09 Januari 2015 12:42 AM
KUALA LUMPUR – Pasukan Harimau
Malaya membuka lembaran 2015 di kedudukan ke-154 dunia berdasarkan senarai
ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),
semalam.
Malaysia sebelum ini berada di
tangga ke-154 pada Januari 2014, 150 (Februari), 141 (Mac), 142 (April), 145
(Mei), 153 (Jun), 151 (Julai), 155 (Ogos), 154 (September), 156 (Oktober), 155
(November) dan ke-154 pada Disember.
Kedudukan terkini itu
meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Korea Utara
(150), Syria (151), Kyrgzstan (152), Hong Kong (156) dan Singapura yang berada
pada ranking ke-157 dunia.
Dalam kalangan negara Asia
Tenggara pula, Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Filipina (130),
Vietnam (137), Myanmar (141) dan Thailand (142).
Kedudukan Malaysia di peringkat
Asia turut kekal di tempat ke-28 daripada 46 negara lain.
Juara Piala Dunia 2014, Jerman
terus mengekalkan status pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,725 mata
manakala Argentina berada di tangga kedua selepas mengutip 1,538 mata.
Wakil Amerika Selatan, Colombia
terus kekal di tangga ketiga dengan 1,450 mata. – BERNAMA
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-malaya-di-ranking-ke-154-1.45942#sthash.J9PVG9D2.dpuf
No comments:
Post a Comment