Paras air di Kolam Tadahan Air
Berembang mulai susut ekoran cuaca panas berpanjangan di Kuala Lumpur, semalam.
- UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Cuaca
panas dan kering yang dijangka berlarutan sepanjang minggu ini menyebabkan
takungan air di hampir kesemua empangan utama di seluruh negara semakin
menyusut hari ini.
Laman web Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) menunjukkan, sebanyak 14 daripada 15 empangan mencatat penurunan
kadar takungan sehingga pukul 8 malam tadi.
Antara yang mencatat penurunan
ketara ialah Empangan Langat daripada paras normal 220.96 meter (m) kepada
217.10m; Empangan Genting Klang menurun daripada 94.m kepada 90.26m; Empangan
Sungai Selangor (220m kepada 199.65) dan Empangan Timah Tasoh, Perlis (29.10m
kepada 27.69m).
Bagaimanapun, hanya Empangan
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda MADA (KADA) yang membekalkan air kepada
beberapa negeri di utara menunjukkan kenaikan paras air daripada 94.50m kepada
94.53m.
Sementara itu, Jabatan
Meteorologi meramalkan tiada hujan dijangka turun di Kuala Lumpur sepanjang
minggu ini manakala hujan di beberapa tempat di Selangor.
Keadaan itu dijangka
menyebabkan gangguan air yang sedang berlaku di Lembah Klang sejak hujung bulan
lalu berlarutan.
Cuaca kering serta penutupan
Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi, Dengkil baru-baru
ini turut menyebabkan bekalan air di 110,087 buah rumah di sekitar ibu negara,
Hulu Langat, Kuala Langat dan Hulu Petaling terjejas.
SUMBER:ArtikelPenuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140220/dn_01/Air-semua-empangan-terus-susut#ixzz2tyK4AMfO
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment