Adakah selamat untuk memandu
kereta meredah kawasan dinaiki air ketika musim hujan dan banjir melanda negara
kita?
INGIN TAHU,
Pahang
Memandu atas jalan dinaÂiki
air boleh mengundang bahaya. Malah, air bertakung boleh mewujudkan bahaya
layangan air serta mengurangkan jarak penglihatan.
Layangan air adalah keadaan
kereta dipandu laju sehingga wujudnya lapisan air di antara permukaan tayar dan
jalan yang menyebabkan pengurangan cengÂkaman.
Jadi, anda perlu memandu secara
perlahan ketika melalui air bertakung bagi memberi tindak balas stereng lebih
responsif.
Lubang kemasukan udara
segelintir kereta adalah rendah di bahagian depan, dan 'secawan' air masuk ke
dalam kebuk pembakaran sudah cukup untuk menghancurkan enjin anda.
Air yang masuk itu tidak akan
termampat dan membuatkan omboh umpama melanggar dinding sekali gus menyebabkan
ia bengÂkok atau patah.
Jika kereta anda mengalami
kerosakan dalam hujan lebat, elak membuka bonet enjin sementara menungÂgu
bantuan. Ini kerana enjin menjadi lebih sukar dihidupkan jika perkakasan
elekÂtronik dibasahi air.
Jangan masuk kawasan banjir
yang mengalir deras atau dalam melebihi 10 sentimeter. Jika terdesak, anda
perlu pandu perlahan dan berterusan. Malah, anda perlu menguji brek secepat
mungÂkin selepas keluar dari kawasan berair.
Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 4 January 2015 @ 5:02 AM
No comments:
Post a Comment