Oleh Nurul Huda Kosnon
nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Saya peluk dia
dan beri RM100 sebagai tanda terima kasih. Syukur pada Allah SWT, masih ada
insan yang ikhlas.
“Bagi saya, susah hendak jumpa
orang macam dia yang ikhlas dan saya andaikan dia seorang yang berhati mulia.
Jika dia tidak memulangkan semula beg itu, mungkin hari jadi saya yang ke-28 (6
Januari) paling sukar dilupakan,” kata Norman Berahim.
Norman berkata demikian apabila
diminta mengulas mengenai sikap remaja, Mohd Syaqir Japarudin, 17, yang
memulangkan semula RM1,600 tunai yang hilang ketika dia menunaikan solat di
Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu, pada 7 petang, 5 Januari lalu.
“Hati saya begitu lega. Cemas
saya reda apabila dapat balik beg berisi dokumen penting dan dompet mengandungi
RM1,600,” katanya.
Menurutnya, pada hari kejadian
dia masuk ke tandas dengan membawa beg berkenaan sebelum kemudiannya mengambil
wuduk.
“Selepas selesai solat, saya ke
restoran untuk makan malam. Ketika hendak keluar daripada kereta, saya cemas
selepas mendapati beg saya tak ada.
“Duit itu saya baru keluarkan
daripada ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan saya hendak memasukkannya ke akaun
simpanan kedua saya,” katanya ketika dihubungi di Sabah.
Menurutnya, dia kemudiannya
pergi semula ke masjid berkenaan untuk mencari begnya namun tidak dapat
dikesan.
“Keesokannya iaitu pada 6
Januari lalu, saya mendapat pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp daripada
seorang remaja yang memaklumkan beg saya ada padanya.
“Pada 5 petang, Selasa lalu (6
Januari), dia memaklumkan mahu berjumpa saya untuk menyerahkan semula beg itu
di sebuah restoran di Sembulan,” katanya.
Mohd Syaqir, dia terjumpa beg
berkenaan dalam tandas ketika hendak menunaikan solat Maghrib di masjid
berkenaan.
“Saya ambil dan serah pada
pengurusan masjid tapi mereka nasihatkan supaya simpan dan cari pemilik beg
berkenaan. Saya pun bawa pulang dan keesokan hari saya memberanikan diri untuk
memeriksa beg itu sebelum menemui RM1,600 dan pelbagai dokumen penting.
“Akhirnya, saya jumpa nombor
telefon pemilik beg itu melalui satu resit lama dan terus menghantar pesanan
ringkas menerusi aplikasi Whatsapp,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Khamis, 8 January 2015 @ 11:45 PM
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/22510#sthash.DXeZNRGg.dpuf
No comments:
Post a Comment