Ad

Sunday, 18 October 2015

ULASAN SIRI SARIP SEORANG SENIMAN OLEH ACAI-siri-5

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
      Siri Sarip Seorang Seniman dalan Ruangan Rehat Minda, Kosmo Ahad 18 Oktober bertemakan Tahun baru Hijrah 1437 Hijrah. Zaman alaf baru ini kita sering terleka dan melupakan sambutan tahun baru Hijrah. Berbeza dengan sambutan tahun baru Masihi  yang sentiasa dinanti-nantikan oleh umat manusia seluruh dunia.

      Sambutan tahun baru Hijrah dimulakan oleh Khalifah Umar al-Khattab yang menjalankan tugas sebagai Khalifah Islam kedua pada tahun 13H-23H.Nama sebenar Khalifah Umar ialah Umar bi al-Khattab bin Naufal. Beliau dilahirkan pada 584 dan meninggal dunia pada 644M/23H. Antara sumbangan utama Khalisah Umar al-Khattab ialah menjadikan tahun Hijrah Rasulullah ke Yathrib atau Madinah sebagai tarikh permulaan perkiraan kalendar bagi umat Islam. Pengenalan takwim Hijrah memudahkan catatan peristiwa-peristiwa selepasnya. Takwim ini memudahkan umat Islam mengingati sesuati peristiwa dan membuat catatan mengenainya.



      Dalam siri minggu ini, Sarip menempelak sahabanya Nawie yang mengucapkan selamat tahun baru kepadanya. Sarip merasa marah kerana sekarang baru bulan Oktober 2015, sedangkan sambutan tahun baru pada 1 Januari 2015. Tetapi Sarip terasa dirinya jahil tentang takwim Islam apabila Nawie menegaskan ucapan tahun baru itu untu sambutan tahun baru Hijrah 1437H.   

No comments:

Post a Comment