Oleh Khairil S Iswan mkhairil@bh.com.my
KAPTEN skuad Harimau Malaya,
Safiq Rahim. KELANA JAYA: "Tanggungjawab kami (pemain) adalah memberi yang
terbaik di padang dan terus bersikap terus positif," Itu tekad disuarakan
kapten skuad Harimau Malaya, Safiq Rahim tatkala mengulas hukuman yang dijatuhkan
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) hari ini.
Hukuman badan induk bola sepak
dunia itu hadir susulan daripada kekecohan melampau penonton ketika aksi
Malaysia-Arab Saudi di Stadium Shah Alam bagi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala
Asia 2019 pada 8 September lalu. FAM didenda dengan skuad Harimau Malaya bakal
beraksi di stadium kosong bagi pertemuan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada
17 November ini.
Selain itu, pasukan kebangsaan
turut diisytihar kalah 3-0 bagi perlawanan di Stadium Shah Alam itu disamping
perlu membayar denda sebanyak 40,000 Swiss Franc (RM180,000) dan dilayangkan
amaran. Begitupun, Safiq menyifatkan dia dan rakan sepasukan enggan perkara itu
mengganggu fokus mereka bagi menghadapi baki kempen kali ini.
"Keputusan itu di luar bidang kami dan
apa juga kesudahannya, kami perlu positif dan terus berikan yang terbaik,"
katanya ketika ditemui, hari ini. "Bagi saya, kami punya tanggungjawab
adalah di dalam padang. Itu lebih baik bagi kami sebagai pemain. "Apa yang
penting, kami kekalkan rentak sebelum ini dan berikan aksi terbaik kerana kami
ada peluang untuk pergi lebih jauh.
" Begitupun, ada sedikit
rasa terkilan diluahkan Safiq kerana Malaysia turut dihukum beraksi tanpa
penonton di laman sendiri. "Sebagai pemain kita mahu peminat bantu pemain
semarakkan semangat. Namun seperti saya katakan, kami perlu positif."
Malaysia selepas ini dijadual bertemu Laos pada aksi persahabatan antarabangsa,
pada 8 September ini sebelum bertemu Timor Leste pada aksi Kelayakan Piala
Dunia 2018/ Asia 2019, 13 September. Dalam pada itu, Safiq berkata segala
persiapan bagi perlawanan itu berjalan lancar sambil berharap keputusan positif
mampu dibawa pulang.
No comments:
Post a Comment