24 April
2016 12:48 AM
KETUA
pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar (tiga dari kiri) meraikan jaringannya bersama
rakan sepasukan ketika menentang JDT dalam perlawanan Liga Super di Stadium
Darul Aman, Alor Setar semalam. Perlawanan berkesudahan seri 1-1. MINGGUAN/
ismail kamadin
KUALA LUMPUR
23 April – Stadium Darul Aman kelihatan sukar untuk ditawan oleh penyandang
juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mereka hanya seri 1-1 dengan
Kedah manakala Kelantan meraih kemenangan pertama selepas kali terakhir
memperoleh mata penuh pada 12 Mac lalu.
JDT, yang
sebelum ini tewas 2-1 kepada Kedah dalam separuh akhir pertama Piala FA,
kelihatan akan mengulangi kekalahan itu di Stadium Darul Aman apabila
ketinggalan seawal minit pertama.
Kelekaan
barisan pertahanan JDT yang membiarkan Baddrol Bakhtiar bergerak bebas dalam
kotak penalti sekali gus memudahkannya melakukan sepakan leret untuk menewaskan
penjaga gol Izham Tarmizi Roslan selepas menerima hantaran Farhan Roslan dari
sebelah kiri.
Bagaimanapun
JDT menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti penyerang dari Argentina,
Juan Martin Lucero pada minit ke-45 setelah rakan senegaranya Jorge Pereyra
Diaz dijatuhkan pertahanan Kedah, Bang Seung Hwan.
Di Stadium
Sultan Muhammad IV, Kelantan menumpaskan Terengganu 3-0 yang pastinya menambah
tekanan kepada skuad Penyu.
Kelantan
memecah kebuntuan jaringan seawal minit ke-13 menerusi rembatan jarak dekat Wan
Zack Haikal Wan Noor sebelum menambah dua gol selepas rehat menerusi Wan Zaharul
Nizam Wan Zakaria dan pemain gantian Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi.
PDRM pula
menyekat Selangor untuk meraih kemenangan kelima apabila mengikat The Red
Giants dengan keputusan seri 0-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Sarawak,
yang dibelasah 5-2 oleh JDT sebelum ini, menggunakan kelebihan bermain di
Stadium Negeri untuk menyekat Pahang, yang sedang meningkat prestasinya,
apabila seri 1-1.
Junior
Aparecido meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-29 tetapi harapan mereka
untuk meraih tiga mata dihampakan oleh gol penyamaan Pahang pada minit ke-55
hasil percubaan Dalibor Volas.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kedah-sekat-jdt-1.285726#sthash.W9kii8re.dpuf
No comments:
Post a Comment