Oleh Aziman Rosdi
Kelana Jaya: Jurulatih Harimau
Malaya Datuk Ong Kim Swee sudah tidak mahu ambil ‘pusing’ mengenai ketiadaan
Norshahrul Idlan Talaha apabila menegaskan hanya mahu memberikan fokus terhadap
mereka yang benar-benar berminat menyarung jersi negara.
Katanya, beliau tidak tahu
mengenai alasan peribadi Norshahrul atau turut dikenali Mat Yo untuk meminta
pengecualian daripada menjalani latihan pusat kebangsaan selain daripada urusan
menunaikan umrah pada 3 Mac depan.
“Saya tidak tahu alasan
peribadinya (Norshahrul) kerana dia hanya memaklumkan kepada pengurus pasukan
(Datuk Seri Subahan Kamal). Menerusi perbualan telefon sebelum ini, saya
memintanya datang melaporkan diri (Rabu lalu) dan membawa bersama surat,
selepas itu dia boleh mendapat pelepasan, tapi dia tidak datang.
“Saya tidak kecewa dengan
tindakannya, bagi saya sesiapa yang gagal hadir untuk menyarung jersi negara
bermakna mereka tidak berminat. Kita mempunyai alasan tersendiri tapi yang
mustahak di sini keutamaan kepada negara. Saya tidak mempunyai masalah dengan
ketiadaan Mat Yo kerana kita masih mempunyai Bobby (Gonzales), Ahmad Fakri
(Saarani), Safee Sali dan Baddrol Bakhtiar,” kata Kim Swee semalam.
KIM Swee (kanan) hanya mahu
fokus terhadap pemain yang benar-benar ingin sarung jersi negara.
Noshahrul yang beraksi bersama
Johor Darul Ta’zim mencetuskan kontroversi apabila gagal melaporkan diri Rabu
lalu bersama dengan 24 lagi pemain pelatih skuad kebangsaan namun penyerang
berpengalaman berusia 27 tahun itu diberikan pengecualian selepas mengadakan
pertemuan dengan Subahan.
MYMETRO ONLINE 22.2.14
No comments:
Post a Comment