Ad

Monday 5 January 2015

PM dijangkiti E.coli, pantau banjir dari rumah



06 Januari 2015 1:35 AM
KUALA LUMPUR 5 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan dijangkiti E.coli, iaitu sejenis kuman bawaan air yang kerap dikesan terutama ketika musim banjir.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan melalui Twitter memaklumkan, Najib disahkan ter­kena jangkitan itu semasa melawat negeri-negeri yang dilanda bencana tersebut.

Sehubungan itu, doktor menasihatkan beliau supaya berehat sehingga kesihatannya pulih dan Pejabat Perdana Menteri menjelaskan, Najib akan kembali bertugas dengan secepat mungkin.

Dalam reaksi segeranya pula, Perdana Menteri memberitahu, meskipun kesihatannya agak terganggu dan perlu berehat, beliau akan memantau situasi banjir dari rumah.

“Saya akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah,” jelas Najib menerusi akaun Twitter rasmi beliau selepas ramai dalam kalangan rakyat mendoakan kesihatannya agar segera pulih.

Perdana Menteri, sekembalinya dari luar negara pada 27 Disember lalu, tanpa henti telah melawat setiap kawasan yang dilanda banjir khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.

Jangkitan E.coli itu dipercayai akibat sentuhan secara langsung beliau dengan air banjir, memandangkan Najib kerap kali mengharungi air banjir ketika meninjau keadaan penduduk.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-dijangkiti-e-coli-pantau-banjir-dari-rumah-1.45073#sthash.V1MS0e1x.dpuf

No comments:

Post a Comment