Ad

Saturday 31 October 2015

Johor umum cuti peristiwa


31 Oktober 2015 10:44 
JOHOR BAHRU 31 Okt. - Kerajaan negeri mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa berikutan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala AFC selepas menewaskan FC Istiklol di Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan malam ini.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tiger.
“Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari esok, Ahad 1 November 2015 sebagai cuti khas peristiwa untuk seluruh negeri ekoran kemenangan berpihak kepada pasukan JDT pada perlawanan akhir Piala AFC menentang FC Istiklol hari ini,” katanya.
JDT berjaya merangkul piala berprestij di Asia itu selepas menundukkan kelab dari Tajikistan 1-0.-UTUSAN ONILNE

SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/johor-umum-cuti-peristiwa-1.152701#sthash.vBYG5430.dpuf

No comments:

Post a Comment