Ad

Monday 29 February 2016

Keputusan separuh masa pertama Liga Perdana

ISNIN, 29 FEBRUARI 2016 @ 10:05 PM

 
PEMAIN JDT II, Mohd Irfan Fazail diasak pemain ATM, Mohamad Syafez pada perlawanan Liga Perdana, di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru, malam tadi. - Foto Mohd Azren Jamaludin
Keputusan separuh masa pertama Liga Perdana malam ini:
JDT II 4-1 ATM
Kuala Lumpur 2-0 Sabah
Perlis 0-0 Kuantan FA
PKNS FC 0-1 Sime Darby
Keputusan penuh petang tadi:
DRB-Hicom 4-1 UiTM FC

SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/129363

MENTERI PERTAHANAN NEW ZEALAND MENYERAHKAN KAPAL TERBANG KEPADA TUN ABDUL RAZAK PADA 29.2.2016

Pada hari ini dalam tahun 1968, Menteri Pertahanan New Zealand, Tuan D.S. Thomson telah menyerahkan dua buah kapal terbang jenis Devon kepada Tentera Udara Diraja Malaysia dalam satu upacara di lapangan terbang TUDM di Kuala Lumpur. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein yang juga Menteri Pertahanan Malaysia menerima penyerahan kapal terbang yang dihadiahkan oleh kerajaan New Zealand itu. Sempena upacara penyerahan itu juga satu perbarisan kehormat terdiri dari 50 orang pegawai-pegawai TUDM telah diadakan. Ketika menyerahkan kapal terbang itu, Tuan Thomson menyatakan bahawa Tentera Udara New Zealand (RNZAF) dan TUDM mempunyai banyak persamaan dalam bidang tugas masing-masing dan sumbangan kapal terbang kepada TUDM itu adalah sebagai tanda persahabatan dan hubungan erat di antara kedua-dua angkatan udara. Manakala Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dalam ucapan balasnya menyatakan rasa terima kasih di atas sumbangan itu dan berharap pihak New Zealand akan terus membantu Malaysia dalam usaha memperkembangkan tentera udaranya. Dengan wujudnya hubungan erat itu akan dapat memajukan lagi pertahanan kedua-dua negara khususnya Malaysia yang sedang berusaha memajukan angkatan udaranya.

SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/

DRB-Hicom FC belasah UiTM FC 4-1

ISNIN, 29 FEBRUARI 2016 @ 7:07 PM
Oleh Syafiq Aznan bhsukan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: DRB Hicom FC melaungkan amaran yang mereka mampu menjadi pencabar kejuaraan Liga Perdana, musim ini selepas mudah membelasah pendahulu liga, UiTM FC 4-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Proton City, Tanjung Malim, sebentar tadi. Penyerang import Croatia, Ivan Babic, muncul pemusnah buat The Great Bees selepas meledak hatrik, sekali gus menyaksikan UiTM FC, yang dibimbing Raja Isa Raja Akram Shah itu tewas buat kali pertama musim ini.


Berkelebihan di tempat sendiri, DRB Hicom FC mendahului perlawanan pada minit ke-25 menerusi jaringan Phillip Lund, yang menyudahkan hantaran Nazri Kamal sebelum Ivan menggandakan kelebihan buat tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 selepas bola terkena tangan pemain pelawat di dalam kotak penalti. The Lions Troops terus derita apabila Ivan meledak gol kedua peribadinya dan juga gol ketiga buat DRB Hicom selepas menyudahkan hantaran lintang daripada Nazri Kamal pada minit ke-40. Lima minit babak kedua bersambung, DRB Hicom FC terus garang apabila Ivan menyempurnakan hatriknya pada minit ke-50 sebelum penyerang import UiTM FC, Pavel Purishkin, berjaya meledak gol saguhati buat pasukannya pada minit ke-70.

Kahwin selepas berzina

Bersama:KAMIL MAJID
Assalamualaikum,
Soalan: Saya ada kemusykilan tentang sah atau tidak perkahwinan seorang perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan. Mengikut buku teks agama tingkatan 5 dan hujah ustazah saya, perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan dikategorikan sebagai perempuan yang haram dikahwini sementara.

Betulkah sekiranya mereka berkahwin, lafaz nikah tersebut adalah tidak sah dan persetubuhan di antara pasangan mereka adalah zina? Kerana perkahwinan sebegini semakin menjadi-jadi dan kisah hidup pasangan seperti ini sering dipaparkan di dada umum, tetapi tidak ada yang menegur tentang sah atau tidak ikatan perkahwinan mereka. Jadi, adakah saya terlepas sesuatu? Adakah hadis dan dalil yang boleh menerangkan dengan terperinci tentang situasi tersebut?

– Remaja ingin tahu, Melaka.

Jawapan: Saudara, perkahwinan adalah benih kepada wujudnya masyarakat. Dunia tersusun daripada perkahwinan dan berumah tangga. Perkahwinan penuh dengan kasih sayang dan bekerjasama untuk membina kehidupan.

Imam al-Syaukani mengatakan, orang yang terkenal sebagai penzina sama ada lelaki atau perempuan tidak boleh berkahwin dengan pasangan yang bukan penzina. Ini berdasarkan keterangan ayat 3 surah al-Nur. Di mana diharamkan orang mukmin berkahwin dengan penzina atau musyrik. Mereka hanya layak dikahwinkan dengan sesama penzina dan musyrik.

Namun ada satu pengecualian, bahawa jika kedua-duanya sudah bertaubat sebelum berkahwin (maksud surah al-Ma`idah ayat 5), mereka dibenarkan berkahwin. Dengan syarat taubat itu adalah taubat yang bersungguh- sungguh (nasuha). Taubat sebenar dalam maksud beristighfar, menyesal dan memang tidak lagi melakukan perbuatan keji itu.

Pendapat ini diberikan oleh Ibnu Umar seperti dinukilkan oleh Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah Jilid 2. Pandangan begini dipersetujui sama oleh beberapa imam lain seperti Ahmad, Ibn Hazam, serta diperakui oleh Ibnu Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim.

Imam Ahmad menambahkan satu lagi syarat iaitu boleh berkahwin apabila wanita itu habis tempoh edah. Ertinya, jika mengandung selepas dia bersalin.

Walau bagaimanapun ada mazhab yang lebih memberi kemudahan seperti mazhab Syafii, Hanafi dan Maliki yang mengharuskan perkahwinan si penzina lelaki dengan penzina perempuan, justeru perzinaan tidak menjadi halangan kepada berlakunya akad nikah.

Pendapat ini mentafsirkan maksud ayat dilarang berkahwin, bukan larangan pengharaman tetapi mencela perbuatan zina.

Namun mazhab Malik mahu supaya ada edah agar tidak bercampur nasab keturunan anak haram dengan anak halal nanti. Berbeza dengan mazhab Hanafi dan Syafii yang tidak mensyaratkan soal edah itu.

Murid Abu Hanifah bernama Abu Yusuf pula tetap mahu mensyaratkan edah, iaitu selepas bersalin atas alasan jangan bercampur benih daripada perzinaan. Ada pula pendapat mengatakan boleh berkahwin, tetapi tidak boleh bersetubuh kecuali selepas bersalin anak hasil zina itu.

Walau apa pun, perbuatan zina adalah perbuatan terkutuk yang menjadi dosa besar. Allah mahukan orang Islam memakan makanan yang baik dan beristeri atau bersuami dengan pasangan yang suci.

Berdasarkan soalan saudara, sah atau tidak perkahwinan mereka yang berzina dan mengandung, ia adalah sah jika menurut mazhab Syafii seperti dinukilkan oleh Syed Sabiq. Namun dengan penzina lelaki atau perempuan, tidak patut berlaku perkahwinan dengan mereka yang masih suci kerana tidak patut lelaki suci itu menjadi mangsa kepada penzina wanita dan sebaliknya wanita suci tidak patut menjadi mangsa penzina lelaki.

Penzina sama ada lelaki atau perempuan mempunyai jiwa yang sakit dan hodoh. Tidak sepatutnya melumurkan penyakit kejinya kepada pasangan yang bersih. Di dalam Islam, hukum perkahwinan adalah ingin memberikan kebahagiaan kepada manusia. Bagaimana para penzina dapat membahagiakan orang lain justeru mereka menjadi punca penyakit berbahaya? Mereka mungkin membawa HIV dan penyakit kelamin yang kronik yang akan menjangkiti pihak pasangannya yang sihat itu.

Lebih daripada itu mungkin mereka menurunkan kepada anaknya nanti akhlak yang jahat atau jasmani yang rosak dan cacat kerana pembawaan penyakit jasmani atau jiwanya.

Oleh itu, lelaki atau perempuan yang beradab dan mengikut ajaran nabi Muhammad s.a.w. tidak boleh hidup senang dan bahagia bersama penzina atau mereka yang hidup menyimpang daripada ajaran murni.

Perkahwinan sepatutnya menimbulkan kasih sayang, mawadah dan rahmat. Apakah boleh muncul kesemua itu daripada pasangan yang jahat, atau fasiq. Wallahualam.

- Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid ialah Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. E-mel: kamilmajid50@yahoo.com.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz41Ygrem3r © Utusan Melayu (M) Bhd

Wenger cabar Arsenal bangkit selepas tunduk kepada United

ISNIN, 29 FEBRUARI 2016 @ 6:26 PM 

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger. - Foto Reuters MANCHESTER: Arsene Wenger mencabar Arsenal bangkit dalam perlawanan penting minggu ini selepas menyaksikan pasukannya melepaskan peluang keemasan bagi merapatkan jurang di puncak Liga Perdana Inggeris apabila tewas 3-2 di Manchester United, malam tadi. Arsenal yang memburu kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 12 tahun berjuang untuk kekal dua mata di belakang pendahulu Leicester City menjelang perlawanan menentang Swansea, Rabu ini dan kunjungan penting ke Tottenham pada Sabtu.

Tetapi kekalahan di Old Trafford kepada United yang sekali lagi menyaksikan dua gol daripada penyerang muda Marcus Rashford meninggalkan tanda tanya penting terhadap keupayaan Arsenal untuk merangkul kejuaraan. "Kami sudah kehilangan tiga mata," kata Wenger. "Anda perlu menunjukkan peningkatan dan memberi segala-galanya yang terbaik dalam permainan seterusnya. "Semua perkara boleh berubah dengan cepat, tetapi hanya jika anda terus berusaha dan yakin. "Kami berada dalam perjuangan yang mana kami boleh menunjukkan watak yang hebat, mentaliti yang hebat dan bangkit pada Rabu (menentang Swansea). Itulah apa yang kami perlu lakukan.

 "Pemain yang mengejutkan bagi saya adalah Rashford, masa dan pergerakannya sangat hebat. Dia boleh menjadi kejutan yang sangat positif untuk Manchester United. "Kami bergelut untuk bangkit kerana mereka bertahan dengan baik dan saya akan menganalisis permainan sekali lagi untuk melihat puncanya." - AFP


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/129318

Sunday 28 February 2016

Huraikan kesan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Uthmaniah dengan kuasa-kuasa lain antara abad ke-17 hingga 19. [20m]

Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih,kerajaan Uthmaniyah mula mengalami zaman kemerosotan.Keadaan semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi menamatkan konflik yang timbul.
      Pada tahun 1672, Sultan Muhammad IV (1648-1687) telah menerajui ekspedisi menentang poland yang berakhir dengan perjanjian damai (1796).Dalam perjanjian ini, Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada kerajaan Uthmaniyah. Namun,perj'anjian damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Setelah kedua-duanya mengalami kerugian teruk, akhimya mereka berdamai pada tahun 1681.
      Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan Rusia (1681) setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna, orang Turki, telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam.

      Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II. peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz (1710). Kesan daripada perjanjian ini, sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland. .

      Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria tetah berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Perang Petewarden. Melalui Perjanjian passarowit, kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai Dalmatia.

      Walau bagaimanapun, dalam satu lagi siri peperangan yang berlaku, kerajaan Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia Utara dan Belgrade setelah termeterainya perj anjian Belgrade pada tahun 1739.

      Pada tahun 1770, sewaktu kerajaan Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774 mertyaksikan kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti apabita perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia. Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai Perjanjian Jassy antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada kerajaan Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.

      Pada tahun I 876, menyaksikan kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan 'Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno pada tahun l878 . Perjanjian ini menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaannya yang kini berpindah milik kepada Rusia. Justeru, kehilangan kuasa dan kerugian besar dialami oleh kerajaan Uthmaniyah.


Kesimpulannya kegagalan kerajaan Uthmaniyah menyerap tekanan kuasa-kuasa Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan dan mengamalkan prinsip demokrasi. . Keengganan Sultan Abdul al-Hamid II melayan permintaan perjuangan gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan golongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan.

Saturday 27 February 2016

FELDA United kukuhkan kedudukan

SABTU, 27 FEBRUARI 2016 @ 11:34 PM

 PENJAGA gol Terengganu FC II, Wan M. Azraie (tengah) menggagalkan cubaan pemain FELDA United untuk jaringkan gol pada saingan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam ini. - Foto Farizul Hafiz Awang
KUALA LUMPUR: FELDA United mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super apabila mencatat kemenangan 2-0 berdepan Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi. Dua jaringan Hadin Azman masing-masing pada minit ke-31 dan ke-77, melengkapkan kemenangan buat tuan rumah itu, yang kini mencatat rekod bersih tiga kemenangan dalam saingan awal Liga Super.

Johor Darul Ta'zim (JDT) pula terus menghambat FELDA United apabila membenam Terengganu 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu. JDT mendahului pada minit ke-28 menerusi S Chanturu sebelum Jorge Pereyra Diaz mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua pada minit ke-33.

 Di Stadium Darul Makmur, tuan rumah Pahang terus hampa untuk mencatat kemenangan pertama apabila dihukum Selangor 3-1. Pahang mendahului pada minit ke-12 menerusi Mohd Faisal Abd Halim, namun ia tidak bertahan lama apabila Patrick Ronaldinho menyamakan kedudukan pada minit ke-35. Selang sembilan minit kemudian, Ronaldinho sekali lagi meledak untuk gol kedua peribadi. Pada babak kedua, R Gopinathan menambah derita tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-66.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, tuan rumah PDRM terikat 2-2 berdepan Pulau Pinang. Pada babak pertama, Pulau Pinang mendahului 1-0 menerusi jaringan S Kumaahran seawal minit pertama, namun Ashfaq Ali menyamakan kedudukan menerusi penalti pada minit ke-63. PDRM pula mendahului pada babak kedua menerusi Konate Souleymane pada minit ke-70, namun Matias Jesus Cordoba menjaringkan gol terakhir pada minit ke-80 buat Pulau Pinang seterusnya mengikat kedudukan 2-2. Di Stadium Perak, di Ipoh, Perak dan Kedah terikat 0-0.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/128755

KEPUTUSAN PENUH TERENGGANU 0-2 JOHOR DT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-2 Johor DT
                       m-27 S.Chanturu
                       m-33 Pereyra Diaz

PEMAIN TERENGGANU
Sharbinee Allawee
Vincent Bikana
Yong Kuong Yong
Zairo Anuar (C)
Gustavo Fabián López
Norshahrul Idlan Talaha
Hasmizan Kamarodin
Joseph Kalang Tie
Amirul Syahmi
Sharin Sapien
Dhiyaulrahman Hasry
PEMAIN GANTIAN
14 Fakrurazi Musa
21 Affize Faizal

PEMAIN JOHOR DT
Farizal Marlias
Marcos Antonio
Aidil Zafuan (C)
Safee Sali
Jorge Pereyra Díaz
S. Kunanlan
Gary Steven Robbat
Hariss Harun
Fazly Mazlan
S. Chanturu
Azniee Taib
PEMAIN GANTIAN
19 Juan Martin Lucero
21 Jasazrin Jamaluddin

08 Safiq Rahim

TERKINI MASA KEDUA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-2 Johor DT
                       m-27 S.Chanturu
                       m-33 Pereyra Diaz
Pahang FC             1 – 3 Selangor
m-12Faisal Halim       m-36,m-44 Patrick Wleh
                                   m-68 R.Gopinathan


Perak   0 – 0 Kedah

FELDA UNITED 1-0  T–TEAM

PDRM 0-1 PULAU PINANG



TERKINI MASA KEDUA TERENGGANU 0-2 JOHOR DT

TERKINI MASA KEDUA TERENGGANU 0-2 JOHOR DT
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
 Terengganu 0-2 Johor DT
                       m-27 S.Chanturu
                       m-33 Pereyra Diaz 
PEMAIN TERENGGANU
Sharbinee Allawee
Vincent Bikana
Yong Kuong Yong
Zairo Anuar (C)
Gustavo Fabián López
Norshahrul Idlan Talaha
Hasmizan Kamarodin
Joseph Kalang Tie
Amirul Syahmi
Sharin Sapien
Dhiyaulrahman Hasry
PEMAIN GANTIAN
14 Fakrurazi Musa
21 Affize Faizal

PEMAIN JOHOR DT
Farizal Marlias
Marcos Antonio
Aidil Zafuan (C)
Safee Sali
Jorge Pereyra Díaz
S. Kunanlan
Gary Steven Robbat
Hariss Harun
Fazly Mazlan
S. Chanturu
Azniee Taib
PEMAIN GANTIAN
19 Juan Martin Lucero

21 Jasazrin Jamaluddin

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER SABTU 27.2.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-2 Johor DT
                     m-27 S.Chanturu
                    m-33 Pereyra Diaz

KEPUTUSAN MASA PERTAMA
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-2 Johor DT
                       m-27 S.Chanturu
                       m-33 Pereyra Diaz
Pahang FC      1 – 2 Selangor

Perak   0 – 0 Kedah

FELDA UNITED 1-0  T–TEAM


PDRM 0-1 PULAU PINANG

KEPUTUSAN MASA PERTAMA TERENGGANU 0-2 JOHOR

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-2 Johor DT
                     m-27 S.Chanturu
                    m-33 Pereyra Diaz

 
SUMBER-www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos

TERKINI MASA PERTAMA LIGA SUPER SABTU 27.2.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Terengganu 0-1 Johor DT
                     m-27 S.Chanuru

Pahang FC      0 – 0 Selangor

Terengganu     0 – 0 JDT

Perak   0 – 0 Kedah

FELDA UNITED 0-0  T–TEAM

PDRM 0-0 PULAU PINANG


TERKINI LIGA SUPER SABTU 27.2.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Pahang FC      0 – 0 Selangor

Terengganu     0 – 0 JDT

Perak   0 – 0 Kedah

FELDA UNITED 0-0  T–TEAM

PDRM 0-0 PULAU PINANG


JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER SABTU 27.2.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

TERENGGANU  LAWAN JOHOR
STADIUM SULAN MIZAN GONG BADAK
JAM 9.00 MALAM

PAHANG LAWAN SELANGOR
STADIUM DARUL MAKMUR, KUANAN
JAM 9.00 MALAM

FELDA UNIED LAWAN T–TEAM
STADIUM TUN ABDUL RAZAK JENGKA
JAM 9.00 MALAM

PERAK LAWAN KEDAH
STADIUM PERAK, IPOH
JAM 9.00 MALAM

PDRM LAWAN PULAU PINANG
STADIUM  HANG JEBAT, MELAKA
JAM 9.00 MALAM


Friday 26 February 2016

PENUBUHAN PERSATUAN CINA MALAYA (MCA) 27.2.2016

Pada hari ini dalam tahun 1949, Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan. Penubuhannya adalah hasil daripada perjumpaan seramai 300 orang perwakilan Cina dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu kecuali Kelantan di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Di perhimpunan tersebut, para perwakilan telah memilih 100 orang ahli jawatankuasa pusat dan wakil negeri-negeri. Jawatankuasa pusat dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock, Encik Yong Shook Lin dan Encik Leong Chung Lin sebagai Setiausaha Bersama. Bendahari disandang oleh Encik Khoo Teik Ee. Antara jawatankuasa kecil yang dibentuk ialah Jawatankuasa Kecil Perundangan, Jawatankuasa Kecil Kebajikan, Jawatankuasa Kecil Kewangan dan Jawatankuasa Kecil Publisiti. Selain itu, para perwakilan juga bersetuju memilih Kuala Lumpur sebagai ibu pejabat MCA.Di antara matlamat penubuhan MCA ialah:
untuk merapatkan hubungan dikalangan masyarakat Cina dengan masyarakat lain di Tanah Melayu berasaskan semangat muhibah, persefahaman dan kerjasama.
menyatukan orang-orang Cina untuk menentang komunis serta memberi gambaran kepada masyarakat iaitu bukan semua orang Cina berfahaman komunis
untuk menguatkan persatuan dengan tujuan menjadikan MCA sebagai wakil orang-orang Cina dengan kerajaan Inggeris.
Tan Cheng Lock dalam ucapannya mengingatkan masyarakat Cina agar sentiasa memelihara hubungan baik dengan kaum lain dan hendaklah menjauhkan diri dari dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM). MCA juga turut membantu pihak British memindahkan orang-orang Cina ke Kampung Baru. Penubuhan MCA pada ketika itu telah mendapat sokongan dan galakan yang baik daripada pihak British. Sehubungan itu, pada 12 Jun 1949 perlembagaan pertama MCA telah diluluskan. Walau bagaimanapun, di peringkat awal penubuhannya MCA lebih mirip kepada pertubuhan kebajikan. Namun pada tahun 1952, MCA telah menjadi sebuah pertubuhan politik dan telah dapat menyatukan orang-orang Cina serta memenuhi kekosongan politik di Tanah Melayu. 

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Tuesday 23 February 2016

Johor DT tetap waspada

Oleh WAN NOR ZURAIHAH WAN ALI
BARISAN pemain skuad Johor DT sudah bersedia untuk meratah Ayeyawady United pada aksi pembuka tirai Piala AFC 2016 peringkat Kumpulan H di Larkin malam ini.

SUASANA serta saingan pada kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini adalah berbeza.

Justeru, tiada pasukan boleh dilabel sebagai pilihan.

Demikian tegas pengendali Johor Darul Takzim (Johor DT), Mario Gomez menjelang pertemuan dengan kelab Myanmar, Ayeyawady United pada aksi pembuka tirai peringkat Kumpulan H Piala AFC 2016 di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru malam ini.

Meskipun Johor DT boleh berbangga dengan status yang diraih mereka sebagai juara Piala AFC musim lalu, namun Gomez enggan melihat anak-anak buahnya terus terbuai dengan gelaran tersebut kerana ia boleh memakan diri sendiri.

Sebaliknya, beliau mengingatkan anak-anak didiknya untuk tampil dengan satu semangat baharu.

“Sudah tentu kami mahukan kemenangan. Musim lalu, Johor DT menang 5-0 ke atas Ayeyawady United tetapi pertemuan kali ini adalah berbeza dan pasukan kita juga adalah berbeza.

“Kita ada melihat beberapa video perlawanan pasukan lawan dan mereka kini mempunyai khidmat seorang lagi penyerang baharu dari Nigeria selain dua pemain tengah yang hebat,” kata Gomez pada sidang akhbar di Larkin semalam.

Tambah jurulatih kelahiran Argentina itu lagi, buat masa ini moral kesemua pemain berada pada tahap yang terbaik terutama selepas menjulang Piala Sumbangsih baru-baru ini.

Jelasnya, beliau optimis dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk menewaskan pasukan pelawat nanti.

“Kita mempunyai semangat yang tinggi dan buat masa ini kita sudah menunjukkan peningkatan dan sudah pasti keutamaan adalah untuk meraih kemenangan pada perlawanan esok (malam ini).

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi dengan kemampuan para pemain dan saya tidak melihat sebarang tekanan biarpun turun sebagai juara bertahan,” jelasnya.

Sementara itu, kapten pasukan, Safiq Rahim berjanji memberikan aksi terbaik sekiranya diturunkan malam ini selain bertekad untuk menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri bagi mengutip tiga mata berharga.

“Insya-Allah kalau diberi tugas dan kepercayaan oleh jurulatih untuk bermain esok (malam ini), saya akan memberikan yang terbaik dan seperti biasa saya mahukan sokongan daripada semua rakan sepasukan.

“Ayeyawady adalah sebuah pasukan yang hebat. Walaupun kita menang selesa ke atas mereka pada musim lepas, kita tak boleh memandang rendah kemampuan mereka kerana perlawanan yang lalu adalah berbeza dan sudah menjadi satu sejarah,” ujar Safiq.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Ayeyawady United, Kyaw Lwin juga menyatakan bahawa skuad kendaliannya itu telah bersedia sepenuhnya untuk menentang juara bertahan tersebut.

“Dari segi persembahan pasukan, semangat yang ditunjukkan oleh para pemain adalah lebih bagus berbanding tahun lalu. Kita juga telah mengharungi sejumlah perlawanan pada peringkat tempatan yang dilihat cukup sebagai persediaan bagi menempuh aksi kali ini,” kata Kyaw Lwin.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4142oHsl9 Hakcipta terpelihara