Ad

Friday, 30 October 2015

Padah hina Raja-Raja Melayu

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
 
WAN FATUL dibawa keluar dari Mahkamah Temerloh semalam selepas didapati bersalah menghina Raja-Raja Melayu melalui laman sosial dua tahun lalu.

TEMERLOH – Tindakan melampau seorang warga emas yang menghina Raja-Raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong seba­nyak tiga kali melalui laman sosial Facebook menerima padah apabila dia didenda RM120,000 oleh Mahkamah Sesyen Temerloh di sini semalam.

Mahkamah menetapkan tertuduh boleh dipenjara selama 30 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Wan Fatul Johari, 68, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, manakala pendakwaan berjaya membuktikan kes dalam ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu.
SABTU-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3q6dLtdMN Hakcipta terpelihara











No comments:

Post a Comment