Ad

Friday, 2 January 2015

Gerrard sah tinggalkan Liverpool



03 Januari 2015 2:30 AM
Steven Gerrard telah disahkan tidak akan menyambung kontrak dengan
Steven Gerrard telah disahkan tidak akan menyambung kontrak dengan

Steven Gerrard telah disahkan tidak akan menyambung kontrak dengan Liverpool apabila musim ini berakhir dan dia dikaitkan dengan perpindahan ke Amerika Syarikat untuk menyertai sama ada New York Red Bulls atau LA Galaxy.

LIVERPOOL - Steven Gerrard telah membuat hati penyokong Liverpool hancur luluh selepas kelab mengesahkan pemain itu akan meninggalkan Anfield apabila kontraknya berakhir pada musim panas ini.

Kopites masih mengharapkan le­genda Reds itu menandatangani perjanjian baharu dan menamatkan karier­nya bersama kelab kesayangannya, Liver­pool. Namun kelab telah mengeluarkan kenyataan semalam yang mengesahkan pemain itu akan berpindah ke luar negara apabila dia tidak ter­ikat dengan kontrak sebaik sahaja musim ini berakhir.

Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat dijangka menjadi destinasi Gerrard dengan New York Red Bulls dan LA Galaxy, antara kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya. Gerrard, 34, membuat keputusan muktamad meninggalkan Liverpool selepas 17 tahun mengharungi pelbagai pengalaman pahit dan manis bersama kelab itu.

“Ini merupakan keputusan yang paling sukar terpaksa saya lakukan seumur hidup saya, dan baik diri saya mahupun keluarga telah melalui pengalaman perit dan juga menggembirakan sepanjang tempoh saya bersama kelab.

“Saya membuat pengumuman ini sekarang, jadi pengurus dan pasukan tidak berasa terganggu dengan pelbagai spekulasi tentang masa depan saya.

“Kelab Bola Sepak Liverpool telah cukup lama memainkan pe­ranan penting dalam kehidupan kami dan mengucapkan selamat tinggal memang amat sukar, tetapi saya melalukannya demi kepen­tingan semua terma­suk keluarga saya dan juga kelab.

“Saya akan terus bermain, walaupun saya masih belum boleh membuat pengesahan pada ketika ini ke mana hala tuju saya, apa yang boleh saya katakan saya tidak akan ber­aksi bersama kelab pesaing dan akan memastikan saya tidak berada dalam senarai pasukan yang menentang Liverpool iaitu sesuatu yang tidak dapat saya bayangkan.

“Keputusan ini dibuat di­sebabkan keinginan saya mencari pengalaman yang berbeza dalam karier saya dan saya juga mahu memastikan yang saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan apabila karier saya ber­akhir nanti.

“Ucapan terima kasih sahaja tidak memadai untuk Brendan, pemilik dan semua orang yang ber­ada di kelab tentang bagaimana mereka mengendalikan perkara ini dan saya meninggalkan pa­sukan dengan cara yang baik. Saya juga mahu berterima kasih kepada rakan sepasukan dan semua staf di atas bantuan serta sokongan berterusan.

“Menjadi sebahagian daripada kelab ini merupakan sesuatu yang istimewa. Saya berharap satu hari nanti saya akan kembali berkhidmat di Liverpool, tidak kira de­ngan cara bagaimana itu dilakukan nanti.

“Apa yang paling penting bermula sekarang hinggalah sepakan terakhir saya musim ini, saya akan memberikan komitmen sepenuhnya kepada pasukan seperti biasa dan memberikan apa sahaja bagi membantu Liverpool mencatat kemenangan dalam perlawanan,” kata Gerrard. – AGENSI
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gerrard-sah-tinggalkan-liverpool-1.43939#sthash.JcS1EAKn.dpuf

No comments:

Post a Comment