Ad

Friday, 15 June 2018

Hatrik Ronaldo bantu Portugal ikat Sepanyol


 PENYERANG Portugal Cristiano Ronaldo (tiga dari kiri) menerima
PENYERANG Portugal Cristiano Ronaldo (tiga dari kiri) menerima pelukan tahniah daripada rakan sepasukan selepas meledak gol pembukaan dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia 2018 Rusia menentang Sepanyol di Stadium Fisht, Sochi hari ini.- AFP
16 Jun 2018 4:49 AM

SOCHI, 16 Jun - Juara Eropah, Portugal sekurang-kurangnya tidak pulang dengan tangan kosong apabila penyerang Cristiano Ronaldo meledak gol penyamaan yang juga hatrik pertama di Piala Dunia 2018 Rusia untuk mengikat Sepanyol 3-3 dalam saingan Kumpulan B, sebentar tadi.

Terdahulu, pertahanan Sepanyol Nacho Fernandez menjatuhkan rakan sepasukannya di Real Madrid, Ronaldo untuk menghadiahkan sepakan penalti seawal minit keempat.


Diego Costa bagaimanapun menyamakan kedudukan 20 minit kemudian setelah 'mempermainkan' beberapa pertahanan Sepanyol sebelum melepaskan sepakan rebdah yang berupaya mengatasi penjaga gol Portugal Rui Patricio.

Video bantuan pengadil (VAR) buat pertama kalinya digunakan di Piala Dunia bagi menilai kekasaran Costa terhadap pertahanan Portugal Pepe ketika di ambang jaringan tersebut, namun ia bukan penghalang untuk Ronaldo meletakkan kembali pasukannya di depan ketika saingan berbaki seminit menjelang waktu rehat.

Costa bagaimanapun sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-55 sebelum Nacho membuat kejutan dengan menjaringkan gol pertamanya untuk Sepanyol tiga minit berselang.

Skuad La Furia Roja dilihat berpeluang cerah untuk menang selepas dua hari jurulatih terdahulunya, Julen Lopetegui dipecat gara-gara bersetuju mengemudi Real Madrid tanpa pengetahuan Persatuan Bola Sepak Sepanyol.

Ronaldo, yang muncul selaku pemain pertama berjaya menyumbat gol dalam lapan perlawanan utama antarabangsa secara berturut-turut, sekali lagi menabur jasa apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-88.- REUTERS
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hatrik-ronaldo-bantu-portugal-ikat-sepanyol-1.691464#ixzz5IYStzBPC
© Utusan Melayu (M) Bhd


No comments:

Post a Comment