Perancis menjajah Algeria pada tahun
1830, menamatkan penguasaan empayar Turki Uthmaniyah selama 31 tahun di
Algeria.Pendudukan Perancis ke atas Algeria secara tidak langsung dikaitkan
dengan isu kewangan. Pada tahun 1790-an, tentera Perancis membeli gandum
daripada dua orang pedagang yahudi Algeria tetapi mereka tidak membayar wang
hasil pembelian tersebut,Pemerintah Algeria ketika itu, Husain Dey (1818 -
1830) berharap dapat memungut hutang tersebut. Konsol Perancis di Algeria,
Pierre Deval enggan mempertimbangkan tuntutan Husain Dey itu. Keadaan ini
menyebabkan Husain Dey menghina konsol Perancis itu.
Peristiwa ini dijadikan alasan yang
mencetuskan krisis dan membawa kepada penjajahan Perancis ke Algeria. Perancis
kemudiannya menl'uruh Husain Dey melepaskan tembakan meriam untuk memberi
penghormatan kepada bendera Perancis.Apabila Husain Dey enggan berbuat
demikian, pihak Perancis menyekat pelabuhan-pelabuhan di Algeria daripada
menerima pedagang- pedagang Perancis.
Ketua tentera, Clausel menjalankan usaha
penjajahan yang giat. Keadaan ini membawa kepada kemasukan beramai-ramai
peneroka Eropah ke Algeria. Adakalanya mereka menceroboh masjid dan tanah
perkuburan Islam. Tindakan ini menyebabkan penduduk tempatan menentang
pemerintahan Perancis pada tahun 1832.
Clausel cuba menguasai Constantinople
pada tahun 1836. Penaklukan ke atas bandar ini dicabar oleh Ahmad Bey dan
Perancis kehilangan 1000 nyawa. Walaupun Ahmad Bey kemudiannya menyerah kalah,
namun beliau enggan mengikiraf kekuasaan Perancis di Constantinople.
Penentangan ke atas Perancis yang paling
hebat berlaku antara tahun 1830-an dan tahun 1840-an datangnya daripada Amir Abdul
Qadir. Pada tahun 1832, Amir Abdul Qadir mengetuai sepasukan tentera dan
mengisytiharkan perang jihad terhadap Perancis.
Tidak lama kemudian, satu persetujuan
dicapai antara Amir Abdul Qadir dengan Jeneral Perancis, iaitu Desmichels pada
tahun 1834. Melalui persetujuan ini, Amir Abdul Qadir diberi kuasa memerintah
Oran.Jeneral itu turut memberi seniata dan kelengkapan ketenteraan kepada Amir
Abdul Qadir untuk mengukuhkan kedudukan beliau di kawasan luar bandar.
Bagaimanapun, Desmichels merahsiakan
persetujuan yang dibuat dengan Amir Abdul Qadir daripada kerajaannya.Pada tahun
1837, Perjanjian Tafna ditandatangani antara Amir Abdul Qadir dengan pihak
Perancis. perjanjian itu membahagikan beberapa kawasan kepada kedua-dua pihak,
iaitu Amir dan pihak Perancis.
Antara nasionalis awal ialah Ferhat
Abbas. Melalui tulisannya, beliau telah menyuarakan harapan agar Perancis
menerapkan nilai-nilai Algeria kepada pelajar Algeria di sekolah-sekolah
Perancis.
Bukan semua rakyat Algeria yang bekerja di
Perancis semasa perang pulang ke Algeria. Hal ini kerana upah di Perancis jauh
lebih baik daripada di tanah air mereka sendiri. Di sinilah timbulnya
kebangkitan pergerakan nasionalisme sebenar kerana golongan ini mempunyai
matlamat untuk memperjuangkan masa depan Algeria tanpa Perancis.
Golongan ini bermula sebagai pertubuhan
kemasyarakatan yang dikenali sebagu Etoile Nord-Africaine (Bintang Afrika
Utara) yang dipimpin oleh Ali Abdul Qadir dan kemudiannya oleh Messali al-Hajj.Perang
Kemerdekaan Algeria diisytiharkan pada 1 November 1954 berlanjutan sehingga
hampir tujuh setengah tahun. Algeria mencapai kemerdekaan pada tahun 1952.
Kesimpulannya perjuangan mendapatkan
kemerdekaan di Algeria adalah yang paling perit, paling lama, dan satu-satunya
melibatkan sokongan dunia Arab yang paling hebat.
Sumber- Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor
Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd,2014)330-331.
No comments:
Post a Comment