Ad

Saturday, 10 January 2015

QZ8501: Bahagian ekor pesawat berjaya diapungkan



PANGKALAN BUN: Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diapungkan ke permukaan air oleh pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI), menjelang tengahari tadi.

Beg pelampung yang digunakan dalam operasi itu berjaya mengapungkan bahagian ekor pesawat itu sekitar jam 11.50 Waktu Indonesia Barat (WIB).

Bahagian ekor pesawat yang berwarna merah tua, di mana terletaknya kotak hitam dan alat perakam penerbangan pesawat, dilihat tenggelam timbul di permukaan air yang berombak.

Operasi mengangkat naik ekor pesawat ini dari dasar laut Selat Karimata dimulakan sejak kelmarin tetapi keadaan arus air di dasar laut yang deras menyebabkan usaha itu terbantut sehingga hari ini.

Proses mengangkat ekor pesawat itu dimulakan pasukan penyelam dengan mengikat beberapa beg pelampung.

Terdahulu, penyelam juga cuba untuk mencari kotak hitam pada bahagian itu tetapi gagal berikutan arus air yang deras serta jarak pemandangan terhad di dasar laut.

Pengesanan sonar menerusi Kapal Navigasi Jadayat sebelum ini menjangkakan kemungkinan kotak hitam itu sudah terpisah daripada bahagian ekor pesawat. - Kompas.com
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE 10.1.2014

No comments:

Post a Comment