JOSEPH Kalang (jersi merah)
tidak akan membiarkan Felda United pulang dengan kemenangan.
SKUAD Bujang Senang yang masih
dalam ‘mood’ mencari kemenangan selepas berjaya melakar kemenangan 1-0 ke atas
Perak dalam siangan Liga Super pada Sabtu, lapor MULLER ASEN.
Sasaran mereka kini ialah untuk
tampil dengan misi memburu gol awal apabila melayan kunjungan Felda United pada
aksi suku akhir kedua kempen Piala FA di Stadium Negeri Kuching, malam ini.
Kapten Sarawak, Joseph Kalang
Tie berkata, jaringan awal amat penting buat skuad kendalian Robert Alberts itu
selepas hanya berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi
pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lalu.
Katanya, kegagalan memecahkan
kebuntuan pada aksi suku akhir pertama itu perlu diatasi dengan cuba memperoleh
seberapa banyak gol, sekali gus memberi tekanan kepada pasukan lawan.
“Paling penting, jentera
serangan perlu memanfaatkan segala peluang yang hadir di depan gawang lawan dan
mendapatkan jaringan seawal yang boleh.
“Bagaimanapun, kami tidak boleh
memandang rendah keupayaan pemain-pemain pasukan berstatus kelab yang beraksi
dalam Liga Premier itu.
“Rakan sepasukan haruslah
memberikan tumpuan lebih 100 peratus sepanjang perlawanan berlangsung nanti,”
katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuching, semalam.
Arkitek bahagian sayap itu
memberitahu, kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri sudah pasti memberi
tonik tambahan kepada skuad Bujang Senang untuk mengisi satu slot di separuh
akhir Piala FA.
Katanya, setiap pemain yang
bakal diturunkan perlu bersiap sedia dengan misi mencari kemenangan berharga
pada perlawanan itu kelak.
“Kita harus ingat, Felda United
turut mempunyai barisan pemain yang berkaliber terutamanya di bahagian
serangan. Mereka mampu menghukum pasukan kita sekiranya pergerakan mereka gagal
dikawal.
“Secara peribadi, saya tidak
rela Sarawak berputih mata di laman sendiri kerana perjuangan musim ini perlu
diteruskan meskipun terpaksa berhadapan dengan jadual perlawanan yang ketat,”
katanya.
Dalam pada itu, Joseph menyeru
rakan sepasukan supaya melupakan beberapa insiden tegang yang berlaku pada
perlawanan Liga Super menentang skuad The Bos Gaurus pada Sabtu lalu.
“Perkara yang sudah lepas perlu
dilupakan. Para pemain harus bangkit dengan semangat juang tinggi dengan
menggempur habis-habisan kubu Felda United dalam pemburuan ke pentas separuh
akhir,” katanya.
SUMBER KOSMO ONLINE 18.2.14
No comments:
Post a Comment