Ad

Saturday, 15 February 2014

Cabaran semakin sengit

 
Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

PEMAIN Flyboys A (kiri) melakukan rejaman pada aksi menentang Kuala Lumpur A di Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

SAINGAN hari kedua Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Ismail Siri 2 semakin sengit hasil peningkatan pemain-pemain daripada persatuan negeri dan kelab-kelab sepak takraw negara.

Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail berkata, kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu Terbuka dan Veteran nampak hebat apabila setiap regu bermain dengan penuh bersemangat untuk memburu gelaran juara.

"Sebanyak 36 regu dalam kategori Terbuka dan 33 regu dalam kategori Veteran menyertai kejohanan ini. Saya dapati sudah ada peningkatan daripada setiap pemain.

"Saingan dalam kategori Terbuka juga sengit kerana kemahiran mereka sudah berada di satu tahap yang lebih baik, boleh kata hampir semua pasukan yang beraksi pada siri pertama Januari lalu menyertai siri kedua ini.

"Cuma yang tidak kelihatan Terengganu yang kini melakukan latihan intensif di Thailand," kata Ahmad ketika ditemui Kosmo! di venue kejohanan, Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Ahmad turut mengakui bahawa kejohanan kali ini lebih meriah terutamanya dalam kategori veteran kerana ia disertai selebriti tanah air, Sulaiman Md. Yassin atau dikenali sebagai Mat Over dan Shamsudin Maidin (Deen Mamak).

"Saya sangat berpuas hati dengan penyertaan regu dalam kategori Veteran kalau lihat Mat Over dan Deen Mamak pun ada.

"Bukan itu sahaja, kejohanan ini turut disertai pemain yang sudah berusia 63 tahun yang masih aktif bermain iaitu Moktar Ahmad yang bermain di posisi tekong.

"Jadi, kejohanan ini tidak terhad untuk orang muda sahaja kerana ia turut menjangkau pelbagai peringkat usia, kalau sebelum ini kategori wanita pun ada (siri pertama)," tambah Ahmad.

Mat Over dan Deen Mamak beraksi untuk regu Bukit Putra A, manakala Moktar Ahmad regu Bukit Putra D.

KOSMO ONLINE 16.2.14

No comments:

Post a Comment