Ad

Friday 28 February 2014

Mat Yo tetap aset Harimau Malaya - Kim Swee

 
NORSHAHRUL Idlan Talaha (kiri) membuat latihan ‘menanduk’ bola bersama-sama pemain-pemain lain semasa sesi latihan di Stadium MP Selayang semalam. - UTUSAN/IZHAM JAAFAR
PETALING JAYA - Jurulatih sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee tetap menganggap Norshahrul Idlan Talaha sebagai aset kepada pasukan biarpun penyerang itu lewat melapor diri Rabu lalu atas alasan misteri peribadi sehingga didenda RM5,000.

Katanya, seorang pemain sebagus Norshahrul atau gelarannya Mat Yo tidak akan menjejaskan pasukan kecuali jika dia menunjukkan sikap yang buruk, menjelang perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa dengan Filipina di Selayang hari ini.

"Mat Yo membatalkan rancangan mengerjakan umrah (Isnin ini) dan bagi saya, itu satu keputusan besar bagi kita dan perlu menyokongnya. Dia pemain yang bagus, apabila yang bagus datang ke dalam pasukan awak, pastinya tidak menjejaskan (pasukan).

"Saya tidak melihatnya (lewat melapor diri) satu masalah besar," kata Kim Swee dalam sidang akhbar perlawanan itu di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Perlawanan dengan Filipina itu merupakan persediaan skuad negara sebelum menghadapi Yemen dalam kelayakan Piala Asia pada Rabu ini.

Kim Swee turut menjanjikan penampilan Mat Yo menentang skuad Azkals bimbingan Thomas Dooley walaupun belum pasti untuk menurunkannya dalam kesebelasan utama atau sekadar bermain bagi tempoh tertentu.

Beliau turut mahu memanfaatkan kebenaran menukar enam pemain di Stadium Majlis Perbandaran Selayang itu khususnya dalam menguji gandingan tertentu di bahagian tengah sebagai persediaan menentang Yemen.

"Bahagian tengah berkemungkinan besar ada perubahan. Ada enam calon di situ manakala pertahanan tidak banyak berubah. Saya akan pilih gandingan terbaik di antaranya untuk melawan Yemen," katanya.

Beliau turut mengingatkan anak buahnya agar tidak mengambil mudah cabaran Filipina yang telah layak dua kali berturut-turut ke separuh akhir Piala Suzuki AFF lalu sekali gus mungkin mampu menghukum kesilapan tuan rumah.

Ketua pasukan negara, Aidil Zafuan Abd. Radzak pula berkata, dia dan rakan-rakannya akan berusaha untuk membentuk persefahaman menerusi pertemuan hari ini.

"Dengan tempoh sepuluh hari persediaan, saya akan jalankan tugas yang diberikan dengan terbaik dan membuktikan kepada peminat bahawa pemilihan pemain negara kali ini masih satu tindakan yang wajar," katanya.

Sementara itu, perlawanan itu merupakan tugasan sulung Dooley bersama Filipina sejak diperkenalkan sebagai jurulatih skuad itu pada awal Februari.

"Ini perlawanan pertama saya dengan pasukan Filipina sebagai persediaan ke Piala Cabaran AFC. Kami tidak mempunyai masa mencukupi untuk berlatih bersama dan membuat persediaan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140301/su_03/Mat-Yo-tetap-aset-Harimau-Malaya---Kim-Swee#ixzz2ufe2V7iK

© Utusan Melayu (M) Bhd

Adenan Satem angkat sumpah

Oleh ANGELINA SINYANG dan FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my

Adenan Satem mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sarawak di hadapan Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, Kuching, semalam. - UTUSAN/ MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA
KUCHING 28 Feb. - Setelah 33 tahun ditadbir oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud, politik Sarawak berubah wajah apabila Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas), Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima hari ini.

Adenan, 70, yang juga merupakan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri di sini hari ini.

Istiadat pelantikan yang bermula pukul 9.38 pagi itu dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu terdiri daripada menteri-menteri Kabinet Sarawak, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak, orang kenamaan dan pegawai kanan kerajaan negeri serta Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini.

Pada majlis tersebut, Adenan turut diiringi oleh isterinya, Puan Sri Jamilah Anu manakala isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norkiah turut hadir menyaksikan upacara bersejarah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu itu dipilih oleh Abdul Taib yang mengemukakan peletakan jawatannya pada 11 Februari lalu.

Beliau yang dilahirkan pada 27 Januari 1944 di Kuching merupakan graduan undang-undang daripada University of Adelaide, Australia.

Sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, Adenan pernah bekerja sebagai wartawan dengan akhbar tempatan, Sarawak Tribune dan guru.

Selepas tamat pengajian, beliau dilantik menjadi Majistret di Kuching bermula 1970 hingga 1972. Pada 1972 hingga 1974, beliau bertugas di Kementerian Perusahaan Utama sebagai Penasihat Undang-Undang Perhubungan Petroleum.

Kerjaya politik Adenan bermula apabila beliau dipilih untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang pada pilihan raya kecil (PRK) 1979 melawan calon pembangkang, Razali Sabang daripada Parti Anak Jati Sarawak (PAJAR) dan memenangi pilihan raya itu dengan majoriti 2,797 undi.

Adenan pernah dilantik memegang jawatan Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak pada 1985 hingga 1987, Menteri Pembangunan Sosial Sarawak (1992), Menteri Pertanian dan Industri Makanan (1998), ahli Kabinet Sarawak (2001), Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2004), Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak (2010 hingga 2011) dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas) bermula 30 September 2011 hingga sekarang.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140301/po_06/Adenan-Satem-angkat-sumpah#ixzz2ufDEbMuj

© Utusan Melayu (M) Bhd

Kelantan belum mahu menyerah

KELANTAN belum mahu menyerah walaupun mengalami kekalahan 3-5 kepada wakil Myanmar, Yangoon United pada aksi pembuka tirai kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kelmarin, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi menyifatkan peluang mereka masih terbuka walaupun mengalami kekecewaan pada aksi pembuka tirai itu.

Mohd. Badhri atau Piya berkata, tewas pada aksi pembukaan bukanlah penamat buat The Red Warriors dalam saingan Piala AFC dan dia tetap optimis rakan-rakan sepasukannya mampu bangkit dalam aksi seterusnya.

Menurutnya, walaupun turun tanpa tiga tonggak import iaitu Mohamed Ghaddar, Mohamed Shawky Aly dan Francis Forkey Doe, namun The Red Warriors tetap berjaya menjaringkan tiga gol pada perlawanan tersebut.

"Saya terharu dengan komitmen yang ditunjukan oleh rakan-rakan sepasukan, walaupun tanpa tiga tonggak import kita berjaya bangkit dengan aksi lebih tersusun pada badak kedua, sekali gus berjaya menjaringkan tiga gol.

"Bukan itu sahaja, walaupun terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas Ahmad Shakir Ali dibuang padang akibat layangan kad merah, tetapi barisan pemain The Red Warriors tetap beraksi dengan baik," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, kekalahan tersebut dianggap sebagai pengalaman berguna bagi memastikan Kelantan bangkit garang pada perlawanan berikutnya.

"Kami tetap bangkit untuk memberi saingan terutama pada babak kedua," katanya.

Piya memberitahu, faktor cuaca panas pada perlawanan tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi persembahan The Red Warriors yang dilihat seakan-akan hilang punca pada aksi babak pertama.

Katanya, barisan pemain The Red Warriors berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca pada babak kedua yang menyaksikan mereka bangkit memperagakan aksi lebih kemas dan bertenaga.Dalam perkembangan lain, Piya berkata fokusnya kini ialah untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan persahabatan bersama Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang esok.


Katanya, dia bertekad memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut sekirnya diberikan peluang untuk membuat penampilan bersama Harimau Malaya."Walaupun baharu sahaja tiba di tanah air, namun itu bukan alasan buat saya untuk tidak bekerja keras pada sesi latihan bersama Harimau Malaya."Lagipun saya sudah biasa dengan situasi ini dan harapan saya ialah untuk membuktikan kemampuan sebenar pada perlawanan itu nanti," ujarnya.

Thursday 27 February 2014

Piala AFC 2014

Tarikh Undian: 10 Disember 2013
Venue: AFC House, Kuala Lumpur
Kumpulan E (mfd)
Kumpulan F
Kumpulan G
Kumpulan H
Persipura Jayapura (Indonesia)
Hanoi T&T (Vietnam)
Yangon United (Myanmar)
Tampines Rovers (Singapore)
Home United (Singapore)
Arema Indonesia (Indonesia)
XM Vissai Nih Binh (Vietnam)
Nay Pyi Taw (Myanmar)
New Radiant SC (Maldives)
Selangor (Malaysia)
South China (Hong Kong)
Pune FC (India)
Churchill Brothers (India)
Maziya S&R (Maldives)
Kelantan (Malaysia)
Kitchee FC (Hong Kong)

MD 1 (25-26 Februari 2014): 1 v 4, 3 v 2
MD 2 (11-12 Mac 2014): 4 v 3, 2 v 1
MD 3 (18-19 Mac 2014): 4 v 2, 1 v 3
MD 4 (1-2 April 2014): 2 v 4, 3 v 1
MD 5 (8-9 April 2014): 4 v 1, 2 v 3
MD 6 (22-23 April 2014): 1 v 2, 3 v 4
Suku Akhir: 16 September dan 23 September 2013
Separuh Akhir: 30 September dan 21 Oktober 2014
Akhir: 1 November 2014

Kumpulan F
P
M
S
K
J
B
PG
Mata
Ha Noi T&T (VIE)
1
1
0
0
5
1
4
3
Selangor (MAS)
1
0
1
0
1
1
0
1
Arema Indonesia (IDN)
1
0
1
0
1
1
0
1
Maziya Sports & Recreation (MDV)
1
0
0
1
1
5
-4
0
Group G
P
M
S
K
J
B
PG
Mata
Yangon United (Myanmar)
1
1
0
0
5
3
2
3
XM Vissai Ninh Binh (VIE)
1
1
0
0
3
1
2
3
South China (HKG)
1
0
0
1
1
3
-2
0
Kelantan (MAS)
1
0
0
1
3
5
-2
0

SUMBER: http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2013/12/piala-afc-2014.html

Mat Yo didenda RM5,000

Oleh ZAZALI JAMIAN-sukan@utusan.com.my

Norshahrul Idlan Talaha (dua dari kanan) mula menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya di Petaling Jaya, semalam setelah melapor diri kelmarin. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid
PETALING JAYA - Penyerang kontroversi, Norshahrul Idlan Talaha bakal didenda RM5,000 atas kelewatannya melapor diri untuk menjalani latihan bersama Harimau Malaya selepas seminggu enggan menyahut panggilan skuad kebangsaan atas alasan peribadi.

Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo mula menyertai kem skuad kebangsaan menjalani latihan di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam selepas mengambil keputusan untuk menangguhkan urusan umrah yang dijadualkan pada 3 Mac ini.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, denda tersebut dikenakan sebagai pengajaran buat pemain lain agar perkara sama tidak berulang selagi tidak melibatkan sesuatu yang mustahak.

Kata Subahan, penyerang skuad Johor Darul Ta’zim itu juga telah memohon maaf dan berjumpa dengan pemain lain serta mengakui semua yang berlaku berpunca daripada kesilapannya sendiri.

“Kami kenakan denda RM5,000 sebagai satu pengajaran kerana tidak mahu menghancurkan masa depan pemain dan itu denda yang telah diputuskan oleh pengurusan.

“Bagi saya pemain perlu peka dengan tarikh permainan yang bakal berlangsung dan jika ada pemain yang dipanggil tidak mahu bersama pasukan kebangsaan mungkin selepas ini tiada lagi nama mereka akan disenaraikan," katanya kepada pemberita sewaktu sesi latihan skuad kebangsaan semalam.

Sementara itu, Subahan turut berharap pemain yang ada dapat terus kekal fokus untuk mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan persahabatan menentang Filipina, esok.

“Saya harap semua pihak dapat memberikan sokongan padu dan pemain perlu komited selain jangan mencari isu-isu kontroversi.

“Dalam masa sama juga saya berharap isu berkaitan Mat Yo tidak disensasikan kerana kami perlukan khidmat pemain itu bukan hanya untuk perlawanan menentang Yemen tetapi turut melibatkan aksi persahabatan sebegini (menentang Filipina Sabtu ini)," kata Subahan.

Perlawanan dengan Filipina adalah ujian terakhir skuad negara sebelum menentang Yemen dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2015 di Abu Dhabi.

Sementara itu, jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata, perlawanan menentang Filipina dianggap penting biarpun sekadar perlawanan persahabatan kerana akan menjadi medan untuk menilai kombinasi pemain yang akan digunakan untuk aksi bertemu Yemen.

“Saya harapkan yang terbaik buat semua pemain yang ada dan pemain perlu mempamerkan kelainan daripada corak permainan sebelum ini dengan segala taktikal yang saya gunakan.

“Latihan ini lebih tertumpu kepada beberapa unit penting dalam pasukan berkaitan serangan dan bertahan," kata Kim Swee.

SUMBER:Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140228/su_01/Mat-Yo-didenda-RM5000#ixzz2uaeAKlfX © Utusan Melayu (M) Bhd

Keputusan peringkat pertama Le Tour De Langkawi 2014

LANGKAWI 27 Feb. - Berikut ialah keputusan jelajah Le Tour de
Langkawi (LTdL) 2014.
Peringkat 1: Perlumbaan Langkawi (101.1km)

10 Pelumba Terbaik

1. Duber Quintero (COL) Team Colombia 2 jam 21 minit 40 saat

2. Matt Brammeier (IRL) Synergy Baku Cycling Project 2'21:51s

3. Jonathan Clarke (AUS) United Healthcare Pro Cycling 2'21:51s

4. Goh Chuan Huat (SIN) OCBC Singapore 2'21:55s

5. Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team 2'22:58s

6. Anuar Manan (MAS) Terengganu Cycling Team 2'22:58s

7. Kenny Van Hummel (NED) Androni Giocatolli-Venezuela 2'22:58s

8. Michael Kolar (SVK) Tinkoff-Saxo 2'22:58s

9. Michael Schweizer (GER) Synergy Baku Cycling Project 2'22:58s

10. Aidis Kruopis (LTU) Orica Greenedge 2'22:58s

Pelumba Malaysia

19. Mohd Hariff Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 2'22:58s

22. Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 2'22:58s

56. Mohd Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team 2'22:58s

69. Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia 2'22:58s

72. Mohd Adiq Husainie Othman (MAS) Terengganu Cycling Team 2'22:58s

99. Abdul Rashid Ibrahim (MAS) Malaysia - 2'22:58s

104. Mohd Saiful Anuar Aziz (MAS) Terengganu Cycling Team - 2'24:20s

114. Mohd Rauf Nur Misbah (MAS) Malaysia - 2'25:13s

116. Mohd Nur Rizuan Zainal (MAS) Malaysia - 2'25:28s

204. Suhardi Hassan (MAS) Malaysia - 2'35:19s

206. Amirul Anuar Jafri (MAS) Malaysia - 2'38:49s

Klasifikasi Keseluruhan (Jersi Kuning)
1. Duber Quintero (COL) Team Colombia 2'21:21s

2. Jonathan Clarke (AUS) UnitedHealthcare Pro Cycling 2'21:43s

3. Matt Brammeier (IRL) Synergy Baku Cycling Project 2'21:45s

Pelumba Asia (Jersi Putih)
1. Goh Choon Huat (SIN) OCBC Singapore 2'21:54s

2. Anuar Manan (MAS) Terengganu Cycling Team 2'22:58s

3. Shimpei Fukuda (JPN) Aisan Racing Team 2'22:58s

Pelumba Pecut (Jersi Biru)
1. Duber Quintero (COL) Team Colombia 30 mata

2. Jonathan Clarke (AUS) UnitedHealthcare Pro Cycling 20 mata

3. Matt Brammeier (IRL) Synergy Baku Cycling Project 15 mata

Pelumba Pendakian (Jersi Merah)
1. Matt Brammeier (IRL) Synergy Baku Cycling Project 20 mata

2. Duber Quintero (COL) Team Colombia 8 mata

3. Jonathan Clarke (AUS) UnitedHealthcare Pro Cycling 5 mata

-- BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140227/su_11/Keputusan-peringkat-pertama-Le-Tour-De-Langkawi-2014#ixzz2uXA6nmQz © Utusan Melayu (M) Bhd