Kota Bharu: Kelantan berharap
pengalaman beraksi dua kali berturut-turut dalam saingan Piala Konfederasi Asia
(AFC) mampu membantu mereka melakar pencapaian lebih baik dalam saingan musim
ini bermula menentang kelab Myanmar, Yangon United di laman lawan 26 Februari
ini.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim
berkata, selepas mara ke suku akhir pada 2012, The Red Warriors (TRW)
meletakkan sasaran lebih tinggi pada penampilan ketiga kali ini.
“Kelantan sudah menimba banyak
pengalaman dalam saingan Piala AFC sebelum ini. Kita akan berusaha memberi
persembahan terbaik sekali gus mengatasi pencapaian tertinggi dua tahun lalu
apabila tersingkir di suku akhir.
“Melihat kepada prestasi semasa
pasukan, Kelantan sudah pasti mampu menjadi pencabar. Malah kita mempunyai
ramai pemain import berpengalaman beraksi di peringkat antarabangsa,” katanya
ketika dihubungi, semalam.
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE
21.2.14
No comments:
Post a Comment