KOTA BHARU - Kelantan kembali
mempamer sengat selepas bergelut dengan aksi kurang menyakinkan sebelum ini
ketika menumpaskan T-Team 3-0 dalam saingan Liga Super kelmarin.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim
mengakui, prestasi cemerlang yang diperagakan oleh barisan pemain The Red
Warriors turut dipengaruhi oleh perubahan formasi yang dilakukan pengendali
Kelantan, Steve Darby.
Menurutnya, pasukan itu semakin
menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan dan kemenangan ke atas T-Team
disifatkan sebagai aksi terbaik yang dipamerkan barisan pemain Kelantan setakat
ini.
Pasukan Kelantan telah kembali
ke landasan sebenar dan persefahaman antara pemain bertambah baik.
Selain itu barisan pemain
dilihat sudah mendapat rentak sebenar dan mempamer komitmen tinggi sepanjang
perlawanan tersebut.
Inilah yang kita mahukan dan
harapan saya agar momentum kemenangan ini dapat terus dikekalkan dalam
perlawanan akan datang," katanya semalam.
Tambahnya, tidak mustahil
pasukan itu mampu memberi cabaran kepada pasukan lain seandainya prestasi baik
terus ditunjukkan.
Pada perlawanan itu, Kelantan
yang beraksi di depan 17,000 penyokong setia memperoleh jaringan pertamanya
pada minit ke-34 menerusi tolakan mudah pemain kelahiran Mesir Mohamed Shawky
Yazid.
Sepuluh minit berselang, kapten
pasukan Mohd. Badhri Radzi menambah derita pelawat dan pada minit ke-84
penyerang kebangsaan Lebnon Mohammad Ghaddar melengkapkan kemenangan Kelantan
dengan gol ketiga.
Di sebalik prestasi memuncak
The Red Warriors, Azman melahirkan kegusaran terhadap barisan simpanan yang
dilihat masih cetek pengalaman bagi mengharungi saingan mencabar sepanjang
musim ini.
Harapan saya, sekiranya
diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih untuk beraksi.Mereka perlu
memberikan persembahan terbaik dan peluang tersebut perlu dimanfaatkan sebaik
mungkin," ujarnya lagi.
SUMBER;Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140217/su_07/The-Red-Warriors-sudah-kembali#ixzz2tYw9hR00
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment