Ad

Friday 12 February 2016

SEJARAH PENGETUA SMKJ2 1973-2015

1.HAJI IBRAHIM BIN MOHAMAD 1973-1979

2.HAJI MOHD TAJUDDIN BIN ABDUL HAMID 1980-1985
3.HAJI ABDUL AZIZ BIN HAJI ABDULLAH 1985-1986
4.HAJI YAHYA BIN ABAS
5.DATO’ ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD 1986-1988
6.HAJI ABDUL AZIZ BIN HAJI ABDULLAH
7.ENCIK SENIWAL BIN HARUN 1992
8.ENCIK SALLEH BIN WAN DAUD 1992
9.HAJI ABDULLAH BIN DAUD 1992-1996
10.ENCIK ABDUL WAHID BIN SAMAN 1997-1998
11.ENCIK ISMAIL BIN DARUS 1998-2000
12.HAJAH MAIMUNAH BINTI HAJI TAIB 2001-JUN 2006
13.HAJI ALI HUSSEIN BIN ABDUL GHANI JUN 2006-2009
14.ENCIK AHMAD BIN MOHD. YUSOF 2009-2011
15.HAJAH WAN MAIMUN BINTI WAN NAWI 2011-2015
16.HAJAH SAIMAH BINTI HASSAN 2015-SEKARANG.

SEJARAH PENGETUA SMKJ2 ANTARA TAHUN 1973-2015
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB.
Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 memang tidak dapat dipisahkan dari sejarah pendidikan peringkat menengah di Felda Jengka Tiga Segi. Ia merupakan sebuah sekolah menengah pertama di Wilayah Jengka.Ini menyebabkan ramai anak-anak peneroka dari Felda Jengka 2, Jengka 3, Jengka 4, Jengka 5, Jengka 6, Jengka 7, Jengka 1, Jengka 10, Felda Ulu Jempol menuntut di SMK Jengka 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka secara rasmi pada 1.1.1973.[1]

Sekolah ini telah melahirkan tokoh kepimpinan Felda, wakil rakyat, tokoh pendidik dan para doktor perubatan seperti Doktor Muhammad Ali Hanafiah yang berasal dari Felda Ulu Jempol.[2] Sekolah ini juga turut melahirkan seorang doktor yang merupakan anak jati Felda Jengka 2 iaitu iaitu Doktor Zuriyati Ramli yang bertugas di Poliklinik Jengka.[3]Menurut Muhammad Zain Mat pelajar perintis Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, ketika itu sekolah ini hanya mempunyai empat orang gurudan 87 orang pelajar dan mempunyai seorang guru lelaki iaitu Mohd Yusuf Ismail.[4] Pengetua pertama SMK Jengka 2 ialah Tuan Haji Ibrahim bin Mohammad. Beliau menjadi Guru Besar antara tahun 1973 hingga tahun 1979.[5]





[1] Sejarah Sekolah, Jaya 2006,33
[2] Temu ramah dengan Doktor Ali Hanafiah pada 2 September  2014.
[3] Temu ramah dengan Doktor Zuriyati Ramli pada 18 Februari 2015.
[4]Temuramah  dengan Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014.
[5]ibid

No comments:

Post a Comment