Mohd Sabran Md Sani-sab@hmetro.com.my
Johor Bahru: Pemain bola sepak
Johor DT II kerugian kira-kira RM200,000 selepas kediamanya di Taman Dahlia,
Seri Alam, Pasir Gudang, dipecah masuk petang semalam.
Mohd Zaquan Adha Abdul Razak,
Zaquan, 29, berkata kejadian disedari jirannya, kira-kira 1 petang semalam.
Katanya, jirannya itu ternampak
Toyota Wish berwarna gelap di hadapan rumahnya.
Betikutan itu, katanya, dia
meminta bantuan polis untuk memantau kediamannya itu dan disahkan sudah dipecah
masuk.
"Saya tiba di Johor, pada
kira-kira 2 petang. Apabila pulang, saya mendapati rumah dalam keadaan
berselerakan.
"Didapati pelbagai
barangan termasuk beg berjenama milik isteri hilang,” katanya dihubungi, di
sini, hari ini.
Katanya, dia kemudian membuat
laporan dibuat di Balai Polis Pasir Gudang, petang ini.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 23 April 2016 @ 6:49 PM
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/132857#sthash.qquu3wBD.dpuf
No comments:
Post a Comment