Ad

Wednesday 27 June 2018

Apek mahu rebut posisi penjaga gol utama

 KHAIRUL FAHMI CHE MAT mahu membalas kepercayaan jurulatih kebangsaan,
KHAIRUL FAHMI CHE MAT mahu membalas kepercayaan jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dalam aksi persahabatan, bulan depan. - MUSA
Nursuraya Zulkifli

27 Jun 2018 4:32 PM
MELAKA 27 Jun - Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat berazam mahu memastikan tempatnya dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ menentang Fiji di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 5 Julai nanti.

Katanya, kepercayaan ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe yang masih meletakkannya dalam senarai 24 pemain terpilih menjalani kem latihan pusat skuad negara pada 1 Julai itu, mahu dibalas dengan memberikan aksi yang terbaik.


Penjaga gawang berpengalaman itu berkata, aksi tersebut juga dilihat medan terbaik mencari dan menjamin tempat dalam pasukan Malaysia untuk beberapa perlawanan persahabatan yang telah dijadualkan sebelum menghadapi Kejohanan Piala AFF 2018 bermula 8 November depan.

“Saya rasa bersyukur kerana masih berpeluang untuk membuat penampilan bersama skuad kebangsaan dalam menghadapi perlawanan persahabatan dan terima kasih juga kepada jurulatih kerana masih mempercayai khidmat saya untuk menyarung jersi negara.

“Peluang ini semestinya akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk sama-sama berganding bahu dengan rakan sepasukan dengan matlamat utama untuk melakukan persembahan yang terbaik.

“Perlawanan persahabatan antarabangsa ini adalah sebahagian daripada pendedahan dan persiapan kepada semua pemain sebelum menghadapi perlawanan,” katanya ketika ditemui di Stadium Hang Jebat di sini semalam.

Khairul Fahmi yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Apek’ antara nama yang 11 pemain yang dikekalkan dalam senarai skuad negara dalam perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon pada 27 Mac 2018 dan perlawanan persahabatan antarabangsa A bertemu Bhutan pada April lalu.

Perlawanan itu juga merupakan aksi pertama pemain berusia 29 tahun itu kembali menyarung jersi kebangsaan selepas kali terakhir bersama pasukan Malaysia dua tahun pada dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 di Filipina.

Antara kejayaan yang dikecapi beliau bersama skuad kebangsaan adalah menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 dan memenangi pingat emas Sukan SEA 2011. - UTUSAN ONLINE
Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/apek-mahu-rebut-posisi-penjaga-gol-utama-1.697678#ixzz5JdIXSJd7
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment