03 Januari 2015 12:19 AM
LONDON – Jose Mourinho
menegaskan sambutan Tahun Baharu Chelsea yang dileburkan oleh Tottenham
Hotspur di White Hart Lane akan berlaku sekali sahaja.
Skuad kendalian Mourinho
memulakan 2015 dengan meraih keputusan memalukan apabila kalah 5-3 dalam
pertemuan antara dua kelab London itu.
Chelsea sebelum ini gah di
puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan memiliki kelebihan lapan mata namun
kini mereka diikat oleh pasukan di tempat kedua Manchester City.
Penyandang juara, City dan
Chelsea memiliki perbezaan gol dan jumlah jaringan yang sama, jadi Chelsea
hanya berada di kedudukan teratas berdasarkan susunan abjad.
Bagaimanapun, pengurus The
Blues itu tidak bimbang mengenai peluang mereka dalam perebutan gelaran.
Tidak gembira kerana pasukannya
tidak mendapat dua sepakan penalti dia mengkritik mutu pengadilan serta jadual
perlawanan EPL yang padat semasa tempoh perayaan ini.
“Kami tewas bukan disebabkan
oleh pemain-pemain. Ketika menentang Newcastle, Nemanja Matic digantung
perlawanan namun John Obi Mike bermain dengan baik.
“Kami tewas ketika itu kerana
tidak bernasib nasib seperti Newcastle. Atkinson (pengadil) melakukan tugas
dengan baik.
“Namun lain pula kisahnya
menentang Tottenham dan Southampton dalam perlawanan terdahulu kami,” katanya.
Tidak ramai yang menjangka
keputusan ini akan berlaku, terutama selepas Diego Costa membuka tirai jaringan
perlawanan.
Larian lincah Eden Hazard
disudahkannya dengan percubaannya melantun setelah mengenai tiang dan Oscar
menolak semula bola ke dalam kotak penalti untuk Costa menjaringkan golnya yang
ke-15 musim ini.
Tetapi Tottenham memiliki Harry
Kane, penyerang bahaya mereka sendiri, dan pemain berusia 21 tahun itu
memperkukuhkan reputasinya setelah menyamakan kedudukan pada minit ke-30
dengan melepasi Oscar sebelum membuat percubaan dari jarak 20 meter untuk golnya
yang ke-15 musim ini.
Chelsea kelihatan mengawal
keadaan tetapi mendapat kejutan beberapa minit sebelum rehat apabila sepakan
kencang Nacer Chadli terkena tiang tetapi pertahanan kiri Danny Rose berada di
kedudukan tepat untuk menjaringkan bola yang melantun.
Keadaan menjadi semakin buruk
buat Chelsea sebelum babak kedua tamat. Kane dijatuhkan oleh Gary Cahill di
dalam kawasan gol dan Andrew Townsend tidak membuat kesilapan dari titik
penalti.
Harapan Chelsea untuk bangkit
dimusnahkan oleh Kane seleas permainan disambung apabila penyerang Bawah-21
England itu mengutip umpanan Chadli, menggelecek Terry dan membuat sepakan
lencong untuk gol pada minit ke-52.
Chelsea kembali bersaing
apabila merapatkan jurang gol pada minit ke-61 apabila Hazard dan Cesc Fabregas
bertukar-tukar hantaran sebelum pemain Belgium itu menemui sasaran.
Tetapi Chelsea rapuh di
bahagian belakang ketika mereka membuat serangan dan jaringan Chadli pada minit
ke-78 menamatkan terus cabaran pelawat, sungguh pun Terry berjaya menjaringkan
gol ketiga mereka pada penghujung perlawanan. – AFP
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tottenham-malukan-chelsea-1.43835#sthash.uE9vYKgV.dpuf
No comments:
Post a Comment