Pada hari
ini 24.2. dalam tahun
1967, satu rang
undang-undang Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa rasmi
telah diterbitkan. Rang
undang-undang ini mula berkuatkuasa
penggunaannya mulai 1
September 1967, dan
tidak melibatkan negeri-negeri
Borneo. Menurut rang undang-undang
ini, Bahasa Kebangsaan
akan digunakan bagi
semua urusan rasmi
dan tertakluk kepada
fasal 152 Perlembagaan. Ini bagi membolehkan penggunaan
secara liberal bahasa-bahasa
lain di Persekutuan
setakat yang dikehendaki. Yang di-Pertuan
Agong diberi kuasa untuk
mengizinkan penggunaan terus Bahasa
Inggeris bagi tujuan-tujuan
rasmi yang dianggap perlu. Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
Inggeris akan digunakan bagi: semua
undang-undang atau pindaan
selanjutnya yang dibentangkan
dalam Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri; semua
undang-undang Parlimen dan lain-lain
undang-undang selanjutnya yang
dibuat oleh kerajaan; semua undang-undang dan
lain-lain undang-undang lanjutan
darinya yang dibuat oleh
kerajaan negeri dan semua undang-undang yang
dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Naskhah yang
sahih ialah dalam
Bahasa Kebangsaan kecuali terdapat
ketentuan lain oleh
Yang di-Pertuan Agong.
Manakala semua urusan
kecuali keterangan oleh
seorang saksi dalam
mahkamah akan dijalankan
dalam Bahasa Kebangsaan
atau Bahasa Inggeris
atau separuh-separuh.
SUMBER: http://www2.arkib.gov.my/hids
No comments:
Post a Comment