Rizar Mohd Noorsukan@hmetro.com.my
Johor Bahru:
Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mario Gomez tidak mahu terlalu
memikirkan untuk berada di tangga teratas Liga Super yang kini dikuasai FELDA
United.
Malah,
pengendali dari Argentina itu menegaskan keutamaan ketika ini adalah membimbing
skuad Johor DT mengharungi setiap perlawanan yang perlu ditempuhi dan langsung
tidak mahu memikirkan untuk memintas skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim
sebaliknya mengambil pendekatan mengharungi satu demi satu perlawanan.
Katanya,
saingan liga masih panjang dan tumpuan lebih kepada memperbaiki apa juga
kelemahan selain perlu mengharungi jadual padat.
“Saya tidak
kisah FELDA United masih berada di tangga teratas kerana itu bukan masalah
saya. Apa yang saya utamakan adalah Johor DT bagi memastikan pemain skuad itu
berada di tahap permainan berkualiti.
“Kemenangan
5-2 ke atas Sarawak jelas membuktikan pemain sudah melupakan kekalahan 1-2
kepada Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala FA dan ia memberi lebih
motivasi kepada pemain untuk terus bangkit.
“Mungkin ada
yang tertanya-tanya kenapa kami memperlahankan rentak permainan dan saya ingin
menegaskan ia taktikal permainan memandangkan kita akan berdepan aksi lebih
getir dengan Kedah di tempat lawan, Sabtu ini,” katanya.
Jelas Gomez,
beberapa pemain juga ditukarkan pada babak kedua bagi memberi ruang kepada
mereka untuk berehat.
“Taktik
memperlahankan permainan bukan kerana kami sudah selesa dengan kemenangan
sebaliknya mahu memastikan pemain sentiasa mengawal permainan dan tidak
kehilangan bola.
“Saya juga
tidak menyalahkan Fadhli Shas yang menjaringkan gol sendiri kerana dia baru
saja pulih daripada kecederaan dan belum berada di tahap sebenar,” katanya.
Artikel ini
disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2016 @ 8:43 AM
PENYERANG
Johor DT Aznie Taib (kanan) diasak pemain Sarawak.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/132493#sthash.u9WkSoHF.dpuf
No comments:
Post a Comment