MyMetroArena
Reuters
ROSTOV-ON-DON, Russia: Uruguay
menewaskan Arab Saudi 1-0 awal pagi tadi hasil jaringan tunggal penyerang Luis
Suarez yang melonjakkan pasukan Amerika Selatan itu dan tuan rumah Russia ke
peringkat kalah mati dan menyingkirkan Arab Saudi.
Suarez yang membuat penampilan
ke-100 buat pasukan kebangsaan, menjadi pemain Uruguay pertama menjaringkan gol
dalam tiga edisi Piala Dunia susulan kesilapan penjaga gol Mohammed Al-Owais hasil sepakan sudut pada
minit ke-23.
Namun aksi suam-suam kuku Uruguay
ketika berdepan Arab Saudi, pasukan di ranking kedua terbawah dalam kejohanan
itu masih gagal menyekat kebimbangan terhadap Suarez, 31, yang dikatakan tidak
berada pada tahap terbaik dan tidak berupaya membawa pasukan juara dua kali itu
lebih jauh di Russia.
Uruguay dan Russia dalam Kumpulan
A akan berdepan Sepanyol, Perancis atau Iran dari Kumpulan B pada pusingan
kedua.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 21 Jun 2018 @ 2:14 AM
No comments:
Post a Comment