Ad

Friday 23 January 2015

Tabung Haji umum bonus 8.25 peratus

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my
 
Jamil KHIR (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail (kanan) serta Ahli Lembaga Pengarah TH menunjukkan tanda bagus selepas mengumumkan kadar bonus TH 2014 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pembayaran bonus kepada 8.6 juta pendepositnya dengan jumlah RM3.2 bilion iaitu yang tertinggi sejak penubuhannya 51 tahun lalu.

Bonus bagi tahun kewangan 2014 itu merangkumi bonus tahunan sebanyak 6.25 peratus dan tambahan bonus haji sebanyak 2.0 peratus.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembayaran kedua-dua bonus tersebut mencatat peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding RM2.6 bilion pada tahun 2013.

Beliau berkata, peningkatan pembayaran bonus ini berjaya dilakukan kerana TH mencatatkan keuntungan bersih selepas zakat pada 2014 berjumlah RM3.3 bilion iaitu yang tertinggi sejak penubuhan institusi tersebut pada 1963.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3PelURE2U Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment