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada rakyat, baginda telah mendirikan pusat pengajian seperti sekolah, maktab dan universiti. Keadaan ini juga menyebabkan kegiatan penyelidikan dapat dipertingkatkan. Contohnya, sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik dan astronomi. Sesungguhnya, hasil kajian sarjana-sarjana Islam ini kemudiannya telah tersebar ke Eropah sekali gus memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan
keilmuan hingga melahirkan zaman Renaisans di Eropah.[9]

Kegiatan  pembukuan
    Pada peringkat  awal,  ilmu pengetahuan  dikumpulkan dalam bentuk lisan, hafalan,  dan ingatan individu.llmu  itu akan hilang jika individu tersebut  meninggal dunia.  Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, penulisan  dan catatan  dilakukan pada kulit binatang dan kayu. Penyebaran  ilmu pengetahuan  turut berlaku secara lisan. Khalifah Harun al-Rasyid telah melakukan  satu pembaharuan,  iaitu menggalakkan  ilmu pengetahuan  dibukukan untuk kegunaan generasi  pada masa itu dan akan datang.
      Pada zaman pemerintahan  Khalifah Harun  al-Rasyid, munculnya ulama yang membukukan  ilmu pengetahuan berkenaan  dengan  sejarah  (tarikh),  kesusasteraan,  lughah, hadis,  fiqah, tafsir, dan lain-lain. Antara ulama yang  terkemuka ialah Imam Malik (menyusun  buku al-Muwatta'), Ibn Ishaq (menyusun  buku  al-Sirah),  dan Abu Hanifah (menyusun  buku Fiqah). Melalui proses pembukuan  ini, ilmu pengetahuan dapat berkembang  luas dalam pemerintahan Bani Abbasiyah.[x]

Penyusunan ilmu pengetahuan  Islam
Perkembangan dan kegiatan  penyusunan semula  ilmu pengetahuan Islam  yang berhubung dengan hukum-hakam telah bermula  sejak pemerintahan  Khalifah Abu
Jaafar al-Mansur  754 - 775 M. (1236 -158 H.).Apabila Khalifah  Harun  al-Rasyid memerintah  negara dan umat Islam  786 -  809 M. (170 -  193 H.), beliau menumpukan  perhatian  yang lebih terhadap perkembangan ilmu pengetahuan  Islam. Untuk tujuan  itu, penyusunan ilmu tersebut  sangat diperlukan  supaya  tidak terkeluar daripada konsep  al-Quran  dan Hadis. Penumpuan  dibuat  kepada ilmu tafsir,  hadis, faraid, usuluddin,  syariah, tauhid,  dan fiqah.
Kegiatan  terjemahan
Bagi memperkayakan  dan memperbanyakkan  sumber  bacaan dan khazanah ilmu pengetahuan,  Khalifah Harun  al-Rasyid menggalakkan  pakar bahasa menterjemahkan buku-buku asing seperti dari China,  India, Yunani,  dan Parsi. Penumpuan diberi kepada menterjemahkan  buku-buku  berkenaan ilmu perubatan, falsafah,  kesenian  dan menterjemahkan bukubuku agama dalam bahasa Arab kepada  bahasa asing untuk menyebarkan ilmu tersebut  di luar tanah  Arab. Contohnya  Jurjis bin Bakhitislu  menterjemahkan  buku Pancatanra,  Mahabhrata dan Sindhanta.

Untuk melicinkan kegiatan penterjemahan, Khalifah  Harun al-Rasyid telah melantik Yuhama bin Musaiwaih  sebagai Setiausaha  Institut  Terjemahan  dan golongan  penterjemah dikenali sebagai intelektualisme  Islam.Prof. Dr. Ahmad  Shalaby  dalam  Sejarah  Kebudayaan  Islam menyatakan  bagi menyebarkan  ilmu pengetahuan  berkenaan agama Islam, Khalifah Harun al-Rasyid mendirikan institusi pengajian  seperti masjid, maktab, dan sekolah.  Ini menjadikan Kota Baghdad  dikenali  sebagai gedung ilmu pengetahuan  dan
dikunjungi  oleh umat Islam dari  seluruh dunia.[10]
d)Memajukan bidang ekonomi
      Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun al-Rasyid telah menjadikan kota Baghdad sebagai pusat perdagangan Timur dan Barat yang terbesar dan tersibuk di dunia. Banyak aktiviti perdagangan dijalankan di situ dan ini menarik kedatangan ramai pedagang asing untuk berdagang di kota tersebut. Contohnya - pedagang dari India membawa kain dan rempah-ratus, pedagang dari China pula membawa teh dan sutera serta pelbagai barangan dagangan lain seperti dari Mesir, Turki, Afrika dan Syria.Selain kegiatan perdagangan, pertanian juga diutamakan. Untuk itu, baginda membuka banyak tanah-tanah pertanian yang baharu serta memberikan benih tanaman kepada para petani.[11]



[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,56.
[2]Institusi Khalifah”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),18.
[3]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,90. 
[4] Ibid.
[5] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,57.
[6]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,93. 
[7] Ibid.
[viii]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,56.  
[8] Ibid.
[9] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2,102.
[10] ibid
[11] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 57.

Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
c)menilai sumbangan khalifah/ tokoh.
Khalifah Umar Abdul Aziz 683-720M
Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilahirkan pada tahun 682/63 H di Madinah. Umar bin Abdul Aziz mempunyai pertalian darah keturunan Khalifah Umar bin al-Khattab melalui sebelah ibunya.Baginda meninggal dunia pada tahun720/l0l H.Baginda terkenal sebagai seorang yang warak dan patuh kepada ajaran agama Islam. Oleh itu, baginda berusaha melaksanakan dasar pemerintahan Islam seperti yang dilakukan oleh datuknya. Khalifah Umar bin al-Khattab.Umar dilantik menjadi pemerintah Umayyah kelapan pada tahun 717 hingga720M.[1]

Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz
Pentadbiran berdasarkan al-Quran dan Hadis.
Beberapa perubahan berkaitan dasar pemeintahan kerajaan Umayah telah berlaku semasa pentadbiran beliau, terutama yang berkaitan  dengan pelaksanaan undang-undang Islam. Dasar pemerintahan beliau adalah bedasarkan al-Quran dan sunnah.Dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz banyak dipengaruhi sifat beliau yang warak .Beliau juga tidak mengutamakan kemewahan duniawi. Pemerintahan beliau yang cemerlang disifatkan setanding dengan pemeintahan Khalifah Uma al-Khattab.Beliau dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai Khulafa’ al-Rasyidin yang kelima.

      Dasar pemerintahan Umar Abdul Aziz dikatakan hampi sama dengan dasar pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, iaitu sangat mementingkan keadilan tanpa membezakan antara orang Arab dan bukan Arab. Semasa pemeintahan beliau kehidupan rakyat aman damai serta tidak ada pertelingkahan kaum yang terjadi seperti pada awal pemeintahan kerajaan Umayyah. [2]

Menghidupkan kembali amalan syura dalam pentadbiran.
Khalifah Umar Abdul Aziz menghidupkan kembali amalan syura dalam pentadbiran. Melalui konsep syura, beliau mengadakan mesyurat dalam membuat sesuatu keputusan. Khalifah Umar Abdul Aziz terlalu teliti dalam menguruskan  penjalanan pentadbiran agar tidak terpesong daripada konsep al-Quran dan Hadis. Segala keputusan dilakukan melalui mesyurat yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan kerajaan dan para sahabat.[3]

Dasar pelantikan gabenor dan pegawai kerajaan
Khalifah Umar Abdul Aziz berusaha menghapuskan segala bentuk kezaliman dalam pemerintahan Bani Umayyah. Contohnya mengambil semua harta rampasan perang yang dikuasai oleh keluarga Bani Umayyah dan dijadikan hak milik kerajaan. Beliau memecat pegawai dan kakitangan kerajaan yang zalim yang memerintah tidak mengikut al-Quan dan Hadis. Contohnya   Usman bin Zaid al-Tabikhi, Gabeno Mesir, Yazid bin Muslim, Gabenor Afrika Utara, Saleh Abdul Rahman Gabenor Iraq dan al-Harith bin Abdul Rahman, Gabenor Sepanyol.

Mengemaskini dasar luar negara dan polisi perluasan wilayah.
Sebaik sahaja Khalifah Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah mengarahkan supaya semua kegiatan peperangan dan penaklukan dihentikan. Tentera-tentera kerajaan yang sedang mengepung kota Constantinople diarahkan pulang. Begitu juga dengan tentera yang berada di kawasan bekas jajahan Byzantine. Dasar penarikan tentera dari medan peperangan dan memberhentikan peperangan serta penaklukan ini amat berbeza dengan dasar pemerintahan khalifah Umayyah sebelumnya.
Antara tujuan Khalifah Umar bertindak demikian adalah;untuk mewujudkan keamanan serta memberi peluang kepada tentera kerajaan berehat dan pulang ke pangkuan keluarga mereka.[4]

Pembaharuan ekonomi.
Beberapa dasar ekonomi baharu yang dijalankan oleh baginda juga telah berjaya memakmurkan masyarakat Islam pada zamannya. Pertama, melalui cukai tanah (kharaj). Tanah yang diperoleh melalui penaklukan akan menjadi hak milik bersama orang Islam. Hasil tanamannya pula akan dikenakan cukai oleh kerajaan.

Kedua, membezakan antara cukai jizyah dengan kharaj. Sebelum ini, seseorang individu perlu membayar kedua-dua cukai tersebut, namun semasa Khalifah Umar, cukai jizyah hanya
dikenakan ke atas orang bukan Islam manakala kharaj dikenakan kepada sesiapa yang memiliki tanah. Ketiga, memansuhkan semua jenis perayaan, upacara rasmi kerajaan, hadiah serta perbelanjaan lain yang membazir. Pelaksanaan dasar ekonomi baharu ini telah menjadikan kedudukan kewangan negara semakin kukuh.[5]

Mengadakan projek kebajikan untuk rakyat.
Khalifah Umar Abdul Aziz telah menyediakan kemudahan tertentu untuk rakyat seperti tali air, jalan raya, rumah rehat, rumah tumpangan, hospital dan rumah orang tua.Beliau berusaha menamkan sifat tolong-menolong dan kerjasama dalam kalangan umat Islam tanpa mengira status manusia. Semua kemudahan kerajaan tidak bolehdipergunakan untuk kegunaan peribadi atau keluarga, kecuali untuk rakyat.[6]  

Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali bin Abi Talib dalam khutbah Jumaat.
Bagi mewujudkan hubungan baik dan perpaduan antara Bani Umayyah dengan keluaga Nabi Muhammad SAW dan golongan Shiah, Khalifah Umar Abdul Aziz menghapuskan cacian terhadap Khalifah Ali yang bermula sejak pemeintahan KhalifahMuawiyah bin Abu Sufyan. Cacian tersebut dibuat dalam khutbah Jumaat di masjid-masjid. Cacian ini sangat memalukan dan menjatuhkan martabat keluarga Nabi Muhammad SAW dan golongan Syiah.Kesannya golongan Shiah tidak berputus asa untuk menggulingkan pemerintahan Bani Umayyah. Perbuatan saling mencaci merupakan perbuatan keji yang ditegah oleh Islam kerana boleh memecah-belahkan perpaduan ummah Dengan penghapusan cacian tersebut, hubungan baik terjalin antara keluaga Nabi Muhammad SAW dengan Bani Umayyah dan penentangan  daripada golongan Syiah mulai berkuangan.[7]
k)Menghapuskan jawatan pengawal peribadi khalifah.
Pada zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin tidak terdapat pengawal peribadi yang bertugas menjaga keselamatan mereka. Keadaan membuka peluang kepada orang ramai untuk menemui mereka di mana-mana sahaja. Semasa pemerintahan Muawiyah, beliau telah mewujudkan pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan pemimpin. Namun pada zaman Umar Abdul Aziz penggunaan perkhidmatan tersebut telah dimansuhkan. Oleh itu rakyat boleh menemuinya pada bila-bila masa.[8]
l)Perkembangan ilmu pengetahuan.
Khalifah Umar Abdul Aziz amat menekankan dan mementingkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Selain itu beliau memberi penghormatan kepada golongan ilmuan. Beliau mengarahkan aga masjid dijadikan pusat penyebaan ilmu. Di sini beliau sering mengadakan majlis ilmu dan pertemuan dengan golongan ilmuan untuk mendapatkan pandangan dari mereka. Beliau turut mengarahkan pegawai-pegawainya supaya meluangkan masa bersama ulamak dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan.

      Bagi misi dakwah beliau menghantar 10 pakar perundangan Islam ke Afrika Utaa bagi mengajarkan ilmu Islam dan menyebarkan dakwah Islam di sana. Sebagai contoh Ismail bin Ubaidullah dihantar ke Afrika. Usaha dakwahnya berjaya dan berjalan dengan lancar apabila beliau dapat mengislamkan kaum Barbar.

      Beliau mengarahkan ahli bijak pandai supaya menterjemah ilmu-ilmu daripada bahasa Greek, Siryani dan latin ke dalam bahasa Arab.Beliau juga menggalakkan rakyat menuntut ilmu. Beliau memberi bantuan biasiswa kepada sesiapa yang ingin mendalami ilmu dan menyambung pelajaan meeka. Beliau mengarahkan para gabenor memberikan biasiswa kepada rakyat bagi menghidupkan budaya ilmu. Beliau kahlifah pertama yang meminta supaya hadis-hadis Rasulullah ditulis dan dibukukan sehingga lahir tokoh sepeti Urwah Ibn az-Zubair dalam bidang ilmu Hadis.[9]
m)Menggalakkan asimilasi perkahwinan antara Arab dan bukan Arab.[10]
Beliau juga menggalakkan asimilasi perkahwinan antara orang Arab dengan bukan Arab. Tujuannya adalah untuk memastikan masyarakat berada dalam keadaan aman dan stabil. Ini kerana, sebelum ini kedua-dua golongan sering bermusuhan akibat daripada dasar perkauman kerajaan Umayyah.[11]




[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,55..
[2] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,53.
[3] Mahdi Shuid. Et.al, Teks STPM Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi :Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd,2013),92..
[4] Ibid,55.
[5] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,55.
[6 Mahdi Shuid. Et.al, Teks STPM Sejarah Islam Penggal 2,94
[7] Ibid,94.
[8]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,87.
[9] Ibid,,87.
[10] “Sumbangan Khalifah/Tokoh”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),17.
[11Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,55..

Safawi memang layak

MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

TIGA elemen penting iaitu kemampuan melepasi satu lawan satu, bijak melakukan larian dan hantaran 'curving' serta memiliki rembatan kaki kiri yang padu, adalah antara kelebihan yang dimiliki Safawi Rasid.

Malah, kepakarannya dalam memanfaatkan situasi bola mati di luar kotak penalti ditambah nilai pasarannya yang melonjak hingga 300,000 euro (RM1.5 juta) yang dikeluarkan oleh laman web terkenal www.transfermarkt.co.uk baru-baru ini meletakkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dikelas tersendiri.

Lantas, tidak hairanlah mengapa pemain utama skuad Harimau Malaya itu disenaraikan antara pemain ‘future wonderkid’ bersama bintang muda lain dari seluruh dunia ketika ini.

Ejen berpengalaman, Effendi Jagan Abdullah menjelaskan, Safawi sememangnya antara pemain tempatan yang menjadi buruan beberapa kelab luar negara yang tertarik dengan aksinya.

Effendi yang juga Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd berkata, aksi konsisten Safawi dengan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) serta beberapa jaringan menakjubkan bersama skuad negara membuatkan dirinya diperhatikan oleh peminat diseluruh dunia.

“Dia seorang pemain yang bagus dan mempunyai disiplin tinggi serta langsung tidak ada kontroversi.

“Malah, saya pun pernah dihubungi kelab-kelab dari Jepun yang bertanya tentang Safawi selepas mereka terpikat dengan gaya permainan dia.

“Dia memang layak untuk berada dalam senarai pemain muda terbaik dunia kerana kebolehannya mengatasi lawan, sepakan kaki kiri yang baik serta dia suka lakukan 'curving' yang jarang dibuat oleh pemain lain.

“Saya yakin dia akan terus bersinar bersama JDT ketika ini dan tak mustahil dia akan lebih menyerlah dalam ACL musim ini," katanya.

Kelmarin, sebuah laman sosial bola sepak antarabangsa iaitu Striker mengiktiraf kemampuan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila tersenarai antara pemain ‘future wonderkid’ bersama dengan bintang muda lain dari seluruh dunia.

Malah, penyokong bola sepak negara harus berbangga apabila pemain JDT itu disenaraikan bersama penyerang Perancis Kylian Mbappe, pemain Barcelona Frenkie De jong, pertahanan Liverpool Alexander Arnold dan tonggak tengah Chelsea Christian Pulisic.

Selain itu, pemain Indonesia yg berkelana di bumi Poland, Egy Maulana Vikri turut tersenarai di dalam carta terbabit berdasarkan prestasi semasa.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 9:19 PM

'Elak episod hitam 2015 berulang'


MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

TINDAKAN terdesak Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendapatkan khidmat tiga tonggak dari Amerika Latin yang didaftarkan sebagai pemain naturalisasi perlu diambil serius skuad Harimau Malaya bagi mengelak malapetaka 2015 berulang.

Malaysia yang akan bertandang ke gelanggang lawan bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 26 Mac depan pernah dimalukan tuan rumah dengan kekalahan besar 0-10 lima tahun lalu.

Walaupun sejarah hitam itu sudah lama berlalu, keghairahan UAE mendapatkan trio naturalisasi itu dilihat bakal membawa ujian getir kepada pasukan negara yang turut mengidamkan sekurang-kurangnya satu mata dalam pertemuan itu.

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh berkata, pengendali negara Tan Cheng Hoe perlu menggunakan tempoh dua bulan ini dengan sebaik-baiknya bagi merangka strategi terbaik buat pasukan.

“Saya kira tindakan UAE itu (ambil pemain naturalisasi) boleh disifatkan sebagai pelan kecemasan kerana negara mereka juga tidak mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

“Kita perlu akui pemilihan tiga pemain itu sudah tentunya akan memberi kelebihan kepada UAE apabila berdepan Malaysia kelak.

“Mahu tidak mahu, Malaysia kena gunakan tempoh persiapan ini bagi mencari formula terbaik menghalang mereka. Kita tak boleh kalah lagi macam 2015 dan saya pasti Cheng Hoe sedar situasi itu,” katanya.

Semalam Arena Metro melaporkan Cheng Hoe mengakui mula merasai bahang pertemuan dengan UAE apabila negara Asia Barat itu merekrut tiga pemain naturalisasi.

Berdasarkan kedudukan dalam Kumpulan G, UAE berada di tangga keempat daripada lima pasukan dengan enam mata, manakala Malaysia di tempat kedua dengan sembilan mata.

Kemenangan ke atas skuad negara sememangnya amat ditagih skuad The Whites bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam kumpulan itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 6:20 AM

Piya nafi bersara

Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
 
KUALA LUMPUR: Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi menafikan spekulasi tersebar luas di media bahawa dia akan bersara dari arena bola sepak.

Mengakui masih belum menandatangani kontrak bersama Kelantan United, Mohd Badhri atau Piya berkata keinginannya untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain masih tinggi.

Justeru, pemain berusia 37 tahun itu menganggap berita yang tersebar itu hanya sebagai spekulasi biasa cuba dicetuskan pihak tertentu.

"Saya masih ada kudrat untuk bermain dan saya juga masih mahu bermain. Berita itu (spekulasi bersara) tidak benar sama sekali.

"Memang saya masih belum menandatangani kontrak bersama Kelantan United, tapi Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan berjumpa jurulatih dan pengurusan pasukan," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Nama Piya tidak asing lagi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) selepas dia berjaya mencipta beberapa kejayaan bersama Kelantan termasuk dua kali juara Liga Super, dua kali Piala FA dan dua kali Piala Malaysia.

Piya menyertai Kelantan United pada musim lalu yang menyaksikan kelab dari Pantai Timur itu berjaya melayakkan diri ke Liga Perdana musim ini selepas muncul juara Liga M3.

Luqman Hakim mampu sehebat Mokhtar Dahari

MUHAMMAD AFHAM RAMLI | | 18 November 2019


Luqman Hakim Shamsudin mampu menjadi sehebat seperti legenda negara, Allahyarham Mokhtar Dahari sekiranya konsisten berada pada prestasi terbaiknya. Foto: FB Sportflex Malaysia
BEKAS jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan percaya pemain muda, Luqman Hakim Shamsudin mampu menjadi sehebat seperti legenda negara, Allahyarham Mokhtar Dahari sekiranya konsisten berada pada prestasi terbaiknya.


Lontaran itu diberi Wan Jamak susulan dua gol sumbangan Luqman Hakim yang membantu kemenangan 4-0 skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee menewaskan Petaling Jaya City FC pada aksi persahabatan baru-baru ini.

“Kalau lihat perkembangan semasa dia, kita nampak dia berperanan sebagai machine goal.

“Dengan kualiti yang ada pada dirinya, saya percaya lawan sentiasa memerhati dan menggari gerakannya daripada bergerak untuk mencipta gol... pemain lawan sudah tentu akan buat terjahan keras yang berkemungkinan boleh membunuh karier Luqman.

“Dia macam permata dalam pasukan, kalau dia berjaya terus menjaringkan gol, kita boleh lihat Mohktar Dahari yang baharu atau pemain lagenda lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Jamak yang juga bekas pengendali Negeri Sembilan berharap Luqman Hakim dapat terus konsisten dan dapat bersaing dengan pemain lebih senior dan berusia daripadanya.

Tambahnya, dengan pengalaman yang ada pada Luqman Hakim di peringkat antarabangsa diharap juga dapat menjadikan dia sebagai pemain yang lebih matang.

“Apa pun perlu ingat aksi menentang PJ City itu tidaklah mempunyai tekanan tinggi dan itu beza dengan peringkat antarabangsa dan sekiranya Luqman hendak diletakkan dalam kesebelasan utama, ia perlu perancangan teliti daripada jurulatih kerana bimbang sekiranya dia (Luqman) gagal menampilkan aksi terbaik, ia jejaskan mentaliti dan psikologi.

“Luqman masih muda dan kita perlu lihat perkembangan dengan baik. Pemain muda memang sentiasa ghairah dan jurulatih harus berhati-hati memastikan masa depan yang baik kepada pemain seperti Luqman,” katanya.[i]


[i] https://www.sinarharian.com.my/article/57919/BERITA/Sukan/Luqman-Hakim-mampu-sehebat-Mokhtar-Dahari

Taring JDT makin tajam


DAIRI 2020
SUKAN»Bola
Khamis, 30 Januari 2020 | 10:20am
 
AKSI perlawanan JDT dengan MSK Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers
Taring JDT makin tajam
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my

JOHOR BAHRU: Siri jelajah pramusim Johor Darul Ta'zim (JDT) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi impak positif buat juara Liga Super enam musim berturut-turut itu apabila mempamerkan aksi konsisten dalam tiga aksi persahabatan.

Terbaharu, skuad bimbingan Benjamin Mora melakar kemenangan kedua selepas menewaskan kelab dari Liga Slovakia, MSK Zilina 2-1 pada aksi persahabatan di Stadium Seven, Dubai, semalam.

Dua gol dijaringkan Gonzalo Cabrera pada minit kesembilan dan ke-19 manakala Vahan Bichakhchyan merapatkan jurang gol namun kedudukan 2-1 memihak skuad Harimau Selatan kekal sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu, JDT melakar kejutan apabila menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1 dan sebelum itu menewaskan kelab Dibba Al-Fujairah 1-0.
ra Liga Super enam musim berturut-turut itu apabila mempamerkan aksi konsisten dalam tiga aksi persahabatan.

Terbaharu, skuad bimbingan Benjamin Mora melakar kemenangan kedua selepas menewaskan kelab dari Liga Slovakia, MSK Zilina 2-1 pada aksi persahabatan di Stadium Seven, Dubai, semalam.

Dua gol dijaringkan Gonzalo Cabrera pada minit kesembilan dan ke-19 manakala Vahan Bichakhchyan merapatkan jurang gol namun kedudukan 2-1 memihak skuad Harimau Selatan kekal sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu, JDT melakar kejutan apabila menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1 dan sebelum itu menewaskan kelab Dibba Al-Fujairah 1-0.


AKSI perlawanan JDT dengan MSK Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers
Kemenangan dalam tiga perlawanan itu bagai memberi gambaran betapa skuad Harimau Selatan tampak bersedia mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Liga Malaysia (Liga M) yang menyingkap tirai bulan depan.

Apa yang menarik, skuad Harimau Selatan tampak serba lengkap di setiap posisi tatkala kehadiran Liridon Krasniqi dan kelibat Natxo Insa yang pulih sepenuhnya daripada kecederaan musim lalu  menguatkan lagi barisan tengah.

Di posisi serangan, Diogo Luis Santo sudah mula membentuk keserasian berbanding musim lalu apabila mempamerkan aksi terbaik sepanjang tiga perlawanan persahabatan dan kelibat Safawi Rasid yang disenarai dalam laman sosial berkaitan bola sepak, tekkers antara `future wonderkid' pasti melonjak semangat pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.

JDT akan menamatkan siri jelajah pramusim menentang Emirates FC di Stadium Emirates Club, esok sebelum pulang ke Johor Bahru bagi menyambung persiapan untuk saingan ACL berdepan  Vissel Kobe dari Jepun pada 12 Februari ini di Stadium Misaki Park, Kobe.


AKSI perlawanan JDT dengan MSK Zilina di Stadium Seven, Dubai, semalam. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/01/651106/taring-jdt-makin-tajam