Ad

Wednesday 27 June 2018

Apek mahu rebut posisi penjaga gol utama

 KHAIRUL FAHMI CHE MAT mahu membalas kepercayaan jurulatih kebangsaan,
KHAIRUL FAHMI CHE MAT mahu membalas kepercayaan jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dalam aksi persahabatan, bulan depan. - MUSA
Nursuraya Zulkifli

27 Jun 2018 4:32 PM
MELAKA 27 Jun - Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat berazam mahu memastikan tempatnya dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ menentang Fiji di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 5 Julai nanti.

Katanya, kepercayaan ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe yang masih meletakkannya dalam senarai 24 pemain terpilih menjalani kem latihan pusat skuad negara pada 1 Julai itu, mahu dibalas dengan memberikan aksi yang terbaik.


Penjaga gawang berpengalaman itu berkata, aksi tersebut juga dilihat medan terbaik mencari dan menjamin tempat dalam pasukan Malaysia untuk beberapa perlawanan persahabatan yang telah dijadualkan sebelum menghadapi Kejohanan Piala AFF 2018 bermula 8 November depan.

“Saya rasa bersyukur kerana masih berpeluang untuk membuat penampilan bersama skuad kebangsaan dalam menghadapi perlawanan persahabatan dan terima kasih juga kepada jurulatih kerana masih mempercayai khidmat saya untuk menyarung jersi negara.

“Peluang ini semestinya akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk sama-sama berganding bahu dengan rakan sepasukan dengan matlamat utama untuk melakukan persembahan yang terbaik.

“Perlawanan persahabatan antarabangsa ini adalah sebahagian daripada pendedahan dan persiapan kepada semua pemain sebelum menghadapi perlawanan,” katanya ketika ditemui di Stadium Hang Jebat di sini semalam.

Khairul Fahmi yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Apek’ antara nama yang 11 pemain yang dikekalkan dalam senarai skuad negara dalam perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon pada 27 Mac 2018 dan perlawanan persahabatan antarabangsa A bertemu Bhutan pada April lalu.

Perlawanan itu juga merupakan aksi pertama pemain berusia 29 tahun itu kembali menyarung jersi kebangsaan selepas kali terakhir bersama pasukan Malaysia dua tahun pada dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 di Filipina.

Antara kejayaan yang dikecapi beliau bersama skuad kebangsaan adalah menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 dan memenangi pingat emas Sukan SEA 2011. - UTUSAN ONLINE
Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/apek-mahu-rebut-posisi-penjaga-gol-utama-1.697678#ixzz5JdIXSJd7
© Utusan Melayu (M) Bhd

Apek mahu rebut posisi penjaga gol utama

 KHAIRUL FAHMI CHE MAT mahu membalas kepercayaan jurulatih kebangsaan,
KHAIRUL FAHMI CHE MAT mahu membalas kepercayaan jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dalam aksi persahabatan, bulan depan. - MUSA
Nursuraya Zulkifli

27 Jun 2018 4:32 PM
MELAKA 27 Jun - Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat berazam mahu memastikan tempatnya dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ menentang Fiji di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 5 Julai nanti.

Katanya, kepercayaan ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe yang masih meletakkannya dalam senarai 24 pemain terpilih menjalani kem latihan pusat skuad negara pada 1 Julai itu, mahu dibalas dengan memberikan aksi yang terbaik.


Penjaga gawang berpengalaman itu berkata, aksi tersebut juga dilihat medan terbaik mencari dan menjamin tempat dalam pasukan Malaysia untuk beberapa perlawanan persahabatan yang telah dijadualkan sebelum menghadapi Kejohanan Piala AFF 2018 bermula 8 November depan.

“Saya rasa bersyukur kerana masih berpeluang untuk membuat penampilan bersama skuad kebangsaan dalam menghadapi perlawanan persahabatan dan terima kasih juga kepada jurulatih kerana masih mempercayai khidmat saya untuk menyarung jersi negara.

“Peluang ini semestinya akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk sama-sama berganding bahu dengan rakan sepasukan dengan matlamat utama untuk melakukan persembahan yang terbaik.

“Perlawanan persahabatan antarabangsa ini adalah sebahagian daripada pendedahan dan persiapan kepada semua pemain sebelum menghadapi perlawanan,” katanya ketika ditemui di Stadium Hang Jebat di sini semalam.

Khairul Fahmi yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Apek’ antara nama yang 11 pemain yang dikekalkan dalam senarai skuad negara dalam perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon pada 27 Mac 2018 dan perlawanan persahabatan antarabangsa A bertemu Bhutan pada April lalu.

Perlawanan itu juga merupakan aksi pertama pemain berusia 29 tahun itu kembali menyarung jersi kebangsaan selepas kali terakhir bersama pasukan Malaysia dua tahun pada dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 di Filipina.

Antara kejayaan yang dikecapi beliau bersama skuad kebangsaan adalah menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 dan memenangi pingat emas Sukan SEA 2011. - UTUSAN ONLINE
Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/apek-mahu-rebut-posisi-penjaga-gol-utama-1.697678#ixzz5JdIXSJd7
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday 22 June 2018

Cheng Hoe panggil 10 pemain bawah 25 tahun


yMetroArena
Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@nstp.com.my
 
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memanggil 10 pemain bawah 25 tahun dalam senarai terbaru ke latihan pusat skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa kelas A menentang Fiji di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, 5 Julai ini.

Daripada senarai itu, Cheng Hoe mengekalkan 11 daripada 23 pemain yang beraksi dalam Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, 27 Mac lalu dan persahabatan bertemu Bhutan, 1 April lalu.

Sebagai ganti, Cheng Hoe menyenaraikan tiga pemain Kedah iaitu penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim, Syazwan Zainon dan Rizal Ghazali, Nasir Basharudin dan Amirul Azhan Aznan (Perak), Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT), N Thanabalan (Negeri Sembilan) dan Danial Ashraf Abdullah (Kelantan).

Melengkapkan senarai 23 pemain, Cheng Hoe turut menyenaraikan semula pemain bersama pasukan menentang Mongolia 22 Mac lalu diketuai Ahmad Hazwan Bakri, Safawi Rasid, Adam Nor Azlin dan La’vere Corbin-Ong (JDT) serta Rawilson Batuil (Sabah).

“Saya gunakan peluang yang ada untuk dapatkan pilihan terbaik. Apa yang boleh saya katakan, ini sebagai persediaan untuk masa depan pasukan negara. Apapun, pintu untuk pemain senior masih belum tertutup kerana jika mereka berada pada prestasi terbaik, saya juga sedia menyenaraikan mereka.

“Buat masa sekarang, saya lihat ia masih di peringkat ujian dan saya akan gunakan enam perlawanan ini untuk menilai secara menyeluruh bagi mendapatkan kombinasi terbaik sebelum ke Piala AFF nanti,” katanya yang menambah semua pemain terbabit perlu melapor diri 1 Julai ini.

Selepas aksi menentang Fiji, Harimau Malaya dijadualkan mengharungi lima lagi aksi persahabatan kelas A bertemu Taiwan (7 September), Kemboja (11 September), Sri Lanka (12 Oktober), Republik Kyrgyz (16 Oktober) dan Maldives (3 November).

Kesemua perlawanan ini sebagai persiapan bagi menghadapi Piala AFF 2018 yang bakal berlangsung pada 8 hingga 15 Disember depan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Info

Senarai pemain: Nazmi Faiz Mansor, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Ahmad Hazwan Bakri, La’vere Corbin-Ong, Adam Nor Azlin, Aidil Zafuan Abdul Radzak (JDT), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan, Nasir Basharudin (Perak), Ifwat Akmal Chek Kassim, Akram Mahinan, Syazwan Zainon, Rizal Ghazali (Kedah), Zaquan Adha Abdul Radzak, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Wan Zack Haikal Wan Nor (FELDA United), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United), N Thanabalan (Negeri Sembilan), Rawilson batul (Sabah), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan).

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 4:39 PM


Brazil raih tiga mata penuh

SUKAN»Bola
Jumaat, 22 Jun 2018 | 10:10pm
 
Saint Petersburg: Dua gol pada masa kecederaan masing-masing menerusi Philippe Coutinho dan Neymar melegakan Brazil apabila membantu juara dunia lima kali itu meraih tiga mata penuh ketika menewaskan Costa Rica 2-0 pada perlawanan kedua Kumpulan E, hari ini.

 Brazil dilihat berada dalam situasi cukup tertekan selepas beberapa cubaan mereka untuk meraih gol menemui jalan buntu sehinggalah jaringan Coutinho menggamatkan stadium minit ke-91 sebelum Neymar mengesahkan kemenangan Brazil dengan gol kedua minit ke-97.

 Sebelum itu, teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) menafikan Brazil daripada meraih gol pertama.

 Brazil hampir meraih tiga mata yang ditunggu-tunggu selepas dihadiahkan sepakan penalti minit ke-77, namun ia dibatalkan selepas pengadil perlawanan melihat ulang tayang video yang menyaksikan berlaku hanya sedikit sentuhan dan Neymar sengaja merebahkan badannya di dalam kotak penalti.

 Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan misi untuk menang selepas Brazil sekadar seri 1-1 dengan Switzerland pada perlawanan pertama manakala Costa Rica lebih malang apabila tewas 0-1 kepada Serbia.

 Meskipun Brazil menguasai perlawanan di awal permainan, Costa Rica memperoleh peluang terbaik untuk di depan pada minit ke-13 selepas Cristian Gamboa melorong bola cantik kepada Celso Borges yang kemudian melakukan cubaan yang sedikit tersasar.

 Brazil terus mempamer corak permainan mendatar selepas itu dengan Neymar dikawal ketat sehingga menyaksikannya beberapa kali dikasari.

 Stadium bergegar seketika pada minit ke-26 kerana menjangkakan Brazil berjaya memecah kebuntuan, namun rembatan Gabriel Jesus minit ke-26 dibatalkan kerana ofsaid.

 Hanya pada minit ke-40 barulah Brazil mampu melakukan cubaan tepat menerusi Marcelo, namun penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas menafikan cubaannya itu.

 Bersambung babak kedua, Brazil hampir di depan minit ke-48, namun tandukan Neymar terkena palang gol.

 Minit ke-56 rembatan rendah Coutinho pula berjaya dibaca Navas yang mendakap kemas bola sebelum sepakan penalti untuk Brazil dibatalkan minit ke-77. – Agensi
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 22 Jun 2018 | 10:10pm

Thursday 21 June 2018

Uruguay, Russia lega mara ke pusingan kedua


 
AFP
URUGUAY dan tuan rumah, Russia mara ke pusingan kalah mati dengan Cristiano Ronaldo mendahului senarai penjaring terbanyak Piala Dunia, setakat ini.

Jaringan tunggal Luis Suarez cukup untuk membolehkan Uruguay menewaskan Arab Saudi dan mengumpul enam mata bersama Russia, sekaligus menunjukkan jalan keluar kepada Mesir dan Arab Saudi di dalam Kumpulan A.

Pada aksi Kumpulan B malam tadi, Ronaldo meledak jaringan keempat kejohanan untuk membolehkan Portugal menewaskan Maghribi 1-0, sekali gus menutup peluang pasukan dari Afrika utara berkenaan.

Pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu, meledak jaringan menerusi tandukan pada awal perlawanan dan meledak hatrik ketika juara Eropah berkenaan menentang Sepanyol pada perlawanan pembukaan.

Pada satu lagi perlawanan Kumpulan B, Sepanyol bertuah apabila Diego Costa menewaskan Iran 1-0 selepas jaringan Saeid Ezatolahi pada babak kedua di Kazan tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Portugal dan Sepanyol kini mengumpul empat mata dan akan bersaing untuk merebut kedudukan teratas dengan masing-masing akan menentang Iran dan Maghribi pada Isnin nanti.

Iran juga masih berpeluang layak selepas meraih tiga mata daripada dua perlawanan awal, tetapi perlu menumbangkan Portugal pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Dua pasukan teratas Kumpulan B ini akan menentang Russia dan Uruguay dalam pusingan kedua nanti.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 9:12 AM

Suarez wira La Celeste


 
MyMetroArena
Reuters
ROSTOV-ON-DON, Russia: Uruguay menewaskan Arab Saudi 1-0 awal pagi tadi hasil jaringan tunggal penyerang Luis Suarez yang melonjakkan pasukan Amerika Selatan itu dan tuan rumah Russia ke peringkat kalah mati dan menyingkirkan Arab Saudi.

Suarez yang membuat penampilan ke-100 buat pasukan kebangsaan, menjadi pemain Uruguay pertama menjaringkan gol dalam tiga edisi Piala Dunia susulan kesilapan penjaga gol  Mohammed Al-Owais hasil sepakan sudut pada minit ke-23.

Namun aksi suam-suam kuku Uruguay ketika berdepan Arab Saudi, pasukan di ranking kedua terbawah dalam kejohanan itu masih gagal menyekat kebimbangan terhadap Suarez, 31, yang dikatakan tidak berada pada tahap terbaik dan tidak berupaya membawa pasukan juara dua kali itu lebih jauh di Russia.

Uruguay dan Russia dalam Kumpulan A akan berdepan Sepanyol, Perancis atau Iran dari Kumpulan B pada pusingan kedua.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 2:14 AM

Tuesday 19 June 2018

Ciri-ciri masyarakat agraria di China.


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
SISTEM EKONOMI FEUDAL
Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16 dan 17 bersifat saradiri. Sebahagian besar penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam.Kebanyakkan petani menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya.

      Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah ialah di lembah sungai Yangtze dan Sungai Kuning.

PEMILIKAN TANAH PERTANIAN
Tanah adalah milik kerabat Diraja atau golongan bangsawan. Pada zaman kerajaan Ming, tanah yang dimiliki kerabat Diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik keluarga Diraja telah meningkat kepada 20 jota mu pada tahun 1522.

      Menjelang zaman Ching, tanah pertanian diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal ehwal  Kerabat Diraja.Pada masa pemerintahan Jiaqing jabatan ini menguruskan tanah seluas 4 juta mu.[1]

PENGKHUSUSAN PENGELUARAN PERTANIAN
Masyarakat agraria China mengamlkan pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan   seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechan. Teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan Selatan Kingsu. Kapas di Kiangsu dan daerah Utara. Kegiatan perlombongan di Yunnan, perusahaan kain kapas, kain sutera dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan dan hasil hutan iaitu kayu balak di Manchuria.

Petempatan
Masyarakat agraria dalam tamadun China mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai Kuning dan Sungai Yang Tze. Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Kesuburan tanah menyebabkan petani mendirikan petempatan di lembah sungai tersebut.

       Petani yang menetap di kawasan lembah sungai terlibat dalam penanaman padi secara meluas.Petempatan masyarakat agraria terdapat di kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian Selatan China. Di samping itu masyarakat agraria mendirikan petempatan di kawasan dataran tinggi yang terletak di Utara China. Antara kawasan yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di bahagian Utara China ialah wilayah Anhui, Hupeh, Shansi dan Shensi.[2]

SISTEM CUKAI
Petani yang tidak memiliki tanah dengan tuan-tuan iaitu golongan bangsawan dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan-tuan tanah. Menjelang zaman Ming-Qing petani-petani  membayar sewa tanah dengan dalam bentuk hasil pertanian.

      Petani dikehendaki menyerahkan antara 50%-60% daripada hasil pertanian yang diperolehi sebagai cukai. Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah. Pada tahun 1581 sistem cukai baru diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘cukai tunggal’ melalui cukai baru ini petani hanya dikehendaki membayar satu jenis sahaja iaitu dalam bentuk wang perak.

SSTEM PENGAIRAN
Petani di China berkemahiran dalam pembinaan terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan juga dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelak banjir. Terusan juga digunakan untuk mengangkut  hasil pertanian ke bandar-bandar. Petani di China juga mahir membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.[3]

      Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian dari terusan dan kolam takungan air. Pam yang menggunakan tenaga binatang ataupun manusia digunakan untuk mengepam air ke kawasan pertanian. Empangan dibina untuk membekalkan bekalan air yang mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian.

      Selain itu, tambak juga dibina untuk mengelak banjir memusnahkan kawasan pertanian. Projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian. Projek pengairan di Sichuanmengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 000 000 hektar.[4]   

PENGKHUSUSAN PEGELUARAN BARANGAN
Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung. . Fukien dan Szechwan. Teh dan mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan Selatan Kiangsu. Kapas ditanam di Kiangsu dan daerah Utara. Kegiatan perlombongan di Yunnan, perusahaan kain kapas, kain sutera dan pakaian dusahakan oleh petani di Kiangnan dan hasil hutan iaitu kayu balak di Manchuria.[5]

PENINGKATAN TEKNOLOGI
Masyrakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian.  Pelbagai jenis peralatan baharu telah dicipta untuk menigkatkan pengeluaran hasil pertanian. Tenggala penabur benih digunakan untuk menabur benih dalam barisan yang lurus.

      Selain tenggala kayu, mereka juga mencipta peralatan lain seperti penyisir anah, penggiling dan kolar kuda. Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan barang-barang diangkut. Mereka memperkenalkan kaedah baharu dalam pertanian seperti sistem penanaman bergilir, tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian. Pengenalan kaedah baru telah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.[6]  Pengenalan kaedah baharu ini telah meningkatkan pengeluaran hasil peertanian. Sistem penanaman bergilir telah diamalkan di China sejak zaman Han lagi.




[1]“Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)16.
[2] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  Edisi Keriga,36
[3] “Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,17.
[4] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  Edisi Keriga (Shah Alam: Oxford Fajar 2016),.22.
[5]“Masyarakat Agraria”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,  ,18.
[6]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955  Edisi Ketiga,37

Samurai calar ego Colombia


MyMetroArenaReuters

SARANSK, Russia: Jepun menundukkan Colombia yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan H seterusnya menjadi wakil Asia pertama mengalahkan pasukan dari Amerika Selatan di kancah Piala Dunia.

Turut mencuri perhatian dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Mordovia ialah pemain tengah Colombia, Carlos Sanchez diarah keluar padang seawal minit ketiga sekali gus menjadi pemain kedua terpantas menerima kad merah dalam sejarah kejohanan.

Drama antara Jepun dan Colombia apabila Sanchez dilayangkan kad merah kerana menampan bola rembatan Shinji Kagawa menggunakan tangan.

Sanchez bukan saja menjadi pemain pertama di Russia menerima kad merah dan diperintah keluar padang, malah menjadi pemain kedua terpantas sejak Jose Alberto Batista dari Uruguay mengalami perkara yang sama pada minit pertama ketika perlawanan menentang Scotland di Piala Dunia 1986.


PENYOKONG Jepun meraikan kemenangan. FOTO/AFP
Kagawa yang beraksi bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund tidak berdepan terganggu dengan tindakan penjaga gol Colombia, David Ospina yang cuba melengah-lengahkan sepakan penalti apabila tenang menyempurnakan rembatan untuk meletakkan Jepun di depan pada minit keenam.

 Tersentak dengan jaringan awal itu Colombia cuba untuk menukar percaturan pada minit ke-31 dengan membawa masuk Wilmar Barrios menggantikan Juan Cuadrado.

Lapan minit kemudian perubahan berkenaan berjaya membawa hasil apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma Juan Fernando Quintero.

Sekali pun pemain Jepun mendakwa penjaga gol, Eiji Kawashima menyelamatkan bola di atas garisan gol namun teknologi video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan jaringan berkenaan.

 Jepun ternyata tidak gugup apabila kali kedua berada di depan kali ini melalui tonggak, Werder Bremen, Yuya Osako yang menanduk masuk sepakan sudut pemain gantian, Keisuke Honda pada minit ke-73.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 10:48 PM

Brazil kecewa, Switzerland ceria


 STEVEN ZUBER melompat tinggi untuk menanduk masuk gol Switzerland
STEVEN ZUBER melompat tinggi untuk menanduk masuk gol Switzerland ketika menentang Brazil dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia 2018 di Rostov Arena di Rostov-on-Don, kelmarin. AP
19 Jun 2018 3:00 AM

RUSIA 18 Jun - Buat kali pertama sejak 1978, Brazil gagal meraih kemenangan sewaktu aksi pembukaan mereka dalam kempen Piala Dunia ketika saingan peringkat kumpulan selepas diikat Switzerland dengan keputusan 1-1 di Rostov Arena.

Sebelum ini Brazil meraih sembilan kali kemenangan berturut-turut dalam aksi pembukaan mereka sewaktu Piala Dunia sepanjang tempoh 1982 hingga 2014.


Keputusan seri itu menyebabkan juara dunia lima kali, Brazil terpaksa berkongsi satu mata dengan Switzerland untuk berada di kedudukan kedua Kumpulan E di bawah Serbia yang meraih kemenangan ke atas Costa Rica.

Dalam perlawanan tersebut Brazil menunggu selama 20 minit untuk mendapatkan jaringan awal perlawanan menerusi Philippe Coutinho hasil rembatan kencang kaki kanan dari luar kawasan kotak menuju ke kanan sudut gawang Switzerland.

Jaringan awal itu membuatkan Switzerland tertekan untuk mendapatkan jaringan, namun gagal meraihnya sepanjang separuh masa pertama yang menyaksikan Brazil menguasai bola dengan baik selepas gol pertama.

Babak kedua perlawanan Switzerland dilihat cuba bangkit apabila mula mengatur beberapa siri serangan balas dan akhirnya berjaya meraih gol penyamaan pada minit ke-50 hasil tandukan Steven Zuber.

Zuber bijak menunggu di hadapan gawang Brazil sebelum memanfaatkan hantaran daripada Xherdan Shaqiri yang melakukan sepakan sudut ke tengah kawasan kotak.

Gol penyamaan tersebut memberi tekanan kepada Brazil yang cuba mengubah rentak permainan menjadi lebih pantas, namun usaha mereka sia-sia berikutan pertahanan Switzerland sukar ditembusi.

Jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic percaya keputusan seri ke atas Brazil itu mampu membuatkan lebih banyak pasukan lain menghormati mereka sepanjang kempen Piala Dunia di Rusia.

“Saya berharap pasukan lain akan memberikan fokus kepada kami agar tidak memandang mudah dalam setiap perlawanan menentang kami.

“Kadang-kala jika mereka terlalu memandang mudah terhadap kami itu akan membuatkan mereka akhirnya kecewa kerana kami akan bermain sebaik yang mungkin.

“Keputusan hari ini menunjukkan bahawa pasukan kami sentiasa percaya kepada keupayaan sendiri dan mampu meraih keputusan baik,” kata Petkovic. – AGENSI



SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/brazil-kecewa-switzerland-ceria-1.692635#ixzz5It5sQFLC
© Utusan Melayu (M) Bhds

Saturday 16 June 2018

Hatrik Ronaldo selamatkan Portugal


SUKAN»Bola
Sabtu, 16 Jun 2018 | 4:28am
 
REAKSI Ronaldo selepas ledak gol ketika menentang Sepanyol di Sochi, sebentar tadi. - Foto AFP
Hatrik Ronaldo selamatkan Portugal
SOCHI, RUSSIA: Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik dramatik ketika menentang Sepanyol untuk membolehkan Portugal berkongsi mata selepas terikat 3-3 pada  perlawanan pertama kumpulan B, Piala Dunia yang berlangsung di Sochi, sebentar tadi.

Penyerang Real Madrid ini membuka tirai jaringan pada minit keempat menerusi sepakan penalti dan meledak gol kedua di awal babak kedua perlawanan.

Kapten Portugal ini sekai lagi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-88, sekaligus menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 2-3.

Dalam perlawanan yang menjadi tumpuan itu, Diego Costa memadamkan jaringan awal Ronaldo menerusi gol penyamaan untuk Sepanyol pada minit ke-24.

Penyerang Altetico Madrid ini sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi gol kedua pada minit ke-55. Sebelum itu, Ronaldo menjadikan kedudukan 2-1 apabila melakukan rembatan kencang menerusi kaki kiri dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gawang Manchester United De Gea.

Tiga minit kemudian, Nacho memberikan Sepanyol kelebihan menerusi gol ketiga sekaligus memberi tekanan kepada juara Piala Eropah untuk bangkit.

Namun, Ronaldo membuktikan dia adalah pakar sepakan percuma apabila bijak melencongkan bola ke penjuru kiri gawang Sepanyol untuk menyamakan kedudukan. AFP / Reuters
Sumber- BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 16 Jun 2018 | 4:28am

Friday 15 June 2018

Hatrik Ronaldo selamatkan Portugal


SUKAN»Bola
Sabtu, 16 Jun 2018 | 4:28am
 
REAKSI Ronaldo selepas ledak gol ketika menentang Sepanyol di Sochi, sebentar tadi. - Foto AFP
Hatrik Ronaldo selamatkan Portugal
SOCHI, RUSSIA: Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik dramatik ketika menentang Sepanyol untuk membolehkan Portugal berkongsi mata selepas terikat 3-3 pada  perlawanan pertama kumpulan B, Piala Dunia yang berlangsung di Sochi, sebentar tadi.

Penyerang Real Madrid ini membuka tirai jaringan pada minit keempat menerusi sepakan penalti dan meledak gol kedua di awal babak kedua perlawanan.

Kapten Portugal ini sekai lagi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-88, sekaligus menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 2-3.

Dalam perlawanan yang menjadi tumpuan itu, Diego Costa memadamkan jaringan awal Ronaldo menerusi gol penyamaan untuk Sepanyol pada minit ke-24.

Penyerang Altetico Madrid ini sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi gol kedua pada minit ke-55. Sebelum itu, Ronaldo menjadikan kedudukan 2-1 apabila melakukan rembatan kencang menerusi kaki kiri dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gawang Manchester United De Gea.

Tiga minit kemudian, Nacho memberikan Sepanyol kelebihan menerusi gol ketiga sekaligus memberi tekanan kepada juara Piala Eropah untuk bangkit.

Namun, Ronaldo membuktikan dia adalah pakar sepakan percuma apabila bijak melencongkan bola ke penjuru kiri gawang Sepanyol untuk menyamakan kedudukan. AFP / Reuters
SUMBER=BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 16 Jun 2018 | 4:28am

Pokok getah tertua bernilai RM3.8 juta


12 Jun 2018 3:00 AM

RUTIN hujung minggu remaja berusia 14 tahun itu seringkali dihabiskan dengan beriadah di Taman Tasik Seremban (TTS), Seremban, Negeri Sembilan.

Haziq Ali Hisham gemar berkunjung ke situ disebabkan ia dilengkapi dengan trek joging yang dilindungi pohon besar dan rendang.


Biasanya, Haziq Ali akan berlari mengelilingi trek joging sebanyak dua pusingan sambil menghirup udara segar di taman itu.

Bagaimanapun, pada hari itu waktu riadahnya sedikit terganggu dengan sebatang pokok besar sekitarnya dikelilingi pagar putih setinggi satu meter.

Dia berasa hairan kerana pokok tersebut merupakan satu-satunya pohon di TTS yang dijaga dengan penuh rapi.

Haziq Ali terpanggil untuk mengetahui dengan lebih mendalam keistimewaan pokok yang memiliki batang besar dengan urat berpusing itu.

Apa yang tertera di papan tanda itu ialah Pokok Getah Pertama di Negeri Sembilan.

Raut wajahnya kelihatan teruja sebelum menghabiskan masa selama hampir 20 minit bagi mengamati susuk flora berkenaan dan membaca informasi yang diletakkan.

“Saya rasa, papan tanda ini baru saja diletakkan. Sebelum ini, saya rasa papan tanda ini belum ada lagi.

“Saya betul-betul tidak sangka pohon ini mempunyai nilai sejarah besar kepada negeri ini,” katanya ketika ditemu bual Kosmo! baru-baru ini.

Pokok getah yang mempunyai lilitan batang sepanjang 3.5 meter (m) dan berketinggian 25m itu dianggarkan berusia 120 tahun.

Pokok berkenaan dipercayai ditanam oleh pelopor industri getah di negara ini iaitu Sir Henry Nicholas Ridley.

Menurut Haziq Ali, nilai sejarah yang ada pada pokok tersebut sangat penting memandangkan negara ini cukup sinonim dengan industri getah.

Anak bongsu daripada empat adik-beradik itu menambah, pokok getah tersebut juga sangat unik kerana dapat hidup dalam tempoh lama.

“Dalam buku sejarah, saya hanya kenal pokok getah tertua di Malaysia yang terletak di Kuala Kangsar (Perak).

“Selepas mengetahui kewujudan pokok ini. Saya rasa sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan pokok ini terus terpelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

Anak benih
Menariknya, pokok getah tertua di Negeri Sembilan mempunyai perjalanan sejarah hampir serupa dengan pokok getah tertua di Kuala Kangsar.

Penolong Pegawai Senibina Jabatan Taman dan Landskap, Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Mohd. Azpuri Abd. Aziz berkata, pokok getah yang hidup di sebelah Galeri Diraja itu merupakan salah satu daripada 22 anak benih yang dibawa dari Kew Gardens, England pada tahun 1877.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, 11 anak benih berkenaan telah disemai di Botanic Gardens, Singapura manakala bakinya dibawa ke Malaya.

“Saya difahamkan sembilan anak benih dihantar ke Kuala Kangsar manakala bakinya dua ditanam di Melaka dan Negeri Sembilan.

“Saya yakin, pokok ini merupakan anak benih yang dibawa ke sini, memandangkan usianya selari dengan tahun anak benih berkenaan dibawa ke Malaya.

“Menguatkan lagi hujah, pokok getah ini berada betul-betul di depan bekas tapak kediaman rasmi Residen British di Negeri Sembilan,” katanya.

Menurut Mohd. Azpuri, pokok getah berkenaan dibawa oleh British ke Malaya untuk mengenal pasti kesesuaian tanaman berkenaan di rantau ini.

Katanya, disebabkan tumbesarannya yang sempurna, pokok getah di TTS telah berjaya meyakinkan pihak British untuk membuka ladang getah pertama Negeri Sembilan di Linsum estet, Rantau.

Linsum estet telah dibuka oleh Bapa Perusahaan Getah Asli di Malaya iaitu Thomas H. Hill dengan keluasan 1,600 ekar pada tahun 1883.

Ladang yang diuruskan oleh syarikat Anglo-Malay Rubber Company kemudian berkembang sehingga menjadi salah satu pengeluar getah utama di negara ini.

“Negeri Sembilan merupakan salah satu daripada tiga Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak dan Selangor yang tanaman getahnya berkembang pantas.

“Menjelang tahun 1920, Malaya telah mengeluarkan lebih separuh daripada getah dunia lantas menjadikannya tanaman penting di rantau ini hinggalah sekarang. British memerlukan getah bagi memenuhi permintaan tinggi industri di Eropah dan Barat,” katanya.

Susu getah
Pokok getah merupakan sejenis tanaman yang hidup di kawasan selatan khatulistiwa terutamanya di Hutan Amazon, Amerika Selatan.

Ia memerlukan hujan sebanyak 180sm hingga 250sm setahun dengan suhu antara sekitar 25 hingga 30 darjah Celsius.

Mohd. Azpuri memberitahu, Jabatan Taman dan Landskap mula mengenal pasti keistimewaan pokok getah tersebut sejak dua tahun lalu.

Jelasnya, rentetan itu pihaknya telah melakukan penyelidikan secara terperinci bagi mengenal pasti jenisnya, tahun pokok dan tahap kesihatan pokok getah berkenaan.

Justeru, pihaknya telah merujuk kepada pakar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi mendapatkan data sahih.

“Saya telah berjumpa dengan seorang rakan di FRIM, dia maklumkan pokok getah ini sudah tua dan tumbesarannya sudah perlahan.

“Meskipun begitu, keadaannya sihat dan tiada tanda-tanda pereputan. Kami juga telah menyembur racun anai-anai secara berkala.

“Pokok ini juga masih mempunyai susu getah walaupun sudah berusia ratusan tahun. Biasanya pokok getah akan kehabisan getah selepas menjangkau usia tiga dekad,” katanya.

Hasil penilaian pokok getah berkenaan mengikut piawaian kualiti fizikal dan sosial antarabangsa menunjukkan ia bernilai RM3.8 juta.

Sementara itu, Ketua Unit Pelancongan Komuniti dan Perhubungan Awam MPS, Shamaruddin Saidin memaklumkan, pihaknya telah mengambil inisiatif untuk memelihara pokok getah berkenaan sebagai salah satu warisan Negeri Sembilan.

Jelasnya, pokok itu akan dijadikan sebagai salah satu daya tarikan baharu pelancong ke negeri yang terkenal dengan adat Minangkabau itu.

“Kami baru sahaja memagar kawasan ini bagi mengelakkan pelawat merosakkan khazanah tidak ternilai ini seperti menoreh bagi mengeluarkan getah.

“Langkah memagar ini juga dapat menggelakkan tanah di sekitar pohon ini mendap apabila dipijak oleh pengunjung.

“Kami turut menempatkan beberapa papan tanda bagi memberi informasi kepada pengunjung mengenai sejarah pokok ini,” katanya.

Pada sebelah malam, pokok getah tersebut diterangi dengan cahaya lampu. Shamaruddin memberitahu, pokok getah tersebut mempunyai kelebihan dan tarikan tersendiri.

Tegasnya, pokok getah itu terletak di kawasan taman rekreasi yang luas dan tidak terganggu dengan arus pembangunan.

“Pokok getah di Kuala Kangsar terletak di tepi jalan besar. Jadi, ia sedikit sebanyak telah mengganggu pembesarannya.

“Berbeza dengan pokok getah ini yang hidup di kawasan berbukit dan luas. Ia juga dilengkapi kemudahan untuk para pelawat melihat dan bergambar,” katanya.

Pokok getah pertama dan tertua di Negeri Sembilan yang masih mempunyai susu getah itu dipercayai ditanam oleh penjajah British bagi mengenal pasti potensi industri getah di negara ini.
SUMBER-KOSMO ONLINE 12 Jun 2018 3:00 AM