Ad

Friday 29 April 2016

PM hantar bekalan air minuman kepada penduduk Chini

 
SEORANG anggota tentera mengangkat kotak mengandungi air botol sumbangan Najib ke SMK Chini, Pekan semalam.

PEKAN – Sebanyak 252,000 botol air minuman akan di­agihkan kepada penduduk di kawasan Chini dekat sini yang keputusan bekalan air bersih ekoran fenomena El Nino yang sedang melanda negara.

Bantuan fasa pertama itu merupakan sumbangan daripada Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil).

Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, bantuan tersebut sudah mula diberikan kepada penduduk yang memerlukan air bersih sejak Isnin lalu dengan bantuan Briged 4 Mekanize Kuantan dan proses agihan dijangka selesai pada Sabtu ini.

“Air minuman ini akan diberikan kepada setiap penduduk yang terjejas di kawasan penempatan Felda, kampung tradisional dan perkampungan Orang Asli selain tempat-tempat awam termasuk sekolah dan rumah ibadat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bekalan air minuman di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Chini di sini semalam.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz47DcsjAjn Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment