Oleh HAIKAL
RAMAN
KUALA LUMPUR
– Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim dilantik
sebagai gabenor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang
bakal menamatkan kontrak perkhidmatannya pada akhir bulan ini.
Muhammad
berusia 56 tahun yang telah menyertai bank pusat sejak tahun 1984 merupakan
gabenor BNM yang kelapan untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei ini.
Jawatan
tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim
Mu’adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya yakin kepimpinan yang
akan diterajui oleh Muhammad mampu terus memberi sumbangan dalam membantu
kerajaan daripada pelbagai aspek dan pulangan positif.
Sumber-Artikel
Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz476Bshtfq
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment