AHAD, 25 OKTOBER 2015 @ 3:49 PM
Oleh Khairil S Iswan
mkhairil@bh.com.my PENUNGGANG Repsol Honda, Dani Pedrosa menjuarai perlumbaan
MotoGP Grand Prix Malaysia 2015 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Pelumba
Yamaha, Jorge Lorenzo (kiri) kedua ketinggalan 3.612 saat di belakang Pedrosa
diikuti pendahulu kejuaraan dunia, Valentino Rossi, ketiga. - Foto Asyraf
Hamzah SEPANG:
Penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa tidak berdepan banyak
masalah untuk menjuarai perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2015 ketika
perlumbaan lebih dibayangi insiden membabitkan Valentino Rossi dan Marc
Marquez. Memulakan perlumbaan di petak utama, Pedrosa pantas memimpin
perlumbaan sejak awal dan menamatkan perlumbaan dengan catatan 40 minit 37.691
saat. Pelumba Yamaha, Jorge Lorenzo kedua ketinggalan 3.612 saat di belakang
Pedrosa diikuti pendahulu kejuaraan dunia, Valentino Rossi, ketiga. Begitupun,
perlumbaan di Sepang lebih dibayangi insiden yang membabitkan Rossi dan Marquez
yang membawa kepada penyingkiran pelumba Honda itu selepas terjatuh di pusingan
keenam.
Kedua-dua pelumba bersaing sengit di awal perlumbaan dan saling
bertukar kedudukan ketiga dan keempat malah beberapa kali bergesel sebelum
sentuhan terakhir menyaksikan Marquez terjatuh. Dalam pada itu, kelebihan Rossi
selaku pendahulu terus dipintas Lorenzo yang kini hanya dibezakan dengan tujuh
mata berbaki satu pusingan di Valencia, Sepanyol. Sebelum perlumbaan di Sepang,
kedua-duanya dibezakan dengan 11 mata. Pedrosa juga tidak asing di Sepang dan
menjuarai perlumbaan pada 2012 dan 2013.
Sumber: http://www.bharian.com.my/node/91780
No comments:
Post a Comment