Ad

Monday, 25 April 2016

Pan Borneo Sabah dilancar

 Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
 
Najib (tengah) dan Rosmah bersama pemimpin serta rakyat Sabah melaungkan kata-kata semangat selepas melancarkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Kampung Andus, Papar semalam. Turut kelihatan Musa (depan, empat dari kanan) dan Fadillah (depan, dua dari kiri).

PAPAR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan menjadi ikon baharu dalam membawa perubahan besar pembangunan negeri ini sepanjang 53 tahun merdeka dalam Malaysia.

Perdana Menteri berkata, projek lebuh raya tanpa tol tersebut secara tidak langsung akan membuka dan merangsang minda rakyat Sabah supaya lebih maju ke hadapan setanding dengan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

“Kita (kerajaan Pusat) telah buat banyak (projek) termasuk industri minyak dan gas di Sipitang, kluster kelapa sawit di Lahad Datu, bekalan elektrik dan air, perumahan dan jalan di luar bandar serta pelbagai projek lagi dilaksana sejak Sabah merdeka dalam Malaysia.

“Projek Pan Borneo ini bukan projek biasa-biasa tetapi luar biasa dan saya hendak (tender) projek ini bukan syarikat besar sahaja dapat tetapi diagihkan secara adil dan saksama kepada rakyat Sabah. Itu adalah semangat di sebalik falsafah projek ini,” katanya ketika berucap melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Kampung Andus di sini semalam.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz46qn2gC00 Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment