Ad

Thursday 1 October 2015

Penglibatan dan kerjasama United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam NATO.


Oleh-AHMAD BN YAAKOB
Menurut Zulkarnain Abdul Rahman, dalam konteks penubuhan NATO dua perkara yang perlu diketengahkan iaitu Britain memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO.Kedua, penubuhan NATO dianggap antithesis kepada PBB yang dilihat tidak berupaya memainkan peranan sebagai satu pertubuhan yang boleh mengekang atau menyelesaikan sebarang konflik secara berkesan. Ini kerana PBB tidak memiliki sebuah pasukan tentera tersendiri.
      Britain dikatakan memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO. Sekiranya dirujuk kepada koleksi surat-surat peribadi Ernest Bevin, setiausaha Luar Britain dari tahun 1946 hingga 1951, dan dokumen yang dihasilkan oleh Foreign office, pihakBritish sememangnya menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO. Ini bermakna, pihak British berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun pihak British merupakan key player dalam proses pembentukan NATO.[1]
      Dalam hal ini, Britain yang ketika itu diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika Syarikat. Berdasarkan pengalaman Britain, sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.

      Andrew Priest dalam bukunya, Kennedy, Johnson and NATO: Britain, America and the Dynamics of Alliance, 1962 - 68, menyatakan bahawa Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dipertanggungjawabkan untuk Educating the Americans bagi menghadapi ancaman Soviet Union khususnya selepas tahun 1945.

      Ritchie ovendale pula menegaskan bahawa Presiden Harry S. Truman masih belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah dan pihak United Kingdom perlu membuat perancangan jangka paniang penglibatan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah khususnya. Oleh itu, kewujudan NATO adalah bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.

      Sesungguhnya Perang Dingin telah menyebabkan hubungan  antara United Kingdom dan Amerika Syarikat menjadi lebih akrab. Hubungan di antara kedua-dua kuasa besar dalam bentuk bilateral boleh dilihat dalam tiga bentuk;
(a) perundingan diplomatik. walaupun hubungan kedua-dua negara nampak kompleks namun membuka banyak ruang perundingan dan perbahasan pelbagai peringkat birokrasi.
(b) Kerjasama ketenteraan. Kerjasama bilateral semakin rancak khususnya tentera udara dan tentera laut.
(c) Perisikan. Kerjasama perisikan menguntungkan kedua-dua pihak khususnya antara Federal Bureau of Investigation (FBI) dart central Intelligence Agency (ClA) di pihak Amerika Syarikat dan M16 secret lntelligence service (SIS) dan M15 Security Service di pihak Britain

      Bagaimanapun hubungan antara united Kingdom dan Amerika Syarikat terjejas sedikit kesan pengenalan Atomic Energy Act of 1946 (McMahon Act) yang melarang Amerika Syarikat mengadakan kerjasama nuklear dengan negara-negara lain kerana dibimbangi berlakunya percambahan aktiviti pembinaan senjata nuklear di tempat-tempat lain.

     Pengenalan akta tersebut mengecewakan Britain kerana Britain bercita-cita membangunkan senjata nuklear dan ingin mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat. Britain akhirnya membuat keputusan sendiri untuk membangunkan senjata nuklear. Beberapa siri rundingan telah diadakan dengan Amerika Syarikat yang bertujuan mendapatkan maklumat dan kepakaran berkaitan proses membina senjata nuklear. Akhirnya pada tahun 1952, Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuklear di belakang Amerika Syarikat (128) dan Soviet Union (16).Berkaitan dengan kelemahan PBB pula, persoalan yang timbul ialah pihak atau negara mana yang akan mengetuai misi ketenteraan PBB dan negara mana yang akan membiayai segala perbelanjaan sepanjang misi ketenteraan PBB.[2]

      Implikasinya ialah kuasa-kuasa besar dunia yang merupakan anggota Majlis Keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto ketika itu selalunya lebih banyak bersetuju untuk tidak bersetuju dalam menangani mana-mana konflik antarabangsa. Soviet Union sering dipersalahkan dan dilihat sebagai tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi manusia, dan tidak menghormati kebebasan inidividu sebagaimana yang dipraktikkan di Eropah.

      Soviet Union didakwa oleh pihak Barat lebih komited untuk melebarkan pengaruh politik yang berideologikan komunisme di Eropah atau di Asia. sikap Soviet Union dilihat sebagai penghalang utama bagi kuasa-kuasa besar dunia mencapai kesepakatan dalam PBB bagi menangani isu-isu antarabangsa.

     Perkembangan politik antarabangsa seperti ini sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949 menyebabkan Britain dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO. Soviet Union pula memberi satu persepsi bahawa NATO ialah Amerika Syarikat dan Amerika Syarikat ialah NATO. Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain.

      Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan NATO sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praKtikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia.Tentera Amerika ditempatkan di Jerman dan Turki selepas Perang Dunia Kedua supaya komunisme dapat disekat.[3]

     Pandangan seorang ahli psikologi, Jerome Bruner pada tahun 1944 mungkin relevan. Beliau berpendapat bahawa orang Amerika tidak akan menyertai sepenuhnya sesuatu organisasi yang tidak boleh dikuasai mereka. Mereka ialah ahli NATO yang setia (seperti juga mereka sebagai ahli PBB yang setia), dan dalam masa yang sama mereka cenderung bertanyakan apa yang boleh dilakukan oleh NATO dan PBB untuk Amerika Syarikat daripada apa yang Amerika Syarikat boleh lakukan untuk kedua-dua organisasi itu. Lama kelamaan, jika NATO tidak ingin merosot, sesuatu yang lebih, perlu diberikan kepada Amerika Syarikat daripada ahli-ahli yang lain.[4]




[1] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),328.   
[2] Ibid, 329.
[3] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),478.    
[4]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1 ,330.

No comments:

Post a Comment