2 Januari 2015
Datuk Dr Khair Mohamad Yusof
KUALA LUMPUR - Kementerian
Pendidikan hari ini menafikan penyebaran berita palsu di media sosial berhubung
penangguhan permulaan sesi persekolahan 2015 selama sebulan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk
Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata penangguhan itu hanyalah selama
seminggu.
Dalam kenyataan di sini, beliau
berkata sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
ialah 11 Jan (Ahad) dan 12 Jan (Isnin) bagi negeri-negeri lain.
"Kementerian Pendidikan telah meminta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil
tindakan segera terhadap mereka yang menyebar berita palsu ini,"
katanya.
Khair turut menasihatkan orang
ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang berita yang disebarkan melalui
media sosial.
Mereka sebaliknya boleh merujuk
kepada laman-laman berita rasmi atau menghubungi terus Kementerian Pendidikan,
katanya.
Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan
Kementerian Pendidikan bersetuju menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015
selama seminggu dari tarikh asal iaitu 4 dan 5 Jan 2015 mengikut negeri-negeri
berkaitan, susulan bencana banjir. – Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 2.1.15
No comments:
Post a Comment