Ad

Tuesday 20 January 2015

Baju sejuk laris sekali ganda



 Oleh ADHAM SHADAN, JULIA ISMAIL
dan KASANABILA KAMARUL ZAMAN
berita@kosmo.com.my
 
Faridah (kanan) yang memeluk cucunya memakai baju sejuk bersama ahli keluarganya di dalam khemah di Jalan Geale, Kuala Krai semalam.

KUALA KRAI – Jualan baju sejuk di Kuala Krai laris sekali ganda apabila permintaannya bertambah berikutan cuaca sejuk luar biasa melanda jajahan itu sejak Jumaat lalu selepas menghadapi banjir besar bulan lalu.

Penduduk di kawasan itu terpaksa memakai baju sejuk atau tebal untuk melakukan aktiviti harian terutama pada waktu pagi yang mencatatkan suhu minimum 19.4 darjah Celsius semalam.

Bagaimanapun menjelang tengah hari, cuaca di kawasan berkenaan berubah kepada 30 darjah Celsius.

Tinjauan Kosmo! di sebuah kedai pakaian terpakai yang menjual baju sejuk di tepi Jalan Machang-Kuala Krai dekat Kampung Bukit Sireh semalam mendapati jualannya bertambah sekali ganda dalam tempoh dua hari.


Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3PMvOPhIg Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment