ISNIN, 26 OKTOBER 2015 @ 12:45
PM
KUALA LUMPUR: Kelebihan kelab
Tajikistan, FC Istiklol yang beraksi di pentas final Piala AFC 2015 di laman
sendiri cuba dilenyapkan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berlepas ke Dushanbe,
hari ini. Keputusan untuk tiba ke laman lawan itu lebih awal sebelum final yang
dijadual pada 31 Oktober ini diambil skuad bimbingan Mario Gomez atas sebab
beberapa faktor dalam usaha mempersiapkan pasukan sebaik mungkin.
Antara dua faktor yang dikenal pasti ialah
sebagai usaha untuk menyesuaikan pemain dengan keadaan cuaca sejuk di negara
terbabit selain padang rumput tiruan. "Pasukan perlu berada seawal mungkin
di sana untuk memberi pemain cukup rehat selepas penerbangan yang akan
mengambil masa yang panjang dan memberi peluang kepada pemain untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang agak sejuk di sana," kata
kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial rasmi pasukan itu, hari ini.
"Berada awal di sana juga membolehkan
pemain mencari keserasian apabila beraksi di padang rumput tiruan."
Penerbangan ke Dushanbe dijangka mengambil masa selama 14 jam. Gomez sebelum
ini mengakui skuad bimbingannya bukan pilihan pada final kali ini terutama
kelebihan FC Istiklol yang memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri, namun
dalam bola sepak, tiada apa yang mustahil. JDT mencipta sejarah muncul
satu-satunya pasukan dari Malaysia yang melangkah ke final kejohanan elit
membabitkan kelab-kelab di serata Asia itu. INFO FINAL PIALA AFC 2015 FC
Istiklol (Tajikistan) vs Johor Darul Ta`zim (JDT) *Tarikh: 31 Oktober 2015
*Masa: 8.00 malam (waktu
Malaysia)
*Stadium: Central Republican,
Dushanbe, Tajikistan
*Kapasiti: 24,000 penonton
SUMBER:
http://www.bharian.com.my/node/92003
No comments:
Post a Comment