Oleh ABD RAZAK OSMAN-razak@kosmo.com.my
MUKHRIZ yakin dengan kemampuan
skuad Kedah.
KEDAH mampu mengecewakan Johor
Darul Takzim (Johor DT) jika pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama
beraksi mengikuti perancangan yang telah ditetapkan.
Kedah akan melayan kunjungan
Johor DT pada aksi suku akhir kedua kempen Piala FA 2014 di Stadium Darul Aman,
Alor Setar malam ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak
Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberitahu, jika kemenangan
menyebelahi Helang Merah, ia tentu dianggap hebat dan para pemain perlu
memikirkan corak yang lebih sesuai jika terus berhasrat untuk meraih lebih
banyak kejayaan selepas ini.
“Helang Merah perlu membuat
kejutan pada perlawanan kali ini dan kita memberi peluang kepada semua pemain
untuk menunjukkan kehebatan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Program Mesra Rakyat 2014 di Dataran Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda
dekat Alor Setar semalam.
Menurutnya, pasukan lain tidak
sehebat mana pun, dan sebab itu pasukan Kedah perlu sentiasa memikirkan corak
permainan yang lebih sesuai untuk meraih kemenangan.
“Penonton yang datang
menyaksikan perlawanan itu perlu memberi semangat kepada setiap pemain negeri
Kedah,” katanya.
Bagaimanapun, jika para pemain
beraksi sambil lewa, ia pasti mengundang padah.
Pada perlawanan suku akhir
pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru baru-baru, ini
Johor DT yang dibimbing Cesar Ferrando Jiminer menang 3-1.
“Pemain Kedah kini bermain di
gelanggang sendiri, tentu mereka lebih bersemangat untuk menampilkan aksi luar
biasa berbanding ketika bermain di tempat lain.” katanya.
Menurutnya, semasa berlawanan
menentang Perlis, jumlah penonton yang datang memberi sokongan melibihi 14,000
orang dan berharap jumlah tersebut bertambah pada aksi menentang Johor DT
nanti.
“Saya berharap penonton tidak
membuat pelbagai kerenah yang boleh merugikan diri sendiri, elak insiden tidak
diingini dan tunjukkan semangat untuk memastikan Helang Merah antara pasukan
yang dihormati,” tambah Mukhriz.
SUMBER KOSMO ONLINE 18.2.14
No comments:
Post a Comment