PENYERANG Mesir, Mohamed Salah
(kanan) bertegur sapa dengan pertahanan Uruguay, Diego Godin selepas tamat
perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan itu di Arena Ekaterinburg,
Yekaterinburg, Rusia hari ini.- REUTERS
15 Jun 2018 11:01 PM
YEKATERINBURG, Rusia 15 Jun -
Jose Gimenez muncul wira apabila meledak gol tunggal untuk Uruguay menang 1-0
ke atas Mesir yang tidak dibintangi pemain prolifiknya, Mohamed Salah pada aksi
pembukaan bagi kedua-dua pasukan itu di Piala Dunia, sebentar tadi.
Kejayaan tersebut membolehkan
Uruguay menghuni kedudukan kedua Kumpulan A di belakang tuan rumah Rusia yang
membelasah Arab Saudi 5-0 dalam perlawanan pembukaan kejohanan berprestij itu
semalam.
Dengan ketiadaan bintang
Liverpool Salah, yang sedang dalam proses pemulihan sepenuhnya daripada
kecederaan bahu, menjadikan Mesir kurang tajam di bahagian serangan.
Penyerang Paris Saint-Germain
(PSG) Edinson Cavani memiliki dua peluang keemasan untuk merobek gawang gol
lawan lebih awal di babak pertama, namun tendangan voli itu bagaimanapun
tersasar.
Rakan sejawatannya, Luis Suarez
yang membuat kemunculan pertama di Piala Dunia sejak digantung ekoran insiden
menggigit pihak lawan pada 2014, agak tenag di atas padang dengan sesekali
bijak mengumpan dan melepasi pertahanan Mesir.
Sorakan paling gemuruh hadir pada
minit ke-30 apabila skrin stadium menunjukkan Salah yang menyambut ulang tahun
kelahiran ke-26 hari ini, sedang berbual mesra di bangku simpanan.
Jurulatih Mesir Hector Cuper
berkata, Salah bakal berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan seterusnya
menentang Rusia, dengan misi wajib menang demi menghidupkan peluang ke
peringkat kalah mati.- AFP
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/salah-saksi-kekalahan-lewat-mesir-1.691458#ixzz5IYWKOWdQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment