Ad

Saturday 31 January 2015

JDT tamat kemarau 29 tahun juarai Piala Sultan Ahmad Shah

SABTU, 31 JANUARI 2015 @ 11:08 PM

Kapten JDT, Safiq Rahim (tengah) menjulang trofi kemenangan bersama rakan sepasukan apabila menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah 2015 selepas menewaskan Pahang 2-0 dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin
JOHOR BAHRU: Misi membalas dendam terlaksana, malam ini apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Pahang 2-0 untuk muncul juara perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Dua gol pada setiap babak permainan oleh pemain import, Marcos Antonio dari Brazil pada minit ke-37 dan Luciano Figueroa (Argentina), minit ke-58 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin berjaya mengakhiri kemarau piala berkenaan selama 29 tahun.

Kemenangan ini juga memberi JDT tiga mata dalam perkiraan kancah Liga Super manakala Pahang jelas gagal menjelmakan perwatakan lama apabila mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas lawan.

Kali terakhir skuad Harimau Selatan memenangi gelaran sulung perlawanan sumbangsih adalah pada 1986.

Pada perlawanan yang disaksikan kira-kira 25,000 penonton, JDT menguasai keseluruhan babak pertama.

Namun, tiga percubaan berturut-turut oleh pemain import dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-13, 14 dan 18 gagal disempurnakan dengan baik.

Mahali Jasuli dan Figueroa juga turut melakukan percubaan bahaya masing-masing pada minit ke-30 dan 33 namun sekali lagi gagal menewaskan penjaga gol, Tok Gajah, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.

JDT bimbingan jurulatih Bojan Hodak, akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila Santos menanduk masuk bola sepakan sudut ke gawang Pahang.

Selepas rehat, permainan lebih seimbang dengan kedua-dua pasukan saling membalas serangan.

Bagaimanapun, JDT berjaya mengukuhkan kedudukan apabila Figueroa menanduk cantik sepakan sudut oleh kapten Safiq Rahim untuk mengesahkan kemenangan. - BERNAMA

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Luciano Gabriel Figueroa, mendada bola untuk diumpan kepada Jorge Pereyra Diaz walau dikawal ketat beberapa pemain Pahang pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. - Foto BERNAMA

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 1.2.2015

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN JOHOR DT 2-0 PAHANG

m-37 Marcos Antonio
m-59 Luciano Figueroa
OLEH-AHMAD YAAKOB
JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
06 MARCOS ANTONIO ELIAS SANTOS
25 JUNIOR ELDSTAL
27 MOHD FADHLI SHAS
12 S.KUNALAN
14 HARISS HARUN
08 SAFIQ RAHIM-K
16 MOHD SHAKIR SHAARI
11 JORGE PEREYRA DIAZ
19 LUCIANO FIGUEROA
18 MAHALI JASULI
PEMAIN GANTIAN
21 JASAZRIN JAMALUDIN
05 AMIRUL HADI ZAINAL
26 MOHD AMER SAIDIN
PAHANG
01 KHAIRUL AZHAN KHALID
06 ZESH REHMAN
04 DAMION STEWART
13 MOHD RAZMAN ROSLAN
20 MOHD SHAHRIZAN SALLEH
19 MOHD FAUZI ROSLAN
21 MOHD HAFIZ KAMAL
08 AZIDAN SARUDIN
24 R.GOPINATHAN
09 MATIAS CONTI
10 DICKSON NWAKAEME
PEMAIN GANTIAN
05 ABDUL AZIZ ISMAIL
07 R.SURENDRAN

33 NOR AZAM AZIH

JOHOR DT 1-0 PAHANG

PERLAWANAN PIALA SUMBNGSIH 2015
JOHOR DT 1-0  PAHANG
m-37 Marcos Antonio
OLEH-AHMAD YAAKOB
JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
06 MARCOS ANTONIO ELIAS SANTOS
25 JUNIOR ELDSTAL
27 MOHD FADHLI SHAS
12 S.KUNALAN
14 HARISS HARUN
08 SAFIQ RAHIM-K
16 MOHD SHAKIR SHAARI
11 JORGE PEREYRA DIAZ
19 LUCIANO FIGUEROA
18 MAHALI JASULI

PAHANG
01 KHAIRUL AZHAN KHALID
06 ZESH REHMAN
04 DAMION STEWART
13 MOHD RAZMAN ROSLAN
20 MOHD SHAHRIZAN SALLEH
19 MOHD FAUZI ROSLAN
21 MOHD HAFIZ KAMAL
08 AZIDAN SARUDIN
24 R.GOPINATHAN
09 MATIAS CONTI

10 DICKSON NWAKAEME

TERKINI JOHOR DT 0-0 PAHANG

PERLAWANAN PIALA SUMBNGSIH 2015

OLEH-AHMAD YAAKOB
JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
06 MARCOS ANTONIO ELIAS SANTOS
25 JUNIOR ELDSTAL
27 MOHD FADHLI SHAS
12 S.KUNALAN
14 HARISS HARUN
08 SAFIQ RAHIM-K
16 MOHD SHAKIR SHAARI
11 JORGE PEREYRA DIAZ
19 LUCIANO FIGUEROA
18 MAHALI JASULI

PAHANG
01 KHAIRUL AZHAN KHALID
06 ZESH REHMAN
04 DAMION STEWART
13 MOHD RAZMAN ROSLAN
20 MOHD SHAHRIZAN SALLEH
19 MOHD FAUZI ROSLAN
21 MOHD HAFIZ KAMAL
08 AZIDAN SARUDIN
24 R.GOPINATHAN
09 MATIAS CONTI
10 DICKSON NWAKAEME

PREVIEW PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH 2015

JOHOR DT MELAWAN PAHANG
OLEH-AHMAD YAAKOB
HARI              : SABTU
TARIKH         : 31.1.2015
TEMPAT        : STADIUM LARKIN
MASA                        : JAM 8.45 MALAM
RAMALAN   : JOHOR DT 2-1 PAHANG
BLOGGER
SIARAN
LANGSUNG : RTM 1
BARISAN KEMUNGKINAN
JOHOR DT
FARIZAL MARLIAS
MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABDUL RAZAK-K
MARCOS ANTONIO ELIAS SANTOS
JUNIOR ELDSTAL
MOHD FADHLI SHAS
S.KUNALAN
HARISS HARUN
SAFIQ RAHIM
MOHD SHAKIR SHAARI
JORGE PEREYRA DIAZ
LUCIANO FIGUEROA

PAHANG
KHAIRUL AZHAN KHALID
ZESH REHMAN
DAMION STEWART
MOHD RAZMAN ROSLAN
MOHD SHAHRIZAN SALLEH
MOHD FAUZI ROSLAN
MOHD HAFIZ KAMAL
AZIDAN SARUDIN
R.GOPINATHAN
MATIAS CONTI.[i]

[i]“Perhitungan Dua Gergasi”, Kosmo, Kuala Lumpur, 31 Januari 2015,2015. 

Friday 30 January 2015

‘Gading’ Tok Gajah sedia bertempur

‘Gading’ Tok Gajah sedia bertempur
Pemain-pemain Pahang bergaya untuk jurugambar selepas sesi latihan
30 Januari 2015 1:08 AM
Pemain-pemain Pahang bergaya untuk jurugambar selepas sesi latihan mereka di Bangi, Selangor semalam. Pahang akan ke Johor Bahru untuk menentang JDT dalam perlawanan sumbangsih esok.

KUALA LUMPUR – Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia ta­hun lalu, Dickson Nwakaeme menjadi ‘gading’ yang menikam Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjadi penyelamat kepada pasukannya yang mengekalkan trofi berprestij tempatan itu di bumi Pahang.
Pemain dari Nigeria itu menyumbat gol pembukaan selain menyamakan kedudukan setelah Tok Gajah ketinggalan 2-1 selang beberapa minit selepas Saiful Nizam Miswan dibuang padang, menyebabkan aksi Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) diheret ke sepakan penentuan penalti.
Tok Gajah menang 5-3 dalam sepakan penentuan tersebut dan kejayaan penuh dramatik itu masih segar dalam ingatan peminat Pahang biarpun hampir tiga bulan telah berlalu.

Ketika ditemui selepas sesi latihan Pahang di Bangi, Selangor semalam, pemain berusia 29 tahun itu berkata, bukan sahaja prestasi tetapi semangatnya juga berada pada tahap yang tinggi dengan menyerap kejayaan dalam pertandingan Piala Malaysia untuk diaplikasikan ke dalam perlawanan sumbangsih.
“Saya ingin mengulangi kejayaan di sana (Piala Malaysia) dengan meraih piala sumbangsih. Saya tidak kisah siapa yang jaringkan gol. Jika saya meledakkan gol, saya bersyukur.
“Walaupun saya gembira sekiranya dapat menjaringkan gol, tetapi apa yang penting adalah mahu melihat Pahang menang perlawanan sumbangsih sekali lagi.
“Saya juga selalu mengimpikan Pahang sentiasa berada di kedudukan teratas (Liga Super),” katanya sambil tersenyum.
Ketika ditanya adakah dia berasa gemuruh untuk bertarung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru pada Sabtu ini, Nwakaeme berkata, gelanggang keramat JDT itu sedikit pun tidak menggentarkannya.
“Saya rasa tiada tekanan bermain sebagai pasukan pelawat. Ini bola sepak, jika anda tertekan sebelum permainan, lebih baik anda balik rumah, tidur. Ini adalah tugas saya untuk bermain setiap tahun, tidak kisah bersama pasukan mana.
“Lagi pun saya memilih kekal bersama Pahang kerana mereka bagaikan bermain dalam satu keluarga. Itu yang membuatkan saya tertarik dengan skuad Tok Gajah.
“Saya sangat selesa bermain dengan Pahang. Bermain bola sepak jika tidak selesa memang susah,” katanya.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-gading-8217-tok-gajah-sedia-bertempur-1.54083#sthash.EMbRA16t.dpuf

Thursday 29 January 2015

Setengah jam bergelut dengan raja ular

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Januari 2015
Ular tedung selar ini berjaya ditangkap selepas setengah jam. 
Ular tedung selar ini berjaya ditangkap selepas setengah jam. Ular tedung selar ini berjaya ditangkap selepas setengah jam.

TELUK KUMBAR - Hampir setengah jam kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Barat Daya terpaksa bergelut dengan raja ular yang ditemui tersangkut di pukat seorang nelayan di Sungau Batu, dekat sini.

Ketua Daerahnya, Zunaidin Abdullah berkata, ular dikenali dengan nama King Cobra itu terpaksa ditangkap lebih daripada tiga kakitangan.

Menurutnya, itu kali pertama JPA Daerah Barat Daya menjumpai ular yang turut dikenali sebagai tedung selar sepanjang empat meter.

“Sebelum ini kami hanya temui ular sepanjang satu hingga ke dua meter sahaja, tetapi kali ini mungkin boleh dianggap terpanjang.

“Lama juga kami hendak menjinakkan ular tersebut kerana ia agak agresif,” katanya kepada Sinar Harian.

Zunaidin berkata, biasanya ular sebegini selalu ditemui di kawasan lain seperti Relau dan Balik Pulau.

"Sehingga kini, ular tedung selar berkenaan disimpan oleh JPA dan akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Taman Negara dalam masa terdekat," katanya.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 28.1.2015

Singa betina masih ingat penyelamatnya

WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Januari 2015
Gambar Sirga memeluk Gruener. Sirga ketika kecil (gambar kecil).
Gambar Sirga memeluk Gruener. Sirga ketika kecil (gambar kecil). Gambar Sirga memeluk Gruener. Sirga ketika kecil (gambar kecil).
SELEPAS tiga tahun, Sirga, seekor singa betina masih ingat kepada penyelamatnya, Valentin Gruener.

Gruener, pengasas kepada Modisa Wildlife Project mengambil Sirga di bawah jagaannya selepas menjumpai binatang tersebut terbiar dan berisiko untuk mati di Botswana.

Sebuah video yang menarik perhatian hampir 10 juta pelayar laman YouTube menunjukkan Sirga sungguh teruja apabila berpeluang bertemu dengan Gruener.

Sirga, singa betina yang beratnya 140 kilogram kini, melompat dan memeluk Gruener.

Hilang sifat buas seekor singa apabila bertemu dengan penyelamatnya.

Sumber-Sinar Harian online 29.1.2015

Lukisan Agong cetus kontroversi

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR & MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
29 Januari 2015

hina agong 2
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pelukis dari Malaysia, Vincent Leong, menimbulkan kontroversi apabila mempamerkan potret gambar yang menunjukkan sisi belakang Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong dalam satu pameran di Singapura, bulan lalu.

Selain itu, potret yang digambarkan sebagai Perdana Menteri juga turut dipamerkan dari sisi belakang.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, lukisan berjudul 'Kenapamu, Malaysia?' karya Leong itu bukan sahaja menghina institusi diraja malah dilihat bermotif menjatuhkan agama Islam.

Katanya, ini kerana agama Islam di negara ini berada di bawah bidang kuasa raja-raja.

“Lukisan tersebut seolah-olah menganggap bahawa raja juga boleh dipermainkan. Apabila semua orang pandang remeh Yang di-Pertuan Agong, siapa lagi yang akan hormat?

"Institusi diraja akan menjadi tidak bererti dan akhirnya unsur Islam juga tiada tempat di negara ini. Inilah matlamat di sebalik penghinaan raja iaitu memastikan Islam tiada tapak kerana tapaknya ialah institusi diraja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pelukis tersebut juga seolah-olah memprovokasi rakyat melalui tajuk digunakan.

“Pelukis menukar tajuk daripada slogan Keranamu Malaysia kepada Kenapamu Malaysia. Ia seolah-olah membawa mesej mengapa perlu ada raja dan secara tidak langsung menjejaskan kesetiaan rakyat kepada raja,” katanya.

Menurutnya lagi, sebagai pelukis, Leong mempunyai pelbagai pilihan lain sebagai subjek lukisannya.

“Memang benar bahawa setiap individu mempunyai persepsi atau penilaian berbeza terhadap sesuatu hasil seni. Namun, mengapa pelukis memilih raja sedangkan terdapat banyak objek lain yang boleh dilukis?

“Jadi itu yang menimbulkan persoalan mengenai motif lukisan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Leong.

“Sebelum ini pun sudah banyak kes seperti menghina bendera dan lagu Negaraku. Malangnya tiada tindakan tegas kepada individu berkenaan.

“Namun, sekarang ada individu yang lebih berani menghina raja. Jadi kita harap kerajaan dapat mengenakan tindakan segera kepada Leong supaya menjadi pengajaran kepada rakyat,” katanya.

Lukisan itu dipamerkan di pameran seni Art Stage Singapore 2015 pada 22 hingga 25 Januari 2015 di Pusat Konvensyen dan EkspoMarina Bay Sands, Singapura.

Minta polis panggil Leong
Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya mempersoalkan mengapa Leong menghasilkan lukisan begitu.

“Sekiranya dia seorang rakyat Malaysia, dia perlu melukis gambar itu dari sisi depan dengan cantik. Ia adalah satu cara untuk menunjukkan rasa hormatnya kepada institusi beraja dan ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan Yang di-Pertuan Agong kepada luar,” katanya.

Menurut beliau, lukisan seperti itu akan menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Adakah ini satu gerak kerja untuk menghapuskan institusi beraja?,” soalnya.

Abu Bakar turut meminta polis memanggil Leong bagi memberikan keterangan mengenai lukisan berkenaan.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah pula berkata, gambar berkenaan adalah hasutan dan penghinaan kepada institusi beraja.

“Perkara ini boleh membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu,” katanya.

Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia, Leong perlu mengetahui undang-undang serta perlembagaan negara dan tidak sepatutnya menghasilkan lukisan berkenaan.

Abdul Rani turut meminta polis menyiasat perkara itu secepat mungkin.
Selain seni dihasilkan Leong, pameran di Galeri Silverlens itu turut mempamerkan hasil kerja dua pelukis lain dari Filipina.

Menurut biografinya ditulis dalam laman web Galeri Silverlens, Leong dikatakan menumpukan seninya kepada tanggapan sosial yang salah dalam konteks budaya yang lebih besar.

Menurut laman web itu, Leong melihat kepada isu percanggahan dan kesukaran merangka kesedaran bangsa.

Usaha Sinar Harian untuk menghubungi Leong dan galeri tersebut tidak berjaya sehingga artikel ini diterbitkan.

MH370 diisytihar kemalangan

29 Januari 2015
 Azharuddin semasa sidang media di Putrajaya hari ini mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban. - Foto Bernama
Azharuddin semasa sidang media di Putrajaya hari ini mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban. - Foto Bernama Azharuddin semasa sidang media di Putrajaya hari ini mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap terkorban. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.

Kerajaan komited meneruskan usaha untuk merungkai tragedi malang itu dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada kerajaan China dan Australia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Ketika membuat pengumuman itu menerusi televisyen yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM, beliau berkata: "Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban."

"Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum  menemukan lokasi pesawat yang hilang itu," katanya. – Bernama

Sumber-Sinar Harian online 29.1.2015