Ad

Saturday 3 October 2015

Empat aksi Piala Malaysia malam ini ditangguh

SABTU, 3 OKTOBER 2015 @ 6:54 PM

 KUALA LUMPUR: Empat perlawanan Piala Malaysia saingan peringkat kumpulan yang dijadualkan pada malam ini, ditangguhkan akibat masalah jerebu.

Namun aksi membabitkan pasukan T-Team menentang FELDA United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, tetap diteruskan. Perlawanan berkenaan dijadual jam 8.45 malam.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan sebentar tadi, menerusi laman Facebooknya, memaklumkan empat perlawanan yang ditunda itu adalah seperti berikut:

KUMPULAN A JDT II mln Terengganu di Stadium Pasir Gudang, jam 8.45 malam

KUMPULAN B ATM mln Sarawak di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, jam 8.45 malam

KUMPULAN D PDRM mln Pahang di Stadium Shah Alam Alam, jam 8.45 malam PKNS FC mln Pulau Pinang, di Stadium MP Selayang, jam 8.45 malam

TETAP DITERUSKAN: KUMPULAN C T-Team mln FELDA United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, jam 8.45 malam Dalam kenyataannya itu, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT) FAM, berkata tarikh baharu bagi empat perlawanan itu akan ditetapkan kemudian secepat mungkin. "Komisioner perlawanan memutuskan penundaan perlawanan-perlawanan ini selepas mengambil kira bacaan IPU yang melebihi 150 serta faktor cuaca jerebu yang boleh memudaratkan di venue perlawanan," kata kenyataan bertarikh 3 Oktober itu.


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/86138

No comments:

Post a Comment