Ad

Friday, 9 January 2015

Bujang Senang ‘kurang selesa’



Oleh Kelvin Khoo
sukan@hmetro.com.my
 
 Petra Jaya: Sarawak masih tercari-cari karakter sebenar menjelang perlawanan pembukaan musim baru sekali pun mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kuala Lumpur (KL SPA) pada aksi persahabatan di tempat sendiri kelmarin.

Skuad kendalian Robert Alberts itu melalui tempoh sukar selepas sebahagian pemain utama pasukannya berhijrah ke pasukan lain pada musim perpindahan kedua yang dibuka beberapa hari lalu.

Alberts berkata, Sarawak melalui perubahan ketara menyebabkan beliau perlu membuat persiapan rapi bagi memastikan anak buahnya bersedia mengharungi Liga Super awal bulan depan.

“Banyak perlu dilakukan berikutan ada perubahan dalam pasukan berbanding tahun lalu. Tidak dinafikan, pertukaran ramai pemain menyumbang ke arah ini.

“Jadi, dalam tempoh masih berbaki kurang sebulan, saya perlu memperkemaskan jentera pasukan dan kami terpaksa membina semula kekuatan pasukan dengan kehadiran beberapa muka baru dalam skuad termasuk empat pemain import,” katanya.

Alberts berkata, beberapa siri persahabatan selepas ini bakal menjadi ujian buat skuad bimbingannya sebelum memulakan saingan pembukaan menentang FELDA United, 7 Februari depan.

“Selepas perlawanan persahabatan, skuad kita sepatutnya sudah bersedia menghadapi saingan Liga Super. Aksi persahabatan pra musim mampu memberi kesan dan petunjuk kepada pasukan untuk mengatur strategi lebih tersusun dalam perlawanan seterusnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 6:41 A
- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/22637#sthash.IOynXKk8.dpuf

No comments:

Post a Comment