24 Januari 2015 2:13 AM
AMPANG JAYA 23 Jan. – Vokalis
Slam, Zamani Ibrahim, 43, sedia memaafkan penyebar video yang memperlihatkannya
menyanyi dalam keadaan tangan bergari ketika ditahan atas kesalahan
penyalahgunaan dadah, di sini baru-baru ini.
Zamani maafkan penyebar video
Abang kepada vokalis terbabit,
Zulfazil, 50, berkata, dalam pertemuan dengan Zamani di lokap Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Ampang Jaya semalam, penyanyi itu sendiri yang menyatakan
hasratnya untuk melupakan isu penyebaran klip video berkenaan.
“Zamani berpesan supaya tidak
memanjangkan lagi kes ini dan memaafkan anggota polis yang merakam dan
menyebarkan video itu.
“Begitu juga harapannya kepada
peminat agar memaafkan kesilapannya. Saya mewakili ahli keluarga rasa berbangga
dengan keputusannya memandangkan dia berada dalam keadaan tertekan dan kami
menghormati pendirian Zamani itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan IPD
Ampang Jaya, di sini hari ini.
Yang hadir sama adalah peguam
bela Zamani, Ahmad Zaharil Muhaiyar, pengurusnya, Johan Aziz, Presiden
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan peguam
Karyawan, Aizul Rohan Anuar.
Sementara itu, Zulfazil
mengucapkan terima kasih kepada peminat yang prihatin terhadap isu penyebaran
klip video berkenaan dan mendoakan kesejahteraan adiknya.
Rabu lalu, klip video tersebut
mula tersebar di laman sosial selepas dikongsi tanpa kawalan menerusi aplikasi
WhatsApp.
Ekoran penyebaran tersebut,
pihak polis melakukan siasatan terperinci dan mengenal pasti lima suspek yang
disyaki terlibat melakukan kesalahan terbabit.
“Saya kagum dengan kepantasan
polis melakukan siasatan dan mengenal pasti suspek dalam tempoh 24 jam. Terima
kasih diucapkan terutama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar atas
keprihatinan terhadap isu ini,” katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/zamani-maafkan-penyebar-video-1.51836#sthash.UZxWO1NO.dpuf
No comments:
Post a Comment