Ad

Saturday, 30 April 2016

Piala FA: 4 faktor ke final

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI • FOTO: BOB PERAK FA
30 APRIL 2016
 Piala FA: 4 faktor ke final
  Piala FA: 4 faktor ke finalErik Weeks Lewis mampu gerakkan jentera serangan Perak.
 Piala FA: 4 faktor ke final
BERBAKI 90 minit. Beraksi di gelanggang sendiri. Berbekalkan dua jaringan di tempat lawan. Sokongan padu penyokong sendiri.

Hanya empat faktor berkenaan yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya kesebelasan Perak pada aksi separuh akhir kedua Superbest Power Piala FA berdepan PKNS di Stadium Perak, malam ini, bagi mengesahkan kemaraan ke pentas final yang dijangka pada 14 Mei depan.

Apatah lagi skuad Kejor Yeop Skor itu masih segar dengan dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super minggu lalu dimulai dengan menewaskan Terengganu 3-2 di gelanggang lawan dan terbaru mengejutkan pendahulu, Felda United di laman sendiri, juga dengan jaringan yang sama.

Justeru tidak ada lagi alasan buat kesebelasan The Bos Gaurus itu selain perlu mempamerkan aksi mantap di sepanjang perlawanan dan seterusnya mengulangi pencapaian mara ke pentas final Piala FA setelah kali terakhir berbuat demikian pada musim 2005 lalu.

Bangkit semangat

Berbekalkan rekod lima kali mara ke pentas final Piala FA dimulai pada 1990 (juara sulung tewaskan Selangor 4-2 di Stadium Merdeka) diikuti 1991 (tewas 0-1 kepada Selangor di Stadium Merdeka), 2002 (tewas 0-1 kepada Pulau Pinang di Stadium Nasional Bukit Jalil), 2004 (juara tewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil) dan tewas 2-4 kepada Selangor pada edisi 2005 di Stadium Shah Alam, pastinya akan menyemarakkan semangat kesebelasan pemain untuk mengulangi pencapaian berkenaan dan seterusnya muncul juara edisi ke-26, kali ini.

Pastinya juga perencanaan taktikal paling ampuh telah disediakan pihak pengurusan dan kejurulatihan skuad Seladang demi merealisasikan misi membawa pulang Piala FA ke tempat asalnya, di bumi Perak setelah ‘berkelana’ sekian lama di almari trofi pasukan-pasukan termasuk  pasukan jemputan dari Singapura, Lions X11 selaku juara Piala FA musim lalu.

Kini semuanya terserah kepada kesebelasan pemain menterjemahkan segala percaturan di tengah padang untuk sekali lagi menghimpunkan ribuan penyokong Perak ke pentas final kelak.

Bagaimanapun dalam keghairahan mencatat kemenangan, kesebelasan pemain diingatkan agar tidak leka serta meminimumkan sebarang kesilapan yang boleh mengundang padah kepada pasukan.

Kekalkan fokus dan bermainlah demi lambang di dada. Insya-ALLAH kejayaan milik kita.

Kepada penyokong, teruskanlah sokongan kome kerana pasukan sememangnya memerlukan sokongan pada ketika ini bagi mencatat kejayaan yang diidam-idamkan.

SUMBER-SINAR HARIAN 30 APRIL 2016

No comments:

Post a Comment