Oleh MOHD.
IZUAN ROSELI
GOMEZ
PERCATURAN
pengendali Johor Darul Takzim (Johor DT), Mario Gomez yang membariskan jentera
tempatan dalam aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 berhasil
apabila berjaya menundukkan Ayeyawady United 2-1 pada perlawanan kelima
Kumpulan H di Yangon kelmarin.
Gomez
berkata, biarpun rentak perlawanan sedikit goyah pada separuh masa pertama
apabila Ayeyawady berjaya menjaringkan gol pendahuluan menerusi tonggak
kebangsaannya, Thiha Zaw pada minit ke-27, namun anak-anak buahnya tetap
memberi tentangan.
“Separuh
masa pertama menyaksikan rentak pemain sedikit goyah, namun saya sangat
berpuas hati apabila mereka mampu bangkit dengan permainan yang lebih
berkualiti pada separuh masa kedua.
“Apa yang
perlu dibanggakan lagi ialah kesemua barisan utama skuad kami pada kali ini
dibarisi oleh pemain tempatan yang nyata membuka mata semua bahawa anak
tempatan mampu memberi tentangan hebat dalam kejohanan peringkat Asia.
“Gandingan
barisan depan Safee Sali dan Amri Yahyah nyata berbisa dalam memastikan 90
minit dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Gomez
menambah, pujian harus diberikan kepada seluruh pemain selain menggesa mereka
agar lebih komited dalam menghadapi saingan seterusnya.
“Misi untuk
sampai ke pusingan kalah mati berjaya ditunaikan dengan cemerlang oleh semua
pemain. Saya sangat teruja dengan semangat yang ditonjolkan setiap pemain.
“Biarpun,
kebanyakannya keletihan menghadapi jadual perlawanan yang padat pada bulan ini,
namun fokus kepada misi untuk mempertahankan kejuaraan.
“Saya akui
saingan dalam Kumpulan H sedikit mudah memandangkan kami telah berpengalaman
menentang skuad sama sebelum ini,” katanya.
Mengulas
mengenai misi seterusnya, Gomez memberitahu, tumpuan skuad kini terarah kepada
saingan separuh akhir kedua Superbest Power Piala FA menentang Kedah esok.
“Misi
seterusnya adalah untuk mengembalikan sepenuh kekuatan dan memperbaiki
kekurangan bagi menghadapi Piala FA, kelebihan bermain di laman sendiri akan
dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz47DrHHmNF
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment