Ad

Friday 21 February 2014

Kaji fosil: UMP sedia bekerjasama

KUANTAN 19 Feb. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersedia menawarkan teknologi dimiliki bagi membantu melakukan kajian ke atas fosil gigi dinosaur yang ditemui penyelidik dari Universiti Malaya (UM) di negeri ini, Ogos lalu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mashitah Mohd. Yusoff berkata, makmal penyelidikan UMP mempunyai teknologi canggih dan terkini seperti Scanning Mikroskop Elektron (SEM) yang dapat melakukan pembesaran objek sehingga dua juta kali ganda."Dengan kepakaran yang dimiliki UMP termasuk peralatan yang terkini dan canggih, kami bersedia membantu sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Naib Canselor 2014 di Dewan Kompleks Sukan Universiti di Gambang, di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140220/dn_14/Kaji-fosil-UMP-sedia-bekerjasama#ixzz2tx7MHBy6

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment