Ad

Saturday 30 April 2016

Chong Wei bikin Lin Dan merana

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
 
CHONG WEI mara ke final Kejohanan Badminton Asia selepas menewaskan Lin Dan pada peringkat separuh akhir semalam.

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi yang cemerlang untuk menewaskan seteru utamanya, Lin Dan 22-20, 15-21, 21-4 untuk mara ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2016 di Wuhan, China hari ini.

Chong Wei membuktikan dia masih pencabar yang sukar untuk digugat selepas mempamerkan kebangkitan walaupun bermula dengan aksi hambar pada awal set pertama aksi separuh akhir itu.

Tersentak dengan kekalahan itu, Lin Dan mula memberikan saingan lebih baik dengan mengatur kembali corak permainannya sebelum mengheret perlawanan itu hingga ke set penentuan.

Bagaimanapun, set ketiga menyaksikan Chong Wei seperti berada dalam kelas tersendiri apabila sekadar membenarkan bintang China itu meraih empat mata sebelum dia menamatkan perlawanan.

Mengulas mengenai perlawanan itu, jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berkata, perbincangan ringkas sebelum bermulanya set ketiga membantu pemain No. 2 dunia itu melihat perlawanan tersebut dengan lebih jelas.

“Seperti yang saya cakapkan semalam (kelmarin), perlawanan menentang Lin Dan lebih sengit terutama dari segi mental dan dia perlu bersabar, set pertama dan kedua mereka banyak bermain secara rali.

“Masa rubber set, kami ada berbincang supaya mula membuat keputusan dan cuba dengan lebih berani untuk menukar kelajuan dan tambah serangan dan ternyata strategi hari ini berhasil,” kata Hendrawan.

Sebagai rekod, ia merupakan kemenangan ke-11 Chong Wei ke atas pemain No. 3 dunia itu dalam 36 pertemuan sejak 2004.

Chong Wei yang merupakan wakil tunggal negara ke final hari ini akan bertemu seorang lagi bintang China yang juga pemain No. 1 dunia, Chen Long yang turut mara selepas menewaskan rakan sene­garanya, Tian Houwei 21-14, 21-16 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

“Bertemu Chen Long mungkin sama dengan Lin Dan kerana fokus masih kepada mental dan kesabaran, sebarang pertukaran strategi akan berdasarkan permainan di gelanggang.

“Seperti biasa, kemenangan ini tidak perlu diperbesar-besarkan, anggap kemenangan ini biasa sahaja tetapi apa yang penting kami mendapat sesuatu nilai positif untuk persiapan ke Sukan O­limpik,” ujar Hendrawan.




Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0501&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz47MlXYLma Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN PENUH JOHOR DT 3-1 KEDAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor DT            3-1 Kedah
m-23,m-88 Diaz   m- 67 Fakri Saarani
m- 53 Lucero
PEMAIN JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
15 FAZLY MAZLAN
02 AZAMUDDIN AKIL
06 MARCOS ANONIO
07 AIDIL ZAFUAN
21 JASAZRIN
14 HARRIS HARUN
08 SAFIQ RAHIM.
28 AZINEE  TAIB
11 PEREYRA DIAZ
19 LUCERO    

PEMAIN KEDAH

30 FARHAN ABU BAKAR

KEPUTUSAN MASA PERTAMA

 JOHOR DT 1-0 KEDAH
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PEMAIN JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
15 FAZLY MAZLAN
02 AZAMUDDIN AKIL
06 MARCOS ANONIO
07 AIDIL ZAFUAN
21 JASAZRIN
14 HARRIS HARUN
08 SAFIQ RAHIM.
28 AZINEE  TAIB
11 PEREYRA DIAZ
19 LUCERO    

PEMAIN KEDAH

30 FARHAN ABU BAKAR

TERKINI JOHOR DT 1-0 KEDAH


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PEMAIN JOHOR DT
01 FARIZAL MARLIAS
15 FAZLY MAZLAN
02 AZAMUDDIN AKIL
06 MARCOS ANONIO
07 AIDIL ZAFUAN
21 JASAZRIN
14 HARRIS HARUN

08 SAFIQ RAHIM.

JADUAL SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA FA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

JOHOR DT MELAWAN KEDAH
JAM 9.00 MALAM

PERAK MELAWAN PKNS

JAM 9.00 MALAM

Malam penentuan


BARISAN pemain Perak kini sudah bersedia untuk menghampakan PKNS pada aksi separuh akhir kedua Superbest Power Piala FA di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

EMPAT pasukan, Johor Darul Takzim (Johor DT), Kedah, PKNS dan Perak akan turun membuat perhitungan bagi memburu dua slot ke final kempen Superbest Power Piala FA 2016 malam ini.

Johor DT akan melayan kunjungan Kedah pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, manakala Perak pula akan menjadi tuan rumah kepada PKNS.

Dua perlawanan ini pasti ‘panas’ kerana keempat-empat pasukan memiliki kelebihan tersendiri, namun aksi tumpuan sudah pasti terarah terhadap pertembungan antara Harimau Selatan menentang Kedah di Larkin.

Mana tidaknya, dalam dua pertemuan terakhir mereka di Alor Setar minggu lalu, Kedah membuktikan kehebatan untuk menyekat pasukan lawan mereka itu yang menyaksikan skuad Helang Merah itu menang 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA disusuli keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Super minggu berikutnya.

Justeru, aksi di Larkin malam ini sudah pastinya sengit kerana Johor DT tidak mahu mimpi ngeri di Alor Setar berulang.

“Saya menjangka pertembungan yang sengit dan mencabar kerana Kedah bukan pasukan yang mudah untuk dijinakkan. Rentak mereka juga sukar diramalkan. Oleh itu, kami harus sentiasa fokus sepanjang perlawanan malam esok (malam ini) walaupun saya akui barisan kami agak kepenatan selepas beraksi pada kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Rabu lalu,” jelas jurulatih Johor DT, Mario Gomez semalam.

Menurut Gomez, semangat skuad kendaliannya itu juga berada pada tahap terbaik selepas mencatat kemenangan bergaya 2-1 ke atas Ayeyawady United pada kempen Piala AFC, Rabu lalu.

Pada satu lagi aksi separuh akhir, Perak boleh dianggap pasukan pilihan untuk meneruskan kemaraan selepas mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 15 April lalu.

Peluang beraksi di gelanggang sendiri malam ini sudah pasti mahu dipergunakan sepenuhnya oleh Perak dan mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk meneruskan kemaraan selepas memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan.

Semangat barisan pemain Perak kini semakin melonjak ekoran kemenangan 3-2 ke atas Felda United Ahad lalu. 
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0430&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz47JMF6zPv Hakcipta terpelihara


Piala FA: 4 faktor ke final

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI • FOTO: BOB PERAK FA
30 APRIL 2016
 Piala FA: 4 faktor ke final
  Piala FA: 4 faktor ke finalErik Weeks Lewis mampu gerakkan jentera serangan Perak.
 Piala FA: 4 faktor ke final
BERBAKI 90 minit. Beraksi di gelanggang sendiri. Berbekalkan dua jaringan di tempat lawan. Sokongan padu penyokong sendiri.

Hanya empat faktor berkenaan yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya kesebelasan Perak pada aksi separuh akhir kedua Superbest Power Piala FA berdepan PKNS di Stadium Perak, malam ini, bagi mengesahkan kemaraan ke pentas final yang dijangka pada 14 Mei depan.

Apatah lagi skuad Kejor Yeop Skor itu masih segar dengan dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super minggu lalu dimulai dengan menewaskan Terengganu 3-2 di gelanggang lawan dan terbaru mengejutkan pendahulu, Felda United di laman sendiri, juga dengan jaringan yang sama.

Justeru tidak ada lagi alasan buat kesebelasan The Bos Gaurus itu selain perlu mempamerkan aksi mantap di sepanjang perlawanan dan seterusnya mengulangi pencapaian mara ke pentas final Piala FA setelah kali terakhir berbuat demikian pada musim 2005 lalu.

Bangkit semangat

Berbekalkan rekod lima kali mara ke pentas final Piala FA dimulai pada 1990 (juara sulung tewaskan Selangor 4-2 di Stadium Merdeka) diikuti 1991 (tewas 0-1 kepada Selangor di Stadium Merdeka), 2002 (tewas 0-1 kepada Pulau Pinang di Stadium Nasional Bukit Jalil), 2004 (juara tewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil) dan tewas 2-4 kepada Selangor pada edisi 2005 di Stadium Shah Alam, pastinya akan menyemarakkan semangat kesebelasan pemain untuk mengulangi pencapaian berkenaan dan seterusnya muncul juara edisi ke-26, kali ini.

Pastinya juga perencanaan taktikal paling ampuh telah disediakan pihak pengurusan dan kejurulatihan skuad Seladang demi merealisasikan misi membawa pulang Piala FA ke tempat asalnya, di bumi Perak setelah ‘berkelana’ sekian lama di almari trofi pasukan-pasukan termasuk  pasukan jemputan dari Singapura, Lions X11 selaku juara Piala FA musim lalu.

Kini semuanya terserah kepada kesebelasan pemain menterjemahkan segala percaturan di tengah padang untuk sekali lagi menghimpunkan ribuan penyokong Perak ke pentas final kelak.

Bagaimanapun dalam keghairahan mencatat kemenangan, kesebelasan pemain diingatkan agar tidak leka serta meminimumkan sebarang kesilapan yang boleh mengundang padah kepada pasukan.

Kekalkan fokus dan bermainlah demi lambang di dada. Insya-ALLAH kejayaan milik kita.

Kepada penyokong, teruskanlah sokongan kome kerana pasukan sememangnya memerlukan sokongan pada ketika ini bagi mencatat kejayaan yang diidam-idamkan.

SUMBER-SINAR HARIAN 30 APRIL 2016

Tugas sukar tapi bukan mustahil

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR , FOTO PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH
30 APRIL 2016
Tugas sukar tapi bukan mustahil

Kerjasama berpasukan yang tinggi menjadi kunci Hijau Kuning mencapai keputusan positif dalam satu-satu perlawanan.
Tugas sukar tapi bukan mustahil
SATU keputusan menang dan satu keputusan seri bukan kayu pengukur bahawa prestasi Kedah lebih baik dari Johor Darul Ta’zim (JDT) sebaliknya keupayaan semasa yang akan mempengaruhi sesuatu perlawanan tersebut.

Menang 2-1 pada separuh akhir pertama Superbest Power Piala FA 2016 disusuli dengan keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Super di mana kedua-dua perlawanan diadakan di Stadium Darul Aman, sekali lagi pada malam ini Stadium Larkin akan menemukan juara Liga Super 2015 dan juara Liga Perdana 2015 untuk separuh akhir kedua Piala FA.

Kedah yang membawa kelebihan satu gol dilihat bukan satu jaminan kukuh buat skuad Tan Cheng Hoe itu apabila lawan telah mempersiapkan kesebelasan utama termasuk empat pemain import dengan merehatkan mereka sebaliknya barisan kedua sahaja yang ditugaskan untuk tugasan Piala AFC 2016 pada Rabu lalu.

Hijau Kuning yang kehilangan perancang utama di tengah padang iaitu Liridon Krasniqi serta Amirul Hisyam Awang Kechik jelas merisaukan Cheng Hoe namun beliau menegaskan pemain-pemain lain masih mampu mengisi kekosongan tersebut.

Menurutnya, pertemuan bertemu Harimau Selatan sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu telah memberikan sedikit sebanyak gambaran taktikal dan kelibat pemain utama lawan yang perlu diberi perhatian.

“Stadium Larkin menghadirkan satu perasaan sukar dan bukan tugas mudah buat semua pasukan bukan sahaja Kedah tetapi bukan satu tugas mustahil kerana jika kita kekal konsisten dengan corak permainan seperti pada dua perlawanan dahulu, kita mampu capai keputusan positif,” katanya.

Bukan tugas mudah

BERDEPAN Menghadapi satu pasukan yang dibarisi majoriti pemain kebangsaan selain mempunyai dua penyerang import antara paling berbahaya di Liga Malaysia iaitu Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero, di atas kertas Hijau Kuning dilihat bukan lawan buat skuad kendalian Mario Gomez itu.

Cheng Hoe menegaskan, beliau tidak menafikan bahawa Kedah akan menghadapi kesukaran sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung apabila JDT sendiri berikrar menyiapkan kesebelasan utama dan bermain bermati-matian pada pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, Hijau Kuning turut melakukan perkara yang sama apabila mengadakan perlawanan persahabatan baru-baru ini dengan skuad Kedah bawah 21 tahun untuk mengekalkan kecergasan pemain selain mencorakkan taktikal dan mengenal pasti sentuhan pemain pelapis baharu.

“Permainan bola sepak akan memihak kepada pasukan manakah yang paling sedikit melakukan kesilapan dan pada dua pertemuan lalu Kedah berjaya mengurangkan banyak kesilapan mudah dan saya berharap kesilapan-kesilapan sebegitu akan terus dikurangkan,” katanya.

SUMBER-SINAR HARIAN 30 APRIL 2016

Bocey juara Maharaja Lawak Mega 2016

Ridzuan Abdul Rahman -mohamadridzuan@hmetro.com.my
Johor Bahru: Seperti dijangka kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Achey, Abam dan Fad mengungguli persaingan dalam Maharaja Lawak Mega 2016 menewaskan tiga peserta lain pada pentas akhir, malam tadi.


Program tumpuan ramai ini disiarkan secara langsung dari Stadium Tertutup Perbadanan Pasir Gudang.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.

Tempat kedua dimenangi kumpulan Joras dianggotai oleh Shuk, Rahim dan Joey yang membawa pulang RM250,000.

Tempat ketiga menjadi milik Puteh yang dianggotai oleh Mamak dan Ali. Mereka membawa pulang RM150,000, manakala tempat keempat dimenangi oleh LOL yang dianggotai oleh Tauke, Angah dan Ajak dan menerima RM50,000.

Hadiah disampaikan oleh pelawak veteran Wahid Satay manakala Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengacara.

Barisan juri terdiri daripada Ziana Zain, Shaheizy Sam, Najip Ali dan Bunga Citra Lestari.

Format pemarkahan adalah 70 peratus daripada juri dan 30 peratus menerusi undian SMS penonton.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2016 @ 1:17 AM
 
KUMPULAN Bocey yang dianggotai Achey (kiri) bersama Fad dan Abam (tengah) menunjukkan trofi yang dimenangi selepas dinobatkan juara. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/134336#sthash.UQ0UbOub.dpuf

Bencana Kuwait '81 benam Galacticos Malaysia

MACAN MALAYA
30 APRIL 2016
Bencana Kuwait '81 benam Galacticos Malaysia
Bencana Kuwait '81 benam Galacticos Malaysia 
Peter Rajah melepaskan dua gol ketika seri dengan Thailand 2-2.
Bencana Kuwait '81 benam Galacticos Malaysia
KALAU 6 April 1980 sentiasa dikenang sebagai detik emas bola sepak Malaysia sepanjang zaman, bagaimana pula dengan kempen Kelayakan Piala Dunia Kumpulan 3 Asia di Kuwait dari 21 hingga 27 April 1981?.

Dijulang selaku perwira di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur kerana layak ke Sukan Olimpik Moscow, skuad yang hampir sama tiba-tiba dikecam sebagai petualang dalam peristiwa yang digelar ‘Bencana Kuwait 1981’!.

Korea Selatan yang dijinakkan 2-1 dalam Kelayakan Olimpik, membalas dendam manakala Kuwait yang dibenam angka sama ketika Pestabola Merdeka 1980 di ibu kota, membelasah skuad Karl Heinz Weigang ini 4-0 di Stadium Al Qadisiya.

Anehnya, Malaysia ketika itu turut dibanjiri tonggak Kelayakan Olimpik seperti James Wong, Hassan Sani, Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Datuk Shukor Saleh, Bakri Ibni, Datuk Jamal Nasir Ismail, mendiang Datuk R Arumugam dan Khalid Ali.

Juga kembali memperkasa negara ialah penyerang terbilang, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sekali gus gandingannya dengan James dan Hassan, amat dinanti-nantikan seperti ketika mereka menjuarai Sukan Sea Jakarta 1979.

Anggota lain skuad yang di bawah pengurusan Allahyarham Datuk Abu Bakar Daud itu termasuk mendiang Peter Rajah, S Pushpanathan, Allahyarham Yahaya Jusoh, Aw Kim Leong, Ahmad Yusoff, Muhidin Hussin, Zulkifli Hamzah dan G Torayraju.

Namun Galacticos Malaysia ini (mirip Real Madrid atau JDT sekarang) yang turut disertai pemain profesional kelab Hong Kong, Chow Chee Keong dan Yip Chee Keong, hanya mampu mengutip satu mata dan menduduki tempat kedua corot kumpulan itu.

Di balik kemalapan bintang-bintang ini, muncul ‘wira tidak didendang’ – Ibrahim Din, pemain Angkatan Tentera yang menyumbat dua gol untuk mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan pelengkap jadual sambil Malaysia mengucapkan Adios Espana 82’! (Sepanyol, tuan rumah Piala Dunia).

Hampir 10 tonggak skuad ini kemudiannya digugurkan atas alasan telah dimamah usia, manakala tugas Weigang (warga Jerman) berpindah kepada anak tempatan, Allahyarham Jalil Che Din, jurulatih skuad negara pada Sukan Olimpik Munich 1972.

Itulah kegagalan Kelayakan Piala Dunia Malaysia yang ketiga selepas di Seoul 1973 dan Singapura 1977, namun sekadar untuk melegakan sedikit luka besar itu ialah hakikat bahawa Kuwait yang dilatih Carlos Alberto Parreira dari Brazil memang bukan calang-calang pasukan.

Di Espana ‘82, juara Piala Asia 1980 itu berjaya mengikat Czechoslovakia 1-1, namun dibenam oleh pemenang tempat keempat Piala Dunia itu, Perancis 4-1 dan hanya kalah tipis 1-0 kepada England dalam aksi Kumpulan 4.

SUMBER-SINAR HARIAN 30 APRIL 2016

Friday 29 April 2016

Johor DT tekad musnahkan

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI
DIAZ akan kembali memperkuatkan jentera serangan Johor DT pada aksi menentang Kedah di Larkin malam ini selepas direhatkan pada kempen Piala AFC di Myanmar Rabu lalu.

SKUAD Johor Darul Takzim (Johor DT) akan turun dengan misi untuk memusnahkan Kedah pada aksi separuh akhir kedua Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Kedua-dua pasukan akan sekali lagi turun membuat perhitungan bagi memburu tiket ke final kejohanan berprestij itu selepas aksi pertama memihak kepada Kedah yang menyaksikan skuad yang mendapat jolokan Helang Me­­rah itu menang 2-1 di Alor Setar pada 16 April lalu.

Atas kertas, aksi separuh akhir kedua malam ini dilihat memberi kelebihan kepada Kedah, namun ia belum memberi jaminan kepada mereka untuk melangkah bergaya kerana Johor DT amat sukar untuk rebah setiap kali beraksi di Larkin.

Pengendalinya, Mario Gomez berkata, biarpun kelebihan kini memihak kepada pasukan Helang Merah, namun bermain di laman sendiri akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Johor DT nanti.

“Mungkin mereka mempunyai kelebihan sebelum ini apabila berjaya menewaskan kami dengan keputusan 2-1, jurang itu tidaklah begitu jauh. Kami masih mempunyai peluang cerah untuk layak ke pusingan seterusnya.

“Kelebihan bermain di laman sendiri akan dipergunakan sepenuhnya untuk mencari kemenangan. Saya positif bahawa Johor DT mampu bangkit dan menampilkan corak permainan lebih baik pada malam esok (malam ini),” kata Gomez ketika dihubungi di Johor Bahru semalam.

Mengulas mengenai percaturannya, Gomez dilihat begitu yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya yang sudah bersedia mengorak langkah untuk meneruskan kemaraan ke pentas akhir.

“Sebelum ini, beberapa pemain tonggak seperti Juan Martin Lucero dan Jorge Pereyra Diaz direhatkan pada perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang skuad dari Myanmar, Ayeyawady United.

“Pemain-pemain ini direhatkan bagi membolehkan mereka fokus menghadapi saingan separuh akhir kedua Piala FA, kami akan turun dengan sepenuh kekuatan pada perlawanan itu nanti,” jelasnya.

Gomez menambah, kemenangan 2-1 ke atas Ayeyawady United pada Piala AFC Rabu lalu yang membawa mereka mara ke pusingan kalah mati akan menjadi suntikan semangat buat barisan pemainnya pada aksi menentang Kedah nanti.

“Saya janjikan persembahan yang terbaik pada malam esok (malam ini), saya lihat kemenangan ke atas Ayeyawady United telah membangkitkan semangat anak-anak buah saya biarpun kebanyakan mereka letih berikutan jadual yang padat,” katanya.Kedah

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0430&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz47GX2v3La Hakcipta terpelihara

Shahrul yakin Perak atasi PKNS

Shahrul yakin Perak atasi PKNS
Kuala Lumpur: Pemain tengah Perak Shahrul Saad percaya mereka mampu mengakhiri impian untuk menjejak kaki ke pentas final Piala FA buat kali pertama sejak 2005 dengan menyingkirkan PKNS di gelanggang sendiri Sabtu ini.

Bekas pemain Harimau Muda A dan FELDA United itu berkata, keputusan seri 2-2 pada separuh akhir pertama di Stadium Hang Jebat Melaka 15 April lalu memberi sedikit kelebihan buat mereka.


“Jika dilihat Perak dalam prestasi terbaik ketika ini cuma ada sedikit masalah kecederaan pemain. Apa yang penting kami tidak boleh memandang rendah keupayaan PKNS sebab bila sudah sampai ke separuh akhir, ia situasi yang berbeza dan semua pasukan memiliki peluang seimbang.

“Saya percaya jika kami boleh berikan aksi terbaik, sudah pasti impian ke final semula akan tercapai,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Perak yang dikendalikan abangnya, Syamsul Saad kini di prestasi terbaik apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Super termasuk mengejutkan pendahulu FELDA United 3-2 Ahad lalu.

Namun mereka perlu berhati-hati dengan ancaman PKNS khususnya bahagian serangan yang diterajui Gabriel Guerra.

“Memang PKNS pasukan yang bagus terutama bahagian serangan mereka, jadi kami perlu berhati-hati,” kata Shahrul.

Shahrul bagaimanapun mengharapkan kecederaan pangkal paha yang dialami kembali sembuh untuk beraksi dalam perlawanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 5:48 AM
 
SHAHRUL (kanan) idam ke final.

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/133872#sthash.384kOuS0.dpuf

Strategi Mario Gomez menjadi


 

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI
GOMEZ

PERCATURAN pengendali Johor Darul Takzim (Johor DT), Mario Gomez yang membariskan jentera tempatan dalam aksi Piala Konfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 berhasil apabila berjaya menundukkan Ayeyawady Uni­ted 2-1 pada perlawanan kelima Kumpulan H di Yangon kelmarin.

Gomez berkata, biarpun ren­tak perlawanan sedikit goyah pada separuh masa pertama apabila ­Ayeyawady berjaya menjaringkan gol pendahuluan menerusi tonggak kebangsaannya, Thiha Zaw pada minit ke-27, namun anak-anak buahnya tetap memberi tentangan.

“Separuh masa pertama me­nyaksikan rentak pemain sedikit goyah, namun saya sa­ngat berpuas hati apabila mereka mampu bangkit dengan permainan yang lebih berkualiti pada separuh masa kedua.

“Apa yang perlu di­banggakan lagi ialah ke­semua barisan utama skuad kami pada kali ini dibarisi oleh pemain tempatan yang nya­ta membuka mata semua bahawa anak tempatan mampu memberi tentangan hebat dalam kejohanan peringkat Asia.

“Gandingan barisan depan Safee Sali dan Amri Yahyah nyata berbisa dalam memastikan 90 minit dimanfaatkan sepenuh­nya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Gomez menambah, pujian harus diberikan kepada seluruh pemain selain menggesa mereka agar lebih komited dalam menghadapi saingan seterusnya.

“Misi untuk sampai ke pusingan kalah mati berjaya ditunaikan dengan cemerlang oleh semua pemain. Saya sangat teruja dengan semangat yang ditonjolkan setiap pemain.

“Biarpun, kebanyakannya keletihan menghadapi jadual perlawanan yang padat pada bulan ini, namun fokus kepada misi untuk mempertahankan kejuaraan.

“Saya akui saingan dalam Kumpulan H sedikit mudah memandangkan kami telah berpengalaman menentang skuad sama sebelum ini,” katanya.

Mengulas mengenai misi seterusnya, Gomez memberitahu, tumpuan skuad kini terarah kepada saingan separuh akhir kedua Superbest Power Piala FA menentang Kedah esok.

“Misi seterusnya adalah untuk mengembalikan sepenuh kekuatan dan memperbaiki kekurangan bagi menghadapi Piala FA, kelebihan bermain di laman sendiri akan dimanfaatkan sepenuhnya,” kata­nya

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz47DrHHmNF Hakcipta terpelihara

PM hantar bekalan air minuman kepada penduduk Chini

 
SEORANG anggota tentera mengangkat kotak mengandungi air botol sumbangan Najib ke SMK Chini, Pekan semalam.

PEKAN – Sebanyak 252,000 botol air minuman akan di­agihkan kepada penduduk di kawasan Chini dekat sini yang keputusan bekalan air bersih ekoran fenomena El Nino yang sedang melanda negara.

Bantuan fasa pertama itu merupakan sumbangan daripada Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil).

Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, bantuan tersebut sudah mula diberikan kepada penduduk yang memerlukan air bersih sejak Isnin lalu dengan bantuan Briged 4 Mekanize Kuantan dan proses agihan dijangka selesai pada Sabtu ini.

“Air minuman ini akan diberikan kepada setiap penduduk yang terjejas di kawasan penempatan Felda, kampung tradisional dan perkampungan Orang Asli selain tempat-tempat awam termasuk sekolah dan rumah ibadat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bekalan air minuman di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Chini di sini semalam.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz47DcsjAjn Hakcipta terpelihara

PENENTANGAN TOK JANGGUT TERHADAP SISTEM PENTADBIRAN BRITISH DI KELANTAN ATAU DIKENALI DENGAN `PERANG TOK JANGGUT'

Pada hari ini 29.4.1915 telah bermulanya detik awal penentangan yang dikenali `Perang Tok Janggut' untuk menentang sistem pentadbiran British di Kelantan.  Ianya mula tercetus apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan iaitu seorang anggota Polis British, yang mana telah berakhir dengan kematian Sarjan Che' Wan. Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan mengepalai penentangan penduduk tempatan di daerah Pasir Putih membantah Pentadbiran British yang menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan pada masa itu. Campur tangan British di negeri Kelantan menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran seperti memperkenalkan sistem pentadbiran cukai baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat setempat dan melantik pegawai-pegawai menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional. Tok Janggut dan penduduk di situ menentang British dengan dibantu oleh Pasukan Polis yang kebanyakan datang dari Singapura, berlanjutan sehingga Jun 1915.  Akhirnya Tok Janggut dan beberapa pengikutnya telah berjaya dibunuh oleh Pihak British yang mempunyai angkatan tentera yang ramai dan peralatan-peralatan senjata moden. Sesungguhnya dengan berlakunya `Perang Tok Janggut' telah meningkatkan lagi semangat keperwiraan Orang-orang Melayu Kelantan yang mempunyai semangat juang yang jitu, untuk terus berjuang menentang pihak penjajah British yang semakin kuat bertapak di Kelantan dan lain-lain negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

http://www2.arkib.gov.my/hids

MLM 2016 masih hangat

Oleh NOR AZURIN ALI
FotoAMIRKHALID

SEDAR atau tidak, sudah 13 minggu pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2016) bersiaran. Memasuki musim kelima penganjuran, pastinya penonton mengharapkan impak komedi yang lebih bertenaga berbanding musim lalu.

Melihat kepada corak MLM 2016, sedikit perbezaan boleh dirasai berbanding sambutan yang diraih menerusi musim terdahulu. Mungkin ramai yang bersetuju apabila MLM 2016 dikatakan hilang separuh bisanya, sementelah tiadanya penyertaan daripada pelawak-pelawak senior seperti Nabil, Johan, Zizan Razak dan Sepahtu.

Menegaskan program yang pernah mencetuskan fenomena dan mendapat rating tertinggi tidak berapa lama dahulu itu masih relevan, Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Mohd. Kamal memberitahu, MLM 2016 tetap berada pada kedudukan sama sebagaimana yang dicapai dalam penganjuran sebelum ini.

Bagaimanapun, sikap segelintir masyarakat yang tidak mahu memberi peluang kepada muka baharu membuatkan timbulnya kritikan dan komen yang tidak enak tentang peserta tahun ini.

“MLM 2016 masih berada pada tahapnya, cuma mungkin segelintir peminat masih mengharapkan penyertaan pelawak kegemaran mereka.

“Pengisian untuk pentas lawak tahun ini sama seperti tahun lalu, cuma ada peserta yang masih asing dalam kalangan peminat.

“Kami cuma memberi peluang kepada pelawak baharu untuk beraksi. Kami juga akan mengadakan semula pertandingan Raja Lawak bagi mencari lebih ramai pelawak generasi pelapis,” kata Emarina usai pusingan separuh akhir MLM 2016 yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam, Selangor, Jumaat lalu.



Malam separuh akhir MLM 2016 menyaksikan kumpulan Bocey, Joras, LOL dan Puteh berjaya melangkah ke pentas akhir MLM yang akan diadakan pada 29 April (malam ini).

Berbeza dengan minggu persembahan, malam akhir MLM 2016 akan berlangsung di Stadium Tertutup Perbadanan Pasir Gudang, Johor.

Minggu lepas juga menyaksikan satu-satunya peserta solo, Rayza Mukmin atau nama sebenarnya Mohd. Rizal Fahmi Mukhter mengakhiri perjuangan di MLM 2016.

Biarpun komedi Rayza banyak menyentuh isu yang memerlukan penonton berfikir, namun salah seorang juri tetap MLM 2016, Shaheizy Sam menjelaskan, penyampaian yang mendatar membuatkan persembahan menjadi sedikit hambar.

“Rayza ada idea stand-up comedy yang kreatif dan memerlukan penonton berfikir, tetapi disebabkan terpaksa bekerja seorang diri, graf persembahannya mendatar.

“Dia harus memasukkan warna ke dalam persembahannya supaya penonton tidak boleh menjangka apa yang akan diperkatakan. Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan persembahan Rayza pada pusingan separuh akhir,” ulas Sam.

Dalam pada itu, menjadi antara peserta pilihan dan sering diramalkan sebagai juara menanti bagi MLM 2016, kumpulan Bocey pula menjelaskan, mereka tidak mahu terlalu memikirkan soal kemenangan kerana perkara tersebut akan menjejaskan proses pencarian idea dan boleh memberikan tekanan kepada mereka.

Sebaliknya, trio yang sudah dua kali berpengalaman beraksi di pentas akhir MLM itu mahu fokus untuk menyampaikan persembahan yang terbaik. Mereka berharap akan memaksimumkan kualiti komedi untuk dinikmati penonton menjelang malam akhir MLM 2016.


KEMUNCAK MLM 2016 malam ini menyaksikan persaingan daripada peserta berkumpulan iaitu Bocey, Joras, LOL dan Puteh.

“Sejak dari awal lagi, kami sangat menitikberatkan agar penonton boleh menerima lawak yang disampaikan.

“Kami tidak mahu memikirkan soal kalah menang kerana perkara itu akan menambahkan tekanan dan mengganggu proses pencarian idea. Jika tewas sekali pun, kami mahu peminat mengingati lawak kami.

“Untuk malam akhir nanti (malam ini), kami akan menggabungkan semua isi lawak dari minggu pertama sehingga ke minggu ke-13. Semestinya, kami berharap dapat memberikan persembahan yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini,” ujar Abam mewakili dua lagi ahli kumpulan Bocey, Fad dan Achik.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz47DOftvqX Hakcipta terpelihara

Thursday 28 April 2016

Misi sukar skuad Helang Merah

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
 
PARA pemain Kedah memasang impian untuk mara ke pentas final Superbest Power Piala FA pada aksi menentang Johor DT di Larkin esok.

KEDAH berdepan misi sukar apabila terpaksa menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam saingan separuh akhir kedua Superbest Piala FA di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin esok tanpa tonggak import, Liridon Krasniqi yang menerima dua kad kuning.

Lebih memeritkan, skuad He­lang Merah juga bakal turun tanpa pemain muda, Amirul Hisyam Awang Kecik yang turut menerima dua kad kuning.

Kapten pasukan, Khairul Helmi Johari juga belum lagi dapat beraksi ekoran kecederaan pada tulang belakangnya.

Menurut ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, biarpun tiga pemainnya tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang pasukan berstatus bintang itu, beliau tetap yakin dengan kemam­puan anak-anak buahnya.

“Itu bukanlah alasan untuk melemahkan semangat pasukan dan kita akan memberikan saingan sengit dengan melakukan serangan bagi memburu kemenangan di tempat lawan,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Kata beliau, pemain lain mampu menggalas tugas tiga pemain yang tidak dapat diturunkan, antaranya ialah pemain muda, Abdul Halim Saari dan Amar Rohidan.

“Baddrol Bakhtiar juga ­di­­jangka mampu beraksi pada tahap sebenarnya apabila kecederaan dialami sudah pulih seratus peratus,” ujarnya.

Menurut Cheng Hoe, pe­nga­la­man menentang skuad Harimau Selatan sebanyak dua kali di gelanggang sendiri sedikit sebanyak membantu pasukan mengetahui kekuatan dan kelemahan serta corak permainan pasukan lawan.

“Seperti yang selalu saya katakan, pemain sendiri akan bermotivasi tinggi untuk menang apabila menyedari tekanan yang bakal mereka hadapi ketika menentang Johor DT, Sabtu ini (esok),” ujarnya.

Tambahnya, beliau menyasarkan kemenangan atau sekurang-kurang seri sekiranya pemain berjaya menguasai permainan dan melakukan serangan.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz47AbD228u Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN PENUH Ayeyawady United 1-2 JDT

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Ayeyawady United    1 – 1    JDT
m-26 Thiha Zaw              m-30 Amirul Hadi
                                        m- 86′ Safee Sali
PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
05 AMIRUL HADI ZAINAL
10 SAFEE SALI
16 SHAKIR SHAARI
17 AMRI YAHYA
21 JASAZRIN JAMALUDDIN
23 S.CHANTURU
27 FADHLI SHAS
26 AMEER SAIDIN
20 NAZRIN NAWI
25 JUNIOR ELDSTAL
PEMAIN GANTIAN
24 AKRAM MAHINAN
18 MAHALI JASULI

02 AZAMUDDIN AKIL

JDT kekal rekod bersih

28 April 2016 12:40 AM
Penyerang JDT, Safee Sali (kiri) meraikan jaringannya bersama
PENYERANG JDT, Safee Sali (kiri) meraikan jaringannya bersama Muhammad Akram Mahinan (kanan) dalam perlawanan Kumpulan H, Piala AFC menentang Ayeyawady United di Yangon, Myanmar semalam. GAMBAR IHSAN JDT
KUALA LUMPUR 27 April – Walaupun tidak menyenaraikan beberapa nama besar pasukan, juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) masih mampu meraih kemenangan untuk mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu selepas menum­paskan Ayeyawady 2-1 dalam perlawanan Kumpulan H, Piala AFC di Yangon hari ini.
Dengan kemenangan itu, JDT yang sudah pun melayakkan diri ke pusingan kedua mengekalkan rekod bersih untuk mengumpul mata maksimum 15 mata dari­pada lima perla­wanan.
Pe­ngen­da­li JDT, Ma­rio Gomez meletakkan kepercayaan kepada tenaga tempatan sepenuhnya dalam perlawanan itu manakala pemain import dan pemain tonggak seperti Mohd. Safiq Rahim, Farizal Marlias dan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak direhatkan untuk memastikan mereka memiliki tenaga secukupnya bagi menghadapi Kedah dalam separuh akhir kedua Piala FA Sabtu ini.
Tanpa ramai pemain utama, pasukan tuan rumah yang sebelum ini dibelasah 8-1 di Larkin, cuba mencipta kejutan dan berjaya menyaingi JDT pada awal perlawanan di Pusat Latihan Belia di ibu negara Myanmar itu
Ayeyawady hampir membuka tirai jaringan menerusi percubaan Naing Lin Oo pada minit ke-20 dan rembatan Kyaw Zayar Win selang dua minit kemudian namun gagal membuahkan hasil.
Asakan bertubi-tubi Ayeyawady akhirnya meletakkan mereka di depan apabila pemain tengah Thiha Zaw memanfaatkan situasi kelam-kabut di depan gawang JDT berpunca daripada hantaran lintang Christopher Chizoba untuk menyumbat masuk bola pada minit ke-26.
Tuan rumah hampir menggandakan jaringan selang dua minit kemudian tetapi rembatan Zaw terkena palang selepas menerima hantaran lintang daripada Chizoba.
Tersentak dengan serangan tuan rumah, JDT membalas asakan dan hampir menyamakan kedudukan tetapi percubaan Amirul Hadi Zai­nal berjaya dinafikan oleh penjaga gol Vanlal Hruala.
Bagaimanapun, Amirul tidak dapat dihalang pada minit ke-30 apabila dia melepaskan rembatan leret setelah mendapat umpanan cantik pemain sayap S. Chanturu untuk menggegarkan gawang.
JDT meneruskan momentum garang mereka selepas rehat dan berpeluang menggandakan jaringan pada minit ke-60 tetapi bola yang ditanduk pertahanan Junior Eldstal berlalu begitu sahaja di depan gol tanpa disambut oleh rakan sepasukannya setelah menerima hantaran lintang ketua pasukan Mohd. Amri Yahyah.
Ketika perlawanan dilihat akan berkesudahan seri 1-1, Safee Sali memastikan tiga mata penuh menjadi milik Harimau Selatan empat minit sebelum permainan tamat apabila merembat masuk bola yang melantun selepas Mohammad Fadh­li Shas menyaksikan tandukannya terkena palang selepas menyambar sepakan bebas Amri.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-kekal-rekod-bersih-1.293441#sthash.cia0mr1V.dpuf